Kereta “sedan” keluaran syarikat automobil Proton adalah Proton Persona, Proton Preve dan juga Proton Perdana. Namun ketika artikel ini ditulis, hanya sedan proton persona sahaja yang masih dijual sehingga kini. Dengan kata lain, proton memang memerlukan sangat sangat model sedan yang baru iaitu dari kelas segmen C bagi mengisi kekurangan dan kelompongan dalam variant dan segmen tersebut. Dan dengan kerjasama Geely, akhirnya proton berjaya membawa model sedan segmen c baru yang disebut dengan nama Proton S70.
Di dalam pasaran Malaysia, kereta sedan di dalam segmen C adalah seperti Honda Civic. Kereta Proton S70 ini pula adalah buatan China tidak sama rekaan saiz chasis seperti kereta buatan eropah dan Jepun. Maka ada sedikit kekeliruan samada proton S70 ini perlu diletakkan di dalam segmen B atau C. Oleh kerana kereta S70 ini sedikit lebih besar dari proton persona dan sedikit lebih kecil berbanding honda civic, maka pihak proton menjenamakan kereta proton S70 baru ini sebagai kelas segment C. Mudah cerita S70 ini adalah kategori segmen B++ tetapi dengan fungsi dan kelebihan yang ada pada segmen C. Jelas? Faham?
Harga Proton S70 Baru
Oleh kerana model sedan segment C ini adalah model dari China, maka model asal Proton S70 ini adalah dari model Geely Emgrand. Jangan bimbang, Geely Emgrand yang digunakan ini adalah dari model terkini iaitu pada generasi ke-4 yang dilancarkan di China pada tahun 2021. Dan Proton S70 baru ini pula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023. Dengan kata lain model ini adalah dari generasi semasa terkini dan sudah tentulah teknologi yang ditawarkan kepada kereta S70 ini adalah yang paling moden iaitu up to date.
Jadi apa kelebihan Proton S70 di Malaysia berbanding Geely Emgrand di China? Geely Emgrand ditawarkan dalam bentuk 2 jenis enjin iaitu satu enjin yang biasa (NA) dan yang kedua adalah dari jenis turbo. Dan Proton S70 di Malaysia ditawarkan dalam bentuk enjin turbo. Sesuailah sebab proton S70 di Malaysia diletakkan sebaris dengan kereta segmen C. Maka sudah tentulah fungsi yang ditawarkan mestilah sebaris dengan kereta segmen C dan enjin perlulah yang paling berkuasa. Setuju?
Spesfikasi Kereta Proton S70
- 1.5L 3-silinder DOHC turbocharged (150HP/226Nm)
- Gearbox : 7-speed DCT
- Segmen : Sedan segmen-C
- Jarak Roda : 2627mm
- Panjang : 4602mm
- Lebar : 1809mm
- Tinggi : 1466mm
- Luas Bonet : 500L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA,
- Berat : 1300KG
- Tangki Minyak : 50L
Ada orang cuba bandingkan Proton S70 dengan Toyota Vios dan juga Honda City. Kita tidak boleh bandingkan dari segi design reka bentuk kereta kerana ianya adalah subjektif. Yang boleh anda bandingkan adalah dari segi prestasi enjin. Output kuasa Proton S70 baru ini adalah sangat berkuasa berbanding Vios dan City ya. Kalau dibandingkan dengan Honda Civic pula, kuasa enjin Civic dari segi HP dan tork Nm pula sedikit lebih tinggi dan tidak terlalu beza jauh. Jadi anda faham atau tidak perbezaan dari segi prestasi?
Kuasa (HP) & Torque (Nm)
- Proton S70 – 150HP & 226Nm
- Honda Civic – 176HP & 240Nm
- Honda City – 116HP & 146Nm
- Toyota Vios – 106HP & 138Nm
Proton S70 tidak sebaris dengan Vios dan City tetapi hampir menyamai prestasi Honda Civic. Sila lihat perbandingan di atas ini. Namun bukan semua orang akan beli kereta sebab prestasi. Malah ramai yang tidak tahu pun samada kereta tersebut berkuasa atau tidak. Kebanyakkan beli kereta baru sebab suka dengan reka bentuk, suka dengan ruangan dalam kabin atau suka dengan teknologi yang ditawarkan. Itu sahaja. Terpulang.
Jom Submit Loan Proton S70 Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton S70 baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru proton S70. BYE!!!.