Semua tahu, sejak dulu memang syarikat automotif pertama negara iaitu PROTON lah yang menduduki ranking jualan kenderaan penumpang NO 1 di Malaysia. Kemudian selepas terciptanya syarikat automotif negara yang kedua iaitu Perodua, maka jualan kereta Proton semakin lama semakin berkurangan kerana terpaksa berkongsi “kek ekonomi” dan hasilnya pengurusan pentadbiran Proton ketika itu membuat keputusan untuk memasuki bidang yang sama dengan Perodua. Maka terhasil dan terlahirlah Proton Iriz. Adakah berbaloi atau tidak untuk beli proton Iriz baru sekarang?
Persoalan, kenapa syarikat Proton menghasilkan kereta Iriz untuk bersaing dengan Perodua? Anda kena faham ini terlebih dahulu. Perodua ketika itu berjaya membuat jualan dalam segmen kereta hatchback iaitu Perodua Myvi. Proton walaupun ada Proton Saga dan juga Proton Persona, masih tidak mampu untuk memotong jualan perodua yang ketika itu menjadi kereta nasional Malaysia No 1 dari jualan kenderaan penumpang. Proton sedar trend ketika itu adalah kereta dari kategori sub-kompak iaitu hatchback. Tidak mahu ketinggalan, maka proton terpaksa menghasilkan proton hatchback juga. Jelas? Faham?

Harga Proton Iriz Baru
Proton Iriz dilancarkan pada tahun 2014. Dengan kata lain umur kereta ini sudah 10 tahun lamanya. Tetapi tidaklah bermaksud yang kalau anda beli kereta Iriz, anda beli kereta yang dibuat tahun dulu. Ianya tetap sebuah kereta yang dibuat pada tahun terkini iaitu sekarang. Cumanya kalau hendak dibandingkan dengan kereta Myvi, rasanya Myvi sekarang pun sudah pada generasi ke-3 berbanding Proton Iriz masih pada generasi pertama.
Kita sedang bercakap tentang kereta dan bukan sebuah smartphone. Dengan kata lain, bila kita hendak beli kereta baru walaupun ianya adalah sebuah model yang lama, yang patut kita tanyakan adalah, adakah teknologi yang terdapat pada kereta tersebut masih relevan dengan masa kini? Kalau masih arus perdana, maka boleh sahaja beli walaupun ianya adalah dari model lama. Jadi berbaloi atau tidak beli proton Iriz baru sekarang? Jawapan saya berbaloi. Kenapa?

Spesfikasi Kereta Proton Iriz
- 1.3L (94HP/120Nm) & 1.6L (108HP/150Nm)
- Gearbox : CVT
- Segmen : Segmen-B hatchback
- Jarak Roda : 2555mm
- Panjang : 3945mm
- Lebar : 1722mm
- Tinggi : 1554mm
- Luas Bonet : 215L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, TC, VSC, HHA, BA,
- Berat : 1130KG
- Tangki Minyak : 40L
Proton Iriz baru telah menerima perubahan iaitu facelift pada tahun 2017 dan facelift kedua pada tahun 2021. Walaupun proton Iriz masih dari generasi pertama, tetapi Iriz telah melalui 2 kali penambahbaikkan iaitu facelift. Saya kongsikan gambar proton Iriz lama berbanding dengan proton Iriz versi selepas facelift. Memang ada perubahan dari kosmetik luaran terutamanya dari segi rekaan lampu dan grill hadapan. Kalau anda tanya saya, saya tetap akan katakan design rekaan proton Iriz ini masih lagi relevan. Lagi pun bila bercakap tentang reka bentuk ianya adalah subjektif. Gambar di bawah ini pula adalah Proton Iriz dengan reka bentuk bumper yang berbeza, terkini, moden dan lebih cantik.

Jadi apa kelebihan proton Iriz baru? Sebenarnya masa awal awal Proton Iriz dilancarkan, memang kereta Iriz ditawarkan dengan spesifikasi teknologi yang tinggi ketika itu. Jujur cakap, perodua Myvi generasi dulu pun kalau hendak dibandingkan dengan spec Proton Iriz safety features memang terbaik. Airbag pun terus dapat 6 airbag. Siap diiklankan sebagai kereta dengan rangka yang kukuh. Dengan kata lain, spesifikasi dalam soal keselamatan, proton Iriz yang baru masih kekal relevan untuk digunakan sehingga kini.
Jadi apa kekurangan proton Iriz baru? Kekurangan hanyalah 1 sahaja. Zaman sekarang kebanyakkan kereta sudah ditawarkan sekali dengan teknologi ADAS iaitu Advanced driver-assistance system. Hanya ini sahaja teknologi yang tiada di dalam Iriz. Ketiadaan ADAS bukanlah bermaksud kereta Iriz tidak relevan dari segi keselamatan, cuma penambahan sistem ADAS akan menaikkan harga kereta dan perlu ada perubahan dalaman dari segi wiring. Maksudnya kena tunggu proton Iriz generasi yang baru barulah ada ADAS. Jelas? Faham?
Jom Submit Loan Proton Iriz Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru Proton Iriz. BYE!!!.