Saya ada 3 orang adik beradik yang kesemuanya menggunakan Perodua Bezza. Dan salah seorang adik saya baru sahaja renew insurans kereta beliau menggunakan Etiqa General Takaful. Di awalnya beliau telah mendapat plan dari Allianz General Insurance dan saya meminta adik saya untuk meminta pihak ejen insurans untuk menawarkan dan berikan quotation harga dari plan takaful sahaja. Sebabnya sebagai seorang muslim, kita wajib memilih takaful kereta berbanding insurans kereta. Jika ada pilihan, maka wajib pilih yang patuh syariah iaitu mencari yang halal.
Ramai sebenarnya keliru perbezaan “Insurans” dengan “Takaful”. Rasanya semua orang tahu dan faham maksud insurans kan. Perkataan insurans (Insurance) adalah untuk perkhidmatan yang menawarkan program berbentuk tidak patuh syariah iaitu tidak halal. Dan untuk insurans yang patuh syariah iaitu yang halal ditulis dan disebutkan dengan nama panggilan TAKAFUL. Jadi anda akan terus faham kalau program insurans ada tulis takaful, maka ianya adalah patuh shariah. Jelas? Faham?
Renew Takaful Kereta Dengan OneCENT
Saya dulu kalau setiap kali renew insurans kereta, saya kurang ambil tahu tentang takaful dan sebagainya. Saya minta ejen insurans tolong buatkan, siap dan bayar sahaja. Dan baru sedar yang insurans kereta (auto insurance) yang mereka tawarkan adalah dari Lonpac Car Insurance yang jelas jelas memang tidak patuh syariah. Kalau Lonpac ada takaful, maka boleh pilih yang ada takaful. Tidak mengapalah, yang lepas biarkan lepas. Yang akan datang saya akan pilih takaful kereta sahaja.
Ramai dari kita yang perbaharui insurans kereta melalui ejen insurans yang mereka biasa buat. Macam saya, saya akan suruh salesman Perodua tolong buatkan untuk saya sejak bertahun dulu. Dan 2 tahun terkini pula saya suruh ejen insurans cina yang buatkan untuk saya.
Baru baru ini saya tolong adik saya perbaharui insurans kereta guna OneCENT. Saya sedar yang sebenarnya kita boleh buat sendiri perbaharui insurans kenderaan kita melalui aplikasi di smartphone, maka saya mula sedar akan keperluan dan kebebasan ketika mahu memilih insurans kereta yang menawarkan pakej plan patuh syariah iaitu dari takaful. Kalau kita boleh buat sendiri dan boleh pilih sendiri, kenapa perlu biarkan dan tidak ambil tahu tentang perkara ini. Setuju?
Berbalik kepada tajuk kita iaitu “takaful kereta”. Ya anda boleh renew insurans kereta dengan melakukannya sendiri. Atau anda boleh minta saya untuk tolong bagi pihak anda. Terpulang. Dengan kata lain, proses untuk renew insurans kereta boleh dilakukan secara online melalui Whatsapp sahaja. Yang penting kena ada gambar geran kereta sahaja. Dan gambar hadapan geran kereta boleh anda dapatkan melalui aplikasi MyJPJ sahaja. Mudah proses.
Daftar Aplikasi OneCENT
- Muat turun aplikasi OneCent terlebih dahulu;
- [>>> Daftar OneCent <<<] – sila klik link ini untuk register. Ketika anda klik link pendaftaran ini, secara automatik akan membuka aplikasi OneCent dan anda akan terus di minta untuk isi maklumat yang diminta
- Anda akan mendapat SMS nombor OTP. Masukkan dan selesai
- Anda akan dapat SMS berkenaan Username dan password. Sila login
- Ketika mahu masuk ke dashboard aplikasi OneCent pertama kali, anda akan diminta untuk masukkan OTP number. Anda tidak akan dapat apa apa sms berkenaan nombor pada kali kedua ini. Masukkan sahaja nombor 123456
- Selepas selesai, akhir sekali anda akan diminta untuk cipta 6 digit nombor pin code. Selesaikan sampai siap
- Done
Di atas ini adalah proses untuk daftar menggunakan aplikasi OneCENT. Dan anda boleh gunakan fungsi “Renew Insurance” untuk perbaharui insurans kereta anda sendiri atau untuk orang lain.
Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda
- [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
- Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
- Plat No Kereta
- IC number
- Handphone number
- Remark
Kalau anda tidak pandai lakukannya sendiri, saya boleh tolong buatkan untuk anda. Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini dan berikan 3 info yang diminta seperti di atas ini. Anda akan dihubungi oleh ejen insurans OneCENT dan mereka akan minta gambar hadapan geran kereta anda. Sila minta mereka berikan quotation harga takaful kereta yang patuh syariah sahaja ya. Sila pilih plan yang anda mahukan dan buat bayaran kepada saya. Saya akan tolong bayar melalui aplikasi OneCENT. Dan pihak insurans OneCENT akan berikan polisi insurans kereta kepada anda. Siap. Selamat mencuba. BYE!!!!.