Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Trade In Kereta Di Carsome
    Panduan

    Cara Trade In Kereta Di Carsome

    adminBy admin20/12/2024Updated:11/01/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya ramai yang pernah dengar atau berpengalaman dalam urusan jual beli kereta seperti “trade in” ini. Itu adalah istilah yang biasa orang Malaysia gunakan. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya TIDAK ADA ISTILAH trade-in kereta. Proses yang berlaku sebenarnya adalah anda kena jual dahulu kereta anda dan kemudian barulah anda boleh beli kereta yang anda mahukan. Cumanya oleh kerana anda jual dan beli kereta di tempat yang sama, istilah trade in digunapakai seolah olah anda sedang tukar kereta padahal bukan begitu.

    Dulu saya pernah memiliki sebuah kereta Proton Saga BLM. Saya berhasrat untuk beli kereta Proton Preve secara trade ini. Oleh kerana permohonan loan bank lulus tanpa apa apa masalah, kedai kereta terus jual kereta kepada saya seperti biasa. Saya terus sain dokumen dan bawa kereta pulang ke rumah. Hanya selepas balik ke rumah barulah saya membuat panggilan semula kepada kedai used car bahawa niat asal saya adalah untuk trade in kereta di kedai tersebut. Dan alhamdulillah kedai tetap menerima kereta saya dijual dikedai terbabit dan membeli dengan harga trade-in. Maksudnya apa?

    Pejabat Carsome di Pulau Pinang
    Pejabat Carsome di Pulau Pinang

    Begini ceritanya. Kalaulah saya jual kereta Proton Saga BLM saya secara biasa di kedai used car. Kedai mungkin akan ambil dalam harga RM4500 sahaja. Oleh kerana saya mahu “trade in”, maka kedai bersetuju untuk beli dengan harga RM5K-RM5.5K. Kiranya saya dapat jual dengan harga sedikit tinggilah. Itu pun kerana saya juga ambil kereta Proton Preve di kedai yang sama juga. Maka di sinilah istilah trade in ini wujud. Namun prosesnya tetap sama iaitu kena jual kereta lama dahulu dan baru beli kereta yang baru pula. Jelas? Faham?

    Saya pernah ke kedai Carsome dan kaedah trade in ada sedikit berbeza. Apakah perbezaan tersebut?

    Trade In Kereta Di Carsome

    • Harga jual kereta adalah sama seperti biasa
    • Harga beli kereta akan dapat diskaun iaitu;
      • Diskaun RM1000 untuk kereta berharga RM50K dan ke bawah
      • Diskaun RM1500 untuk kereta berharga RM50K dan ke atas
    • Diskaun hanya valid selama 2 bulan selepas tarikh jual kereta lama

    Di sini jelas menunjukkan bahawa kereta yang anda mahu jual secara trade in di Carsome adalah sama dan tidak ada beza. Cumanya, oleh kerana anda juga membeli kereta yang lain di Carsome juga, maka anda akan dapat diskaun harga jualan seperti yang saya kongsikan diatas ini. Kalau anda tanya berbaloi ke beli kereta di Carsome? Jawapan saya adalah ya kerana kereta yang mereka ambil dan dijual semula adalah dari kereta dengan keadaan kondisi yang elok yang telah disahkan oleh pakar inspection mereka sendiri.

    Kalau kedai kereta used car biasa akan beli kereta dengan harga sedikit tinggi, harga jual kereta pula adalah sama. Sedangkan Carsome pula membeli kereta dengan harga yang sama cumanya mereka jual kereta dengan harga sedikit murah. Dengan kata lain, kaedah trade in kereta di kedai used car biasa dengan Carsome adalah sedikit berbeza. Jelas? Faham?

    Step proses jual kereta sendiri secara online untuk harga tinggi
    Step proses jual kereta sendiri secara online untuk harga tinggi

    Dealer Jual Beli Kereta Terpakai

    • Kami adalah ejen dealer berdaftar yang menawarkan servis membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami melalui link di bawah ini.
    • [ Form Untuk Jual Kereta ] – Ini adalah link borang tempahan untuk anda isi masukkan detail info yang diminta dengan betul dan tepat. Proses step sampai terjual kereta anda adalah seperti di bawah ini.
      1. Isi borang tempahan + Beritahu detail kereta
      2. Car inspection
      3. Tukar nama
      4. Pembayaran akan diberikan dalam masa 3 jam – 3 hari

    Saya bukan pekerja Carsome. Maka saya tidak dapat membantu anda untuk yang mahu jual kereta di Carsome dan beli kereta di Carsome secara trade in. Nasihat saya, sila ke pejabat Carsome yang terdekat dengan tempat anda untuk melakukan proses tersebut.

    Cumanya saya boleh membantu anda yang mahu jual kereta di Carsome secara online. Apa maksud jual kereta secara online tanpa perlu ke Carsome? Ya, kami ada ejen dealer yang boleh membantu anda untuk tolong jual kereta anda samada di kedai used car yang biasa atau di MyTukar (Carro) atau di Carsome ikut pilihan anda. Anda hanya perlu klik link di atas untuk isikan form yang diberikan dan akan ada pihak team yang akan menghubungi anda untuk tindakkan seterusnya. Berminat? Isi form sekarang juga. Akhir sekali, saya harap anda faham akan proses untuk trade in kereta di Carsome yang saya sampaikan ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.