Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » SCRUT – Semak Kereta Terpakai (Used Car + Recond)
    Info

    SCRUT – Semak Kereta Terpakai (Used Car + Recond)

    adminBy admin10/07/2024Updated:05/05/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Pertama sekali kena faham APA ITU SCRUT? Scrut adalah singkatan kepada perkataan “scrutinising” yang membawa maksud melakukan pemeriksaan (examine) dan juga selidik (inspect). Scrut adalah platform yang menawarkan servis mendapatkan report laporan berkenaan sejarah lelongan kereta recond dan juga kereta terpakai di Malaysia. Dan dalam masa yang sama Scrut juga menawarkan servis untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap kereta terpakai yang anda beli dengan lebih detail, lengkap dan terperinci.

    Scrut Kereta Recond (Auction report) – Bila anda ingin membeli kereta recond, majoriti kereta import terpakai ini datangnya dari pusat lelongan di Jepun. Dan sudah tentulah kereta yang dilelong di sana ada diberikan sekali dengan report laporan mengenai kondisi kereta berkenaan termasuk gred. Oleh kerana ada banyak kedai yang menjual kenderaan import terpakai tidak jujur mengenai kondisi keadaan sebenar kereta berkenaan, maka anda boleh dapatkan auction report dari pihak ketiga yang tiada kepentingan seperti Scrut ini.

    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai
    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai

    Panduan Cara Guna Scrut

    Scrut Kereta Terpakai (Insurans report) – Kereta terpakai yang saya maksudkan adalah kereta secondhand yang anda beli di kedai used car di Malaysia ini. Macam mana anda hendak tahu samada kereta tersebut ada sejarah kemalangan (accident), pernah claim insurans, total loss atau kereta banjir? Dengan menggunakan servis scrut, paling tidak anda boleh buat semakan sendiri samada kereta terpakai yang anda mahu beli itu benar benar tidak pernah kemalangan atau pernah claim insurans atas pelbagai sebab.

    Kenapa kena guna SCRUT? Sebab Scrut tidak mewakili atau ada kepentingan dengan mana mana pihak seperti kedai yang menjual kereta terpakai dan juga kedai yang menjual kereta import terpakai. Jadi apabila anda dapatkan report laporan dari pihak ketiga, maka anda boleh bandingkan dengan report yang diberikan oleh kedai yang menjual kereta berkenaan. Macam mana kalau kedai kereta berkenaan tidak mahu memberikan report kereta berkenaan? Maka di sinilah kenapa Scrut boleh membantu anda. Jelas? Faham?

    Adakah servis Scrut cuma untuk mendapatkan report semata mata? Jawapannya adalah tidak!!!. Scrut juga ada menawarkan servis untuk menjalankan pemeriksaan kereta terpakai sebelum anda membeli kereta berkenaan.

    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia
    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia

    Scrut Kereta Recond (Inspection report) – kedai yang menjual kereta import terpakai yang jujur biasanya akan membenarkan kereta yang mereka jual boleh diambil untuk dibawa ke tempat pemeriksaan supaya kereta yang dijual tersebut boleh dibuat semakan untuk check jika terdapat kerosakkan atau part bahagian yang perlu dibaiki. Dari maklumat inspection oleh Scrut anda boleh buat keputusan samada anda berminat untuk membeli kereta recond berkenaan atau tidak.

    Scrut Kereta Terpakai (Inspection report) – kedai used car yang jujur biasanya akan membenarkan kereta yang mereka jual boleh diambil untuk dibawa ke tempat pemeriksaan supaya kereta yang dijual tersebut boleh dibuat semakan untuk check jika terdapat kerosakkan atau part bahagian yang perlu dibaiki. Dari maklumat inspection oleh Scrut anda boleh buat keputusan samada anda berminat untuk membeli kereta terpakai berkenaan atau tidak.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Panduan Kereta Terpakai

    • [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
    • Cara Beli Kereta Terpakai – panduan untuk beli kereta terpakai secara online
    • Cara Beli Kereta Recond – panduan untuk beli kereta recond secara online
    • Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
    • Cara Beli Kereta Carsome – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carsome
    • Cara Beli Kereta MyTukar – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carro

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk faham akan kegunaan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scrut untuk anda yang bakal beli atau telah guna kereta recond dan kereta terpakai di Malaysia ini. Sebagai pembeli dan pengguna kereta terpakai kita berhak mendapatkan sebuah kenderaan yang selamat dan berbaloi untuk digunakan dalam jangka panjang. Dan kalau anda hendak beli kereta, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!..

    Apa Itu SCRUT Scrut Scrut Kereta Terpakai
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.