Saya telah berkongsikan dengan anda Panduan Beli Auction Report Kereta Recond di link di sini. Anda boleh klik dan baca. Dan kali ini izinkan saya untuk berkongsikan dengan anda gambar sebenar rupa bentuk laporan auction report yang anda telah beli. Penulisan ini adalah lebih kepada mahu anda tahu gambaran sebenar tentang datasheet report yang anda beli dan apa yang anda bakal dapat. Dengan kata lain, ianya membantu anda untuk yakin agar anda patut keluarkan sedikit modal untuk pelaburan yang mungkin dapat menyelamatkan perbelanjaan anda dalam jangka panjang.
Sejak dari dulu memang syarikat yang menjual kereta import terpakai (recond) tidak akan berkongsikan secara detail tentang status semasa kereta yang anda ingin beli itu. Anda memang tidak akan tahu maklumat info sebenar grade kereta tersebut. Anda tidak akan pernah tahu samada kereta tersebut pernah kemalangan (accident), pernah buat ubah suai (modification), pernah claim insurans, pernah kena banjir dan sebagainya. Anda memang tidak akan tahu!!!. Anda cuma tahu yang salesman cakap kereta tersebut dalam keadaan baik dan elok. Itu sahaja!!!.
Gambar Auction Report SCRUT
Jadi macam mana hendak tahu info sebenar tentang kereta recond? Anda kena beli dan dapatkan auction report dari pihak ke-3 yang tidak ada apa apa kepentingan dengan kedai penjual kereta. Dan di Malaysia, salah satu pihak yang menawarkan servis perkhidmatan ini adalah dari SCRUT Malaysia. Dan salah satu servis mereka adalah menawarkan laporan auction report kereta recond yang masuk ke dalam pasaran Malaysia. Terus terang saya cakap, laporan ini berharga RM60. Kena bayar sikitlah tetapi amat berbaloi. Beli kereta mahal mahal boleh. Hendak bayar RM60 untuk jaminan keyakinan ketika beli report rasa mahal. Haha. Maaf!!!.
Saya tidak mahu bercerita panjang pasal Scrut dan sebagainya. Anda boleh klik link yang saya beri di atas dan baca. Artikel ini adalah untuk berkongsikan terus gambar sebenar auction report dan kenapa ianya boleh membantu anda membuat keputusan sebelum anda yakin untuk beli kereta recond tersebut. Menarik? Teruskan membaca.
Selepas anda beli laporan Auction Report, anda akan terus diberikan dokumen tersebut dan anda boleh terus melihat dan membaca melalui dashboard website Scrut sendiri. Gambar di atas ini adalah gambar ringkasan sebenar tentang spesifikasi auction sheet data kereta recond yang anda mahu semak (check). Apa maklumat yang anda boleh dapat?
Kereta recond yang saya check ini memaparkan tentang tarikh auction, chasis id, brand, model, jarak kilometer, harga yang berjaya dilelong dan nilai grade yang diberikan oleh Japan Auction Report. Ada 2 perkara yang sangat penting di sini. Yang pertama adalah jarak kilometer (mileage). Kalau kereta yang anda mahu beli jarak kilometer dari odometer adalah rendah tetapi dalam auction report tulis sudah banyak. Maka nampak sangat kedai tersebut menipu anda.
Yang kedua adalah gred (grade). Grade 5 seperti di atas adalah terbaik. Kalau anda semak dan dapati grade sebenar kereta recond di dalam auction report dituliskan sebagai gred 2-3, maka nampak sangat kedai tersebut jual kereta yang kualiti rendah tetapi cakap ianya gred terbaik. Jadi dengan 2 maklumat ini sahaja sudah cukup membantu anda buat keputusan samada patut beli atau tidak kereta tersebut. Jelas? Faham?
Gambar di atas ini adalah gambar sebenar auction report kereta recond. Kebanyakkan kereta recond yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia dari Jepun (Japan) dan juga United Kingdon(UK) adalah dari pusat lelongan (Auction House) di negara berkenaan. Jadi memang akan ada diberikan sekali auction report. Dan dari auction report inilah ada diberitahu tentang gred kereta, kerosakkan kereta dan sebagainya. Walaupun ianya ditulis dalam bahasa Jepun, jangan risau. Scrut juga memberikan panduan untuk anda baca dengan mudah. Ada ditunjukkan caranya. Kalau tidak faham juga, anda boleh beli pakej menukarkan bahasa japan kepada english seperti gambar di bawah ini.
Cara Check Auction Report Kereta Recond
- [ Scrut.my ] – Sila klik link ini dan masuk ke website rasmi Scrut Malaysia
- Sila daftar dan beli kredit terlebih dahulu. Sila beli credit berdasarkan servis report yang ada mahukan. Nasihat saya, sila terus beli kredit topup RM100 sekaligus.
- Masukkan nombor casis yang tertera pada body bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Seperti gambar kedua di atas ini, info “Frame No” juga bermaksud ianya adalah casis number. Harap maklum.
- Pilih laporan dengan imej/foto yang sepadan dengan nombor casis anda.
- Buat pembayaran guna credit yang anda telah beli sebelum ini.
- Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
- Laporan (report) yang anda mahukan akan tertera terus di dalam dashboard akaun scrut anda.
- Done.
Kesimpulan. Kereta recond yang anda mahu beli itu adalah kereta terpakai. Bukan kereta baru. Dan dalam masa yang sama kereta tersebut dijual dengan harga agak mahal di Malaysia. Adalah tidak berbaloi dan tidak cermat jika anda tidak mahu mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan laporan status keadaan semasa kereta yang anda ingin beli samada ianya adalah sebuah kereta yang baik berkualiti atau sebaliknya. Jika anda berminat hendak dapatkan auction report kereta recond, sila klik melalui link di atas ini ya. BYE!!!.