Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Ringkasan Apa Itu Bitcoin

    adminBy admin21/11/2023Updated:10/12/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu APA ITU BITCOIN pun. Dan kalau ada yang pernah dengar, ramai juga yang berasa skeptikal dan berpendapat yang Bitcoin adalah SCAM!!!. Bila ada pakar pelaburan kewangan bercerita tentang Bitcoin, mereka hairan kenapa seorang pakar yang dikenali ramai atas kepakaran beliau bercerita dan memperkenalkan Bitcoin pula. Awal awal menyokong beliau sebab berasa takjub dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat mengenai pelaburan. Last last kena tinggal sebab tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan beliau. Kenapa? Adakah anda salah seorang yang seperti ini?

    Bitcoin melalui whitepapar telah menegaskan yang ianya adalah sebuah teknologi peer to peer yang berkerja secara decentralized. Iaitu sebuah teknologi yang berasaskan BLOCKCHAIN yang tidak terpusat iaitu tidak dikendalikan oleh sesiapa pun. Kalau bercakap tentang sektor kewangan, ianya ibarat satu mawatang yang turun naik nilai berdasarkan supply & demand. Ianya bergantung kepada pasaran 100%!!!.

    Bitcoin Crypto-Currency
    Bitcoin Crypto-Currency

    Penjelasan Tentang Bitcoin

    Sebenarnya masalah ini berpunca ketika awal awal Bitcoin diperkenalkan dahulu. Ianya diperlakukan sebagai bahan dagangan dengan nama cryptocurrency. Iaitu dalam kata lain disebut sebagai matawang digital atau matawang krypto. Dan ketika itu banyak lah program program pelaburan yang menggunakan Bitcoin sebagai mata ganjaran. Bila program tersebut tersontot, maka ramailah para pelabur iaitu investor yang rugi. Sampai sekarang pun masih ada program pelaburan Bitcoin yang scam seperti ini.

    TETAPI ANDA JANGAN SALAH FAHAM!!!!. Adakah emas itu scam? Sudah tentu tidak! Adakah pelaburan emas itu scam? Boleh jadi! Apa yang anda faham dari analogi ini? Bukan emas itu yang bersalah tetapi pelaburan emas itulah yang salah. Sama juga halnya dengan Bitcoin. Bitcoin adalah betul. Pelaburan Bitcoin lah yang salah. Ya saya faham, anda masih belum puas hati dengan jawapan saya. Teruskan membaca.

    Apa Itu Bitcoin?

    Bitcoin adalah sebuah teknologi yang berasaskan sistem rantaian blok (Blockchain). Ianya seperti satu teknologi ledger dalam bentuk moden. Setiap transaksi yang dilakukan di atas blockchain akan di catat di dalam sistem blockchain ini. Dan catatan ini tidak boleh diubah langsung. Dan pada awalnya ianya dicipta bagi menangani kekurangan dalam infrastruktur perbankan. Sebab itulah nama dia ada kaitan dengan currency.

    Kegunaan Blockchain
    Kegunaan Blockchain

    Bitcoin Guna Untuk Apa?

    Awal awal dahulu Bitcoin lebih kepada sebuah matawang. Dan ketika itu ianya boleh digunakan sebagai transaksi kewangan rentas dunia. Ya, anda boleh hantar nilai Bitcoin dengan mudah ke seluruh dunia tanpa masalah. Kemudian ianya berkembang menjadi kepada pelindung aset, kaedah pembayaran, hantar duit masuk dan keluar negara, pelaburan dan banyak lagi.

    Kenapa Bitcoin Ada Nilai?

    Tahukah anda yang Bitcoin dan lain lain crypto-currency ini diiktiraf sebagai ASET DIGITAL? Iaitu aset dalam bentuk digital. Facebook, Google, Twitter dan lain lain ini adalah syarikat software. Ianya adalah syarikat digital yang bernilai tinggi. Tidak kisahlah samada ianya digital atau bukan. Yang penting satu satu benda itu ada kegunaan dia. Oleh kerana Bitcoin ini adalah sebuah teknologi yang berasaskan blockchain, dan ianya memang ada kegunaannya. Maka sudah tentulah ada nilai. Cumanya nilainya buat masa ini ditentukan oleh pasaran dan juga fundamental.

    Ceritalah macam mana pun tentang Bitcoin. Anda kena faham yang Bitcoin adalah sebuah TEKNOLOGI yang berasaskan blockchain. Bitcoin hanyalah nama yang diberikan supaya anda kenal dengan teknologi tersebut. Yang penting bukan Bitcoin tetapi kegunaan teknologi tersebut.

    Hanya selepas Bitcoin tercipta, maka lahirkan cryptocurreny yang lain seperti Ethereum, Litecoin, Chainlink, Uniswap, Polygon, Matic, XRP Ripple dan banyak lagi. Yang mana teknologi yang berasaskan blockchain ini berkembang dan terus berkembang dengan pelbagai kegunaan lain yang bermanfaat kepada manusia. Anda rasa apa yang saya cerita ini kelakar? Sila baca perkongsian saya berkenaan kerjasama antara Ripple dan CIMB. Di sebalik tabir, mereka telah bekerjasama. Anda sendiri sudah pakai teknologi blockchain tanpa anda sedar. Masih hendak menafikan?

    cara mudah beli Bitcoin
    cara mudah beli Bitcoin

    Hendak Beli Bitcoin Di Mana?

    • [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
    • Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking
    • Boleh mulakan trade beli dan jual bitcoin secara sah di Malaysia
    • DONE!!!

    Di Malaysia, tempat yang paling selamat untuk membeli Bitcoin adalah melalui website Luno Malaysia  melalui link di atas ini. Ini adalah kerana LUNO adalah salah satu dari 5 syarikat yang dibenarkan beroperasi dengan kebenaran dan berlesen dari Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan kata lain, Luno memang boleh dipercayai. Kesimpulan? Bitcoin hanyalah sebuah nama. Ianya tidak lebih dari sebuah teknologi yang berasaskan blockchain. Dan teknologi blockchain ini akan digunakan secara meluas untuk tahun tahun akan datang. Dan sekarang pun kita sudah guna. Cuma kita sahaja yang tidak tahu. Sekarang anda sudah tahu. BYE!!!.

    apa itu bitcoin
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.