Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Panduan Mengisi Minyak Petrol Guna Kad Debit/Kredit
    Info

    Panduan Mengisi Minyak Petrol Guna Kad Debit/Kredit

    adminBy admin18/08/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ada sesetengah orang cuba untuk mengisi minyak petrol untuk kenderaan mereka menggunakan stesen minyak yang sama. Alasannya adalah kerana minyak petrol dari stesen tersebut lebih menjimatkan. Entah betul atau tidak. Saya pula adalah dari kalangan yang tidak kisah stesen minyak petrol yang mana mana. Mana yang paling dekat dan mudah, itulah pilihan saya. Namun ada kebenaran juga akan kata kata mereka. Boleh dikatakan minyak petrol RON95 dan RON97 adalah dari kualiti minyak yang sama sahaja. Namun “berbeza” dari jenis dan jumlah sukatan “additive” yang mereka gunakan. Sebab itu ada perbezaan sedikit. Pernah dengar?

    Mungkin anda perasan dan mungkin anda tidak perasan. Jika anda lihat iklan stesen minyak, apakah iklan yang mereka selalu mainkan? Mereka tidak promosi RON95 atau RON97. Ini kerana semua stesen pam minyak adalah sama sahaja. Yang mereka iklankan adalah penambahan iaitu “additive” yang mereka gunakan. Ada iklan seperti Petronas-Primax, Shell-Vpower, Caltex-Techron, Esso/Mobil-Synergy, BP-Quantum dan lain lain betul? Saya pasti anda pun perasan akan iklan ini di TV mahupun di stesen minyak petrol itu sendiri betul? Benda benda seperti ini adalah untuk meningkatkan kualiti prestasi enjin, membersihkan enjin dan menjimatkan minyak.

    mengisi minyak pam petrol guna kad kredit (gambar hiasan)
    mengisi minyak pam petrol guna kad kredit (gambar hiasan) – image credit to https://mpnpoll.com

    Mengisi Minyak Petrol Dengan Kad Debit/Kredit Di Pam Minyak

    Bagi saya ianya terpulang. Kalau anda rasa sesetengah stesen pam petrol itu menyebabkan enjin kereta anda berbunyi lebih senyap dan lebih menjimatkan minyak dan mendapat lebih kilometer, maka teruskan dengan pilihan anda. Tahukah anda, selain dari anda mengisi minyak petrol menerusi kaunter dengan membayar cash tunai, anda juga boleh mengisi minyak petrol anda menggunakan kad debit mahupun kad kredit. Pernah cuba?

    Saya pernah cuba mengisi minyak kereta menggunakan kad kredit dan juga kad debit. Kalau kad kredit biasanya kita tahu ianya boleh digunakan. Asalkan ada tulis “visa” atau “mastercard”, maka sudah tentulah kad kredit boleh digunakan. Dan saya pernah tanya, kalau saya bayar petrol guna kad debit terus di mesin pam minyak, apakah boleh juga. Jawapannya adalah “boleh”. Dan saya mencuba kad debit dari Maybank dan ianya memang boleh. Jadi saya terfikir, kenapa mahu susah susah mengisi minyak petrol dan membayar duit cash tunai di kaunter kalau sudah ada cara yang memudahkann. Betul?

    Membuat bayaran cashless guna kad sebelum mengisi minyak petrol kereta di pam petrol
    Membuat bayaran cashless guna kad sebelum mengisi minyak petrol kereta di pam petrol

    Penggunaan Kad Debit/Kredit Di Petrol Pam

    • Di mesin kad di pam petrol, sila pilih mod pembayaran guna kad.
    • Masukkan kad kredit anda. 
    • Pilih tetapan bahasa.
    • Masukkan nombor password kad kredit anda dan klik “OK”
    • Tunggu hingga selesai sehingga keluar notis “Berjaya/Success”
    • Masukkan kad point rewards @ klik ok sahaja.
    • Angkat gagang (nozzles) pengisi minyak dan isi minyak
    • Selepas siap, sila letak balik gagang (nozzles)
    • Ada pilihan mahu cetak (print) slip bayaran atau tidak
    • Siap

    Apakah ada beza ketika membuat bayaran menggunakan menggunakan kad debit mahupun kad kredit? Jawapannya adalah tiada. Boleh dikatakan hampir sama 100%. Pilih tetapan bayaran guna kad, masukkan kad, masukkan no pin, kalau lulus, angkat gagang (nozzles) dan mula pengisian minyak. Itu sahaja. Mudah dan cepat. Selepas itu akan keluar pemberitahuan di skrin bayaran samada anda mahu cetak resit atau tidak. Itu sahaja.

    Kenapa saya mahu menulis dan berkongsikan dengan anda akan panduan mengisi minyak petrol guna kad debit/kredit ini? Ini kerana saya pasti rakyat Malaysia majoritinya mempunyai kad debit dan sebahagian lainnya mempunyai kad kredit. Kenapa anda tidak gunakan kemudahan yang ada. Masih ramai yang berminat membuat bayaran menggunakan duit cash tunai di kaunter sahaja. Saya rasa, masih ramai yang tidak sedar akan kemudahan ini. Dan masih ramai yang tidak sedar yang mereka boleh bayar menggunakan kad debit/kredit mereka terus di pam minyak tanpa perlu ke kaunter

    Penat juga sebenarnya bila selalu mengisi minyak pam petrol menggunakan duit wang tunai iaitu cash. Bukan penat kerana apa. Tetapi kerana terpaksa ulang alik dari pam stesyen minyak dengan kaunter. 

    Tahukah anda, sebenarnya di bank bank ada kad kredit untuk petrol.  Adakah anda tahu? Kad kredit yang dicipta khas kepada anda yang suka mengisi dan membayar menggunakan kad debit mahupun kad kredit. Dengan adanya fungsi “petrol”, maka anda akan mendapat cashback atau reward point ketika mengisi minyak di stesen minyak yang dinyatakan samada di Petronas, Petron dan lain lain.

    Website Banding Kad Kredit Petrol Kereta

    • [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit
    • [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit
    • [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit petrol

    Kepada anda yang memiliki kad kredit dengan fungsi mengisi minyak pam petrol. Anda bolehlah berbuat demikian dari sekarang. Kalau kad kredit anda tiada fungsi tersebut pun anda tetap boleh untuk mengisi minyal petrol di stesen minyak menggunakan kad tersebut. Yang berbeza samada anda dapat point atau tidak. Itu sahaja. Jadi gunakan kemudahan tersebut jika ada ok. Kecuali anda masih selesa membayar isian minyak petrol kereta anda menggunakan secara cash tunai sahaja. Terpulang kepada anda. Selamat mencuba.

    Isi Minyak Guna Kad Isi Minyak Guna Kad Debit Isi Minyak Guna Kad Kredit Isi Minyak Kereta Guna Kad Isi Minyak Petrol Guna Kad
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.