Mungkin ada yang kurang tahu, sebenarnya proton persona adalah model untuk menggantikan proton wira. Dengan kata lain, proton wira bolehlah disebut sebagai variant proton persona generasi pertama. Dan kemudian proton Persona generasi kedua pula dilancarkan pada tahun 2007 yang diambil dari model Proton Gen2 yang dipanjangkan. Dan kemudian proton Persona baru yang ada sampai sekarang adalah dari generasi ke-3 dan ianya dilancarkan pada tahun 2016 yang diambil dari base proton Iriz yang dipanjangkan. Dengan kata lain, proton Persona yang baru sekarang sudah pun berumur hampir 8 tahun lamanya dipasaran.
Oleh kerana proton persona dibina di atas platform Proton Iriz yang dipanjangkan. Maka ketika proton Iriz menerima kemaskini facelift yang pertama, proton persona juga mendapat kemaskini facelift yang pertama iaitu pada tahun 2019. Kenapa kena buat sekali? Kerana ianya adalah dari rekaan yang lebih kurang serupa termasuk paparan di dalam kabin dashboard juga begitu. Jadi apa perbezaan antara kereta Iriz dan Persona? Perbezaan hanyalah minima. Proton Iriz ditawarkan dengan enjin 1.3L & 1.6L. Sedangkan proton Persona baru hanya ditawarkan dengan kapasiti enjin 1.6cc sahaja. Jelas? Faham?
Harga Proton Persona Baru
Ya, kereta proton Persona yang baru ini adalah dari sebuah model yang sudah 8 tahun lamanya di pasaran. Jadi berbaloi atau tidak untuk beli proton Persona baru sekarang? Bila kita bercakap soal beli kereta baru, yang patut kita tanya adalah adakah spesifikasi keselamatan (safety features) yang ada di dalam kereta tersebut masih up to date atau tidak. Kalau ya, maka kereta tersebut masih berbaloi untuk dibeli walaupun ianya adalah dari model yang lama.
Spesfikasi Kereta Proton Persona
- 1.6L VVT (108HP/150Nm)
- Gearbox : CVT
- Segmen : Sedan segmen-B
- Jarak Roda : 2555mm
- Panjang : 4366mm
- Lebar : 1722mm
- Tinggi : 1554mm
- Luas Bonet : 510L
- Airbag : 2-6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, TC, VSC, HHA, BA,
- Berat : 1175KG
- Tangki Minyak : 40L
Proton persona (2016) adalah salah satu variant model keluaran proton yang mendapat kelengkapan safety features yang terbaik ketika ianya dilancarkan. Dan kalau hendak diukur dengan tahun kini, proton persona baru baru lagi mampu bersaing dengan kereta dan model baru dalam soal keselamatan. Jadi sudah tentu kalau anda mahu beli proton persona sekarang, bagi saya ianya masih lagi berbaloi untuk dibeli kalau anda cuba ukur dari segi teknologi keselamatan.
Jadi apa kekurangan proton persona baru? Kekurangan hanyalah 1 sahaja. Zaman sekarang kebanyakkan kereta sudah ditawarkan sekali dengan teknologi ADAS iaitu Advanced driver-assistance system. Hanya ini sahaja teknologi yang tiada di dalam persona . Ketiadaan ADAS bukanlah bermaksud kereta persona tidak relevan dari segi keselamatan, cuma penambahan sistem ADAS akan menaikkan harga kereta dan perlu ada perubahan dalaman dari segi wiring. Maksudnya kena tunggu proton persona generasi yang baru barulah ada ADAS. Jelas? Faham?
Jom Submit Loan Proton Persona Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru Proton persona . BYE!!!.