Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Etiqa Takaful Insurans Kereta
    Fintech

    Etiqa Takaful Insurans Kereta

    adminBy admin20/08/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Alhamdulillah, baru baru ini salah seorang adik saya baru sahaja berjaya perbaharui insurans kereta beliau melalui saya. Saya bukan ejen insurans kenderaan. Tetapi saya bantu beliau untuk renew insurans kereta guna OneCENT. Saya adalah salah seorang pengguna aplikasi OneCENT. Ianya adalah aplikasi pembayaran digital yang mana menawarkan ganjaran dalam bentuk cashback untuk setiap pembayaran yang dilakukan menggunakan aplikasi tersebut. Untungnya, salah satu menu utama yang ada di dalam aplikasi tersebut adalah menu yang bertulis “Renew Insurance”. Jadi saya gunakan fungsi tersebut untuk kelebihan saya sebagai pengguna.

    Tadi saya cakap, kelebihan sebagai pengguna aplikasi OneCENT adalah saya boleh dapat cashback untuk setiap pembayaran yang saya lakukan melalui aplikasi tersebut betul? Jadi berapakah nilai cashback yang saya dapat? Adik saya bayar insurans kereta Perodua Bezza dengan nilai RM1135.26 dan nilai ganjaran rewars yang saya dapat adalah sebanyak RM15. Sedikit atau banyak? Bagi saya nilai RM15 adalah banyak. Lagi pula saya bukanlah seorang ejen insurans yang berdaftar dan berlesen pun. Hanya jadi orang tengah sahaja. Boleh bayar insurans kereta untuk diri sendiri, keluarga, rakan, sanak saudara dan orang lain dengan mudah.

    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT
    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT

    Pastikan Quotation Insurans Kereta Halal Patuh Syariah Dengan TAKAFUL

    Masa awal awal saya diperkenal dengan app OneCENT ini, saya tidak berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Bila rakan selalu ajak menggunakan apps OneCENT ini, saya tanyakan pada beliau 1 perkara iaitu ada atau tidak kaitan aplikasi OneCENT ini dengan kenderaan? Jawapannya adala YA!!! Saya tanyakan lagi, apa kaitan app OneCENT dengan kenderaan? Jawapan beliau adalah, kita boleh dapatkan quotation harga insurans kereta dan dapatkan cashback setiap kali kita renews insurans kereta melalui OneCENT. Menarik!!! Terus saya daftar on the spot.

    Berbalik kepada tajuk artikel ini iaitu Etiqa Takaful untuk auto insurance ini. Ada apa? Ceritanya begini. Salah satu sebab lain kenapa saya mahu daftar untuk gunakan aplikasi OneCENT adalah kerana quotation insurans kereta yang mereka tawarkan adalah patuh syariah dan ketika itu mereka tawarkan insurans dari Takaful Ikhlas. Saya memang sokong 100%. Sebagai seorang Islam, sebenarnya wajib kita pilih pakej plan yang halal dan shariah compliant. Ini adalah apa yang saya pegang sejak dulu.

    Insurans kereta yang ada tulis Insurance adalah tidak patuh syariah
    Insurans kereta yang ada tulis Insurance adalah tidak patuh syariah

    Ketika saya tawarkan kepada adik beradik saya untuk mereka renew insurans kereta mereka melalui saya, dalam kepala saya adalah mereka akan diberikan pakej takaful. Dan ketika adik saya mendapat quotation harga, mereka telah ditawarkan pakej insurans konvensional yang tidak halal iaitu dari Allianz General Insurance. Ianya 100% bukan dari pelan patuh syariah!!!.

    Saya meminta adik saya untuk reply kepada pihak ejen insurans OneCENT untuk mendapatkan quotation harga untuk insurans auto yang TAKAFUL. Alhamdulillah ada. Ianya bukan dari Takaful Ikhlas tetapi dari Etiqa General Takaful. Tidak kisahlah, asalkan “Takaful”.

    Etiqa Takaful adalah insurans kenderaan patuh syariah
    Etiqa Takaful adalah insurans kenderaan patuh syariah

    Ramai sebenarnya keliru perbezaan “Insurans” dengan “Takaful”. Rasanya semua orang tahu dan faham maksud insurans kan. Perkataan insurans (Insurance) adalah untuk perkhidmatan yang menawarkan program berbentuk tidak patuh syariah iaitu tidak halal. Dan untuk insurans yang patuh syariah iaitu yang halal ditulis dan disebutkan dengan nama panggilan TAKAFUL. Jadi anda akan terus faham kalau program insurans ada tulis takaful, maka ianya adalah patuh shariah. Jelas? Faham?

    Daftar Aplikasi OneCENT

    • Muat turun aplikasi OneCent terlebih dahulu;
      • [ Android ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone android di sini
      • [ iOS ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone iOS di sini
    • [>>> Daftar OneCent <<<] – sila klik link ini untuk register. Ketika anda klik link pendaftaran ini, secara automatik akan membuka aplikasi OneCent dan anda akan terus di minta untuk isi maklumat yang diminta
    • Anda akan mendapat SMS nombor OTP. Masukkan dan selesai
    • Anda akan dapat SMS berkenaan Username dan password. Sila login
    • Ketika mahu masuk ke dashboard aplikasi OneCent pertama kali, anda akan diminta untuk masukkan OTP number. Anda tidak akan dapat apa apa sms berkenaan nombor pada kali kedua ini. Masukkan sahaja nombor 123456
    • Selepas selesai, akhir sekali anda akan diminta untuk cipta 6 digit nombor pin code. Selesaikan sampai siap
    • Done

    Akhir sekali, anda boleh bayar dan renew sendiri insurans kereta anda melalui aplikasi OneCENT kalau anda berminat hendak buat sendiri. Sila klik link di atas untuk mendaftar dan melakukannya sendiri.

    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ
    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ

    Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda

    • [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
    • Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
      • Plat No Kereta
      • IC number
      • Handphone number
      • Remark

    Anda juga boleh meminta saya uruskan bagi pihak anda. Ya, saya akan melakukannya melalui aplikasi OneCENT itu sendiri. Cumanya saya perlukan maklumat di atas ini sahaja. Kemudian anda akan dihubungi oleh pihak insurans OneCENT dan berikan mereka gambar snapshot hadapan geran kenderaan anda. Dapatkan gambar geran kereta anda melalui aplikasi MyJPJ sahaja. Selepas itu, mereka akan berikan quotation harga. Anda boleh pilih yang sesuai dengan bajet wang anda. Nasihat saya, sila minta dan pastikan quotation insurans kereta anda adalah dari Takaful. Jelas? Faham? BYE!!!.

    Etiqa General Takaful Etiqa General Takaful Insurans Kenderaan Etiqa General Takaful Insurans Kereta Etiqa Takaful Etiqa Takaful Insurans Kenderaan Etiqa Takaful Insurans Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.