Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kenapa Kena Tahu Chassis Number Kereta Recond
    Kereta Recond

    Kenapa Kena Tahu Chassis Number Kereta Recond

    adminBy admin08/11/2024Updated:10/11/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini saya sempat bersembang dengan owner kedai kereta recond HM Falah dan bertanya beberapa perkara. Saya adalah ejen broker kepada dealer kedai kereta recond di Bangi Selangor. Oleh kerana saya tinggal di Pulau Pinang, maka saya perlukan 1 lagi dealer kedai kereta yang menjual kenderaan import terpakai untuk lebih penawaran kepada customer di Penang. Maka saya tanya kepada founder HM Falah untuk mendapatkan kepastian dan dalam masa yang sama saya sendiri mahukan supplier kereta recon yang trusted iaitu yang boleh dipercayai. Dan ini ada kaitan dengan tajuk kita berkenaan “Chassis Number”.

    Pertama sekali, apa itu Chassis Number? Nombor casis adalah nombor yang dicop pada body badan kenderaan anda. Setiap kenderaan yang dikeluarkan dari kilang, akan ada 2 nombor yang dicop pada kenderaan tersebut. Yang pertama adalah nombor chasis dan yang kedua adalah nombor enjin. Dan dalam geran kenderaan iaitu kereta kita ada dicatatkan nombor pengenalan kereta kita iaitu nombor chasis dan nombor enjin.

    Contoh paparan nombor chasis kereta
    Contoh paparan nombor chasis kereta

    Apa tujuannya? Mudah. Tujuan utama adalah untuk memastikan kereta yang akan dijual atau yang akan dibeli itu adalah dari kenderaan yang tidak diubah suai. Maklumlah sekarang banyak kes kes kereta kena potong, kena modified sana sini dan banyak lagi. Jadi dengan adanya paparan nombor chasis dan nombor enjin sama dengan apa yang tercatat pada kereta kita, maka kita tahulah yang kereta tersebut tidak pernah melalui proses modifikasi yang berat iaitu major. Dan di atas ini adalah cop nombor chasis pada sebelah pintu pemandu untuk kereta Proton Preve saya. Wajib kena sama.

    Kenapa kena tahu? Supaya anda tidak kena tipu atau terbeli kereta yang telah dimodifikasi atau pernah kemalangan teruk dan kedai used car telah baiki dengan potong dan tambah sana sini. Jadi kereta sudah dalam keadaan kurang selamat untuk dipandu.

    Nombor chasis dan nombor enjin dalam geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ
    Nombor chasis dan nombor enjin dalam geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ

    Cuba tengok dua gambar di atas ini. Nombor chasis pada kereta dan geran kenderaan adalah sama. Nombor enjin pun kena sama. Cadangan saya, jika anda mahu beli kenderaan terpakai yang boleh dipercayai, nasihat saya sila beli kereta second hand melalui Carsome. Terpulang. Carsome menawarkan kereta terpakai yang telah disemak kondisi keadaan kereta, bukan kereta bekas banjir, bukan kereta bekas kemalangan teruk dan lain lain. Mudah cerita, kereta yang dijual telah disahkan selamat untuk dipandu oleh ahli yang professional di pihak mereka.

    Berbalik kepada kisah “chassis number” dan “kereta recond”. Kereta recon adalah kereta terpakai versi import. Jadi bila kenderaan tersebut itu adalah kenderaan import dan dalam masa yang sama ianya adalah sebuah kenderaan terpakai, jadi macam mana hendak tahu sejarah dan kondisi (condition) kereta berkenaan samada elok atau tidak?

    Kereta recond biasanya dibawa masuk melalui proses pembidaan contohnya dari Jepun dan juga UK. Dan kereta yang dilelong di sana akan menyemak kondisi keadaan kereta dan diberikan gred dari 1.0 – 5.0. Gred kereta recond 1.0 adalah paling teruk dan 5.0 adalah paling terbaik. Biasanya gred kereta recond yang bagus dijual di Malaysia adalah dari kategori 4.0-5.0. Dan pusat lelongan di Jepun akan berikan sekali dengan auction sheet yang memaparkan nombor chasis kenderaan tersebut. Jom ikuti kisah pertanyaan saya dengan bos HM Falah tentang isu ini.

    Kedai import kenderaan terpakai kereta recond HM Falah Penang
    Kedai import kenderaan terpakai kereta recond HM Falah Penang

    Kualiti Kereta Recond HM Falah

    • Gred kereta recond – kereta recon yang dijual di HM Falah adalah dari gred berkualiti tinggi iaitu 4-5
    • Warranty kereta recond – HM Falah menawarkan jaminan warranty kerosakkan sehingga 5-7 tahun
    • Boleh buat Inspection? – Ya, HM Falah benarkan untuk kereta recond diambil untuk dibuat pemeriksaan kondisi keadaan kereta dengan kos ditanggung oleh bakal pembeli
    • Boleh SCRUT? –  Ya, HM Falah benarkan bakal pembeli untuk buat pemeriksaan gred kualiti dan juga kondisi keadaan kereta dari pihak lain untuk memastikan laporan auction sheet dari Jepun adalah benar

    Saya adalah ejen broker kereta recond. Dan saya perlukan dealer kereta import terpakai yang memang menjual kereta recond yang betul, jujur, tidak menipu dan berkualiti. Bila soalan soalan ini saya tanya kepada owner pemilik HM Falah, beliau membenarkan, maka saya yakin kenderaan recon yang mereka jual adalah terpercaya iaitu trusted. Itu sahaja.

    Chasis number pada body kereta dan auction sheet report Japan mesti sama
    Chassis number pada body kereta dan auction sheet report Japan mesti sama

    Kedai kereta yang tidak kisah untuk bakal pembeli buat check condition kereta, sebab mereka yakin kereta recond yang mereka jual itu adalah dari kenderaan yang tidak rosak dan berkualiti tinggi. Sistem SCRUT pula memerlukan anda memasukkan “chassis number” untuk mendapatkan laporan auction sheet report dari Jepun secara pihak ketiga untuk mengesahkan kebenaran auction report kereta recond yang kedai berikan. Oleh kerana HM Falah tidak kisah untuk bakal pembeli semak melalui SCRUT, maka ianya salah satu point yang memang kereta recond yang dijual di sini adalah benar benar berkualiti.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Mudah sahaja hendak cari dan dapatkan kereta recond yang benar benar berkualiti dan terpercaya. Apabila kedai yang mengimport kenderaan terpakai membenarkan apa yang dirasakan relevan untuk membuktikan kereta tersebut berkualiti dan selamat dipandu, maka kereta recond yang mereka jual itu boleh dikategorikan sebagai trusted. di HM Falah, mereka berikan sekali nombor chasis untuk bakal pembeli buat semakan sendiri kalau mahu. Dan sila pastikan jika anda beli kereta recond mesti kena ambil dan ada perlindungan jaminan warranty kerosakkan dari pihak ketiga. Hasilnya? Kereta recond yang anda beli itu dalam kategori berkualiti, selamat dipandu dan dalam masa yang sama tidak bimbang jika berlaku kerosakan. Jelas? Faham? BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.