Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Renew Insurans Kereta Online
    Takaful/Insurans

    Renew Insurans Kereta Online

    adminBy admin04/11/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Salam kepada pembaca. Adakah anda sedang mencari seseorang yang boleh bantu anda untuk “renew insurans kereta” anda secara online? Jika ya, anda berada di halaman yang betul. Proses untuk perbaharui insurans kenderaan biasanya dilakukan di kedai insurans kenderaan atau anda boleh lakukannya sendiri melalui aplikasi tertentu. Tetapi kebanyakkan orang berasa selesa dengan kaedah lama iaitu ada orang lain yang tolong uruskan. Hanya berikan maklumat yang diminta melalui Whatsapp, bayar duit secara transfer online, kemudian baru ambil pelekat roadtax dan slip insurans dikedai. Ini adalah amalan yang biasa.

    Kaedah yang sedikit baru pula, berikan maklumat yang diminta melalui Whatsapp, kemudian transfer duit secara online dan pelekat roadtax dan slip insurans dipos ke rumah. Ada sahaja aplikasi yang kita boleh buat sendiri proses renew insurans kereta kita, tetapi macam yang saya katakan tadi, bukan semua orang tahu cara untuk lakukannya. Samada tidak reti atau malas hendak buat sendiri. Kalau itu adalah anda, anda dihalaman yang betul iaitu saya yang akan bantu anda.

    Kedai wakil insurans takaful kenderaan
    Kedai wakil insurans takaful kenderaan

    Beli & Renew Takaful Kereta Online

    Sedikit pencerahan kepada anda yang baru beli dan memiliki sebuah kereta. Kiranya anda baru pakai kereta lah buat pertama kali. Pasti ramai di antara anda yang keliru apa itu ROADTAX dan apa itu INSURANS KERETA. Dan kenapa kena bayar dua dua. Kalau bayar salah satu dulu tidak bolehkah? Kalau ini adalah antara persoalan dan pertanyaan anda, biar saya jawab secara ringkas kepada anda dahulu untuk anda mudah faham.

    Apabila kita beli dan memiliki kenderaan, maka WAJIB untuk anda bayar “roadtax” dan “insurans” untuk kenderaan anda itu. Dengan kata lain, anda tidak boleh cuma bayar salah satu, memang kena bayar dua dua sekaligus. Ini adalah akta di JPJ ya. Jom saya jelaskan.

    Contoh kiraan bayaran roadtax cukai jalan kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru
    Contoh kiraan bayaran roadtax cukai jalan kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru

    ROADTAX – roadtax bermaksud “cukai jalan”. Kenderaan anda iaitu kereta anda layak dan dibenarkan untuk berada dan menggunakan jalan raya selepas anda ada buat bayaran cukai jalan iaitu roadtax. Jangan risau, bayaran cukai jalan adalah dibayar setahun sekali. Biasanya kena dalam RM20 sahaja setahun.

    Quotation harga insurans kereta OneCENT
    Quotation harga insurans kereta OneCENT

    INSURANS – insurans adalah perlindungan kerosakkan akibat kemalangan. Kereta kalau rosak akibat kemalangan, berapa kos untuk baik pulih. Jujur cakap, majoriti dari kita memang tidak ada duit yang cukup untuk baiki kereta kita selepas kemalangan. Jadi di sinilah kenapa insurans wajib kena renew setiap tahun. Dan harga untuk renew insurans kereta adalah berdasarkan nilai semasa kereta kita.

    Kesimpulan, setiap kali kita mahu renew insurans kereta kita, kita memang kena bayar insurans dan juga roadtax kereta sekaligus. Dan dua duanya adalah wajib dan tidak boleh bayar salah satu.

    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT
    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT

    Saya adalah pengguna aplikasi OneCENT. Dan dalam aplikasi ini ada fungsi dan menu untuk “Renew Insurance” untuk kenderaan. Jika anda gunakan khidmat saya, maka saya akan submit permohohan anda melalui aplikasi ini. Apa yang saya perlukan? Hanya berikan nombor plat kereta, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. 

    Jika anda adalah muslim, saya cadangkan anda untuk langgan Takaful Kereta untuk dapatkan insurans kenderaan yang patuh syariah ya.

    Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda

    • [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
    • Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
      • Plat No Kereta
      • IC number
      • Handphone number
      • Remark

    Setelah anda berikan ke semua info yang diminta, para ejen insurans akan menghubungi anda melalui Whatsapp. Mereka akan minta geran kereta. Sila dapatkan geran kereta di aplikasi MyJPJ. Selepas itu pihak insurans kereta akan berikan beberapa quotation harga untuk anda pilih. Kemudian sila transfer wang kepada saya. Saya akan buat bayaran kepada pihak ejen melalui aplikasi OneCENT. Selepas pembayaran disahkan, pihak ejen akan pos slip insurans dan pelekat roadtax ke alamat rumah anda. Itu sahaja. Berminat untuk renew insurans kereta secara online melalui saya? Sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Renew Insurans Kenderaan Renew Insurans Kenderaan Online Renew Insurans Kereta Renew Insurans Kereta Online
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    09/07/2025
    We Kongsi melalui TPA EMAS menawarkan kelebihan outpatient di klinik swasta panel dengan RM10 sahaja

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025
    Langgan pelan perlindungan perubatan yang murah untuk anak isteri di We Kongsi

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.