Honda civic yang sangat popular di kalangan anak muda di Malaysia adalah Honda Civic 8th generation iaitu generasi ke-8. Dan model selepas itu kurang mendapat permintaan. Hanya model Honda Civic generasi ke-10 barulah ada permintaan semula kerana rupa bentuk yang sporty dan garang. Ianya seolah olah syarikat automotif Honda sengaja membuatkan ianya seperti itu. Model kereta Honda Civic yang baru akan di selang selikan antara model sporty dan juga executive. Dan adakah model Honda Civic baru iaitu 11th generation berupaya menarik peminat kereta honda terutamanya bagi model civic?
Honda Civic baru genarasi ke-11 ini meneruskan tradisi selang seli dan kali ini memang reka bentuk lebih ke arah kereta executive. Bagi sesetengah orang ianya design yang sesuai untuk orang yang kerja korporat aka “orang tua”. Haha. Lain orang lain pandangan dan ianya adalah suatu yang subjektif. Pandangan saya pula? Saya tetap sukakan rekaan Honda Civic yang baru ini. Ianya nampak moden, tidak terlalu garang dan dalam masa yang sama tetap menampilkan ciri mewah dan exclusives.
Harga Honda Civic Baru
Honda Civic adalah model yang berupaya menampilkan si pemilik adalah dari golongan yang berkerjaya iaitu berduit dan dalam masa yang sama menawarkan ciri ciri moden dan muda. Gambar di bawah ini adalah Honda Civic RS yang baru. Apa maksud RS? RS bukan bermaksud “racing spirit” tetapi ianya bermaksud “Road Sailing” yang bermaksud gaya yang sporty. Jadi tidak hairanlah kalau saya katakan walaupun rekaan Honda Civic baru ini nampak executive ianya tetap ada tampilan sporty yang boleh menarik orang muda.
Spesfikasi Kereta Honda Civic
- 1.5 litre VTEC Turbo engine (178HP/240Nm)
- Gearbox : CVT
- Segmen : Sedan segmen-C
- Jarak Roda : 2733mm
- Panjang : 4678mm
- Lebar : 1802mm
- Tinggi : 1415mm
- Luas Bonet : 497L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : VSC, ABS, EBD, BA, HSA,
- Berat : 1337KG
- Tangki Minyak : 47L
Di Malaysia, antara model sedan segmen C yang cuba di bandingkan dengan Honda Civic generasi ke-11 ini adalah Proton S70 yang baru. Orang biasanya akan cuba bandingkan berdasarkan kategori segmen yang sama. Kalau banding harga, Proton S70 Flagship berharga RM98K sedangkan Honda Civic RS yang high spec berharga RM156K. Memang terlalu ketara perbezaan. Namun julat harga yang besar tetap akan datang dengan kelebihan yang tersendiri. Enjin yang lebih berkuasa dan penggunaan minyak (fuel consumption) yang lebih jimat berbanding kereta keluaran Proton.
Jom Submit Loan Untuk Kereta Honda Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Toyota , Mitsubishi, Nissan, Proton dan juga Honda!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Honda ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Honda secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Honda Civic baru. BYE!!!.