Tahukah anda di pasaran sekarang ada banyak pilihan kad kredit (credit card) yang menawarkan pilihan cashback dan reward points kepada anda yang ingin mengisi minyak petrol kereta anda menggunakan kad kredit tersebut. Ya, itulah dia salah satu kelebihan yang ada. Dan saya salah seorang yang memang menggunakan eWallet dan juga kad debit ketika mengisi minyak kereta. Jadi tidaklah sesukar mana untuk saya beralih menggunakan kad kredit untuk mendapatkan kelebihan yang ditawarkan. Setuju?
Zaman sekarang kos sara hidup semua meningkat naik. Dan ketika subsidi minyak dimansuhkan, perkara pertama yang pengguna kenderaan akan rasa adalah bebanan terhadap kos bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Dan pada ketika ini, apa apa kaedah yang boleh membantu sedikit sebanyak akan kos untuk mengisi minyak petrol adalah sangat sangat dialu alukan. Dan salah satu yang saya maksudkan adalah kad kredit petrol.
Kad Kredit Petrol Terbaik
Di Malaysia, kita ada beberapa bank yang menawarkan kad kredit mereka dengan fungsi penjimatan ketika mengisi minyak di stesen pam minyak. Dan antara stesen pam minyak yang memang bekerjasama dengan pihak bank adalah Petronas. Sebab itulah kad kredit dari Maybank, RHB, CIMB, Public Bank dan lain lain. Yang saya biasa guna adalah kad kredit petrol dari Maybank dan juga CIMB bank.
Sebenarnya apakah kelebihan paling utama ketika membuat bayaran ketika mengisi minyak petrol kereta menggunakan kredit kad? Jawapan yang saya boleh beri adalah CASHBACK. Apa maksud cashback? Ianya adalah anda dapat wang semula. Berapa banyak? Bergantung kepada apa yang kad kredit yang anda gunakan itu tawarkan. Jom lihat contoh di bawah ini.
Saya adalah pengguna kad kredit petrol dari Maybank Ikhwan jenis VISA Gold Card-i. Ianya adalah sebuah kad kredit patuh syariah dan ada kelebihan cashback untuk minyak petrol ketika mengisi minyak kereta di pam minyak Petronas. Anda guna hari biasa, dapat 1% cashback sahaja. Jika anda gunakan hari minggu, anda dapat cashback 8% ketika mengisi minyak. Dan limit cashbank yang anda akan dapat adalah sebanyak RM50 maksimum untuk setiap bulan. Persoalan, adakah penjimatan sebanyak RM50 sebulan ini berbaloi? Jawapannya adalah ya!!!.
Video isi minyak guna kad di Petronas
Macam mana hendak guna kad kredit ketika isi minyak petrol? Saya jemput anda baca Panduan Isi Minyak Guna Kad di link artikel ini ya. Harap ianya membantu. Kalau masih kurang faham, tonton sahaja video di atas ini. Jika anda sudah cuba, saya pasti anda akan merasakan pengalaman isi minyak kereta guna kad debit atau kad kredit adalah pengalaman yang memudahkan. Cubalah.
Website Banding Kad Kredit Petrol Kereta
- [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit
- [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit
- [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk kad kredit petrol
Macam mana hendak cari kad kredit petrol manakah yang sesuai dengan anda? Sila lawat website di atas ini. Senarai website di atas ini adalah website yang menawarkan servis perkhidmatan compare loan kereta, compare personal loan dan juga compare kad kredit. Lebih baik anda gunakan credit card yang ada kaitan dengan akaun bank personal anda. Terpulang. Saya harap perkongsian ringkas ini memberikan input dan sesuatu kepada anda. BYE!!!.