Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet
    Fintech

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    adminBy admin23/03/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya adalah pengguna tegar aplikasi eWallet Touch ‘n Go. Kenapa saya katakan yang saya adalah pengguna tegar? Sebab boleh dikatakan mode pembayaran saya kini sudah mencapai 99% cashless iaitu tanpa tunai. Kalau beli barang dapur di kedai runcit, saya memang 100% akan bayar guna TnG eWallet. Kalau pergi beli baju di pasaraya, saya memang akan bayar samada gunakan kad debit mahupun TnG eWallet. Kalau makan di kedai makan pun saya bayar guna TnG eWallet. Sekarang bulan puasa, ya saya bayar zakat fitrah pun guna TnG eWallet.

    Untuk pengetahuan pembaca, ketika artikel ini ditulis (2025), rasanya saya sudah bergerak kepada kaedah pembayaran secara atas talian taua lebih tepat lagi bayar tanpa tunai lebih dari 5 tahun. Saya tidak menipu kalau saya katakan sudah berbulan lamanya dompet saya tidak ada wang kertas walau RM1 pun sampai sekarang. Kalau ada pun, pasti akan habis dengan cepat. Dan ini sudah menjadi kebiasaan saya kini. Dan kalau saya bayar zakat fitrah sepanjang 5 tahun lalu, samada saya bayar melalui website lembaga zakat atau gunakan aplikasi zakat negeri sahaja.

    Bayar zakat mudah dengan aplikasi Touch 'n Go eWallet
    Bayar zakat mudah dengan aplikasi Touch ‘n Go eWallet

    Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Di Touch ‘n Go eWallet

    Cumanya, oleh kerana saya pengguna tegar aplikasi Touch ‘n Go, jadi saya mahu tahu kalau kalai ada menu pembayaran zakat yang disediakan di dalam app TnG eWallet itu sendiri. Setelah membuat semakan, ternyata ianya ADA!!!. Kenapa saya baru tahu? Hahaha! Malah lebih mudah dan senang. Terus tolak duit dari akaun TnG eWallet itu sendiri. Jujur cakap, selepas buat pembayarab zakat fitrah menggunakan eWallet Touch ‘n Go, rasanya selepas ini mulai tahun depan saya akan terus bayar apa apa zakat menggunakan TnG eWallet sahaja. Lebih mudah dan pantas.

    Kenapa saya lebih suka buat bayaran gunakan aplikasi eWallet TnG berbanding aplikasi eWallet MAE Maybank? Tiada jawapan yang saya boleh berikan melainkan TnG eWallet lebih mudah dan mesra pengguna menurut pengalaman saya. Kenapa? Ketika saya mahu buat bayaran menggunakan aplikasi eWallet, TnG eWallet hanya perlu sahkan pembayaran menggunakan cap jari sahaja. Sedangkan ketika saya mahu bayar guna aplikasi MAE, saya terpaksa login terlebih dahulu. Kalau ada orang beratur di belakang saya, mereka pasti boleh melihat jumlah baki semasa yang ada di dalam akaun Maybank saya. Inilah yang membuatkan saya kurang suka guna MAE eWallet berbanding TnG eWallet.

    Bayar zakat fitrah mudah guna app TnG eWallet
    Bayar zakat fitrah mudah guna app TnG eWallet

    Jadi, macam mana cara saya bayar zakat fitrah untuk diri sendiri, isteri dan juga anak menggunakan TnG eWallet? Sila ikuti panduan mudah di bawah ini ya. Saya juga ada sediakan panduan berbentuk video untuk memudahkan anda. Kalau anda juga adalah seperti saya iaitu pengguna TnG eWallet, kenapa perlu bersusah payah untuk bayar kepada amil zakat diluar jika ini bakal memudahkan urusan anda. Setuju?

    Cara Bayar Zakat Guna Aplikasi TnG eWallet

    1. [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini jika belum. Jika sudah, sila buka app aplikasi TnG eWallet
    2. Sila klik pada “More” atau “Bills”
    3. Sila klik pada menu yang tertera “Zakat”
    4. Sila pilih institusi lembaga zakat kawasan anda. Saya dari Penang, maka saya klik pada “Zakat Pulau Pinang”
    5. Pada menu “Type of zakat”, sila pilih jenis zakat yang anda mahu bayar. Oleh kerana ini adalah bulan puasa Ramadhan, maka kita klik pada “Fitrah” dan klik “Next”
    6. Isikan ke semua maklumat yang diminta dan klik “Next”
    7. Akhir sekali teruskan buat bayaran gunakan baki kredit dari TnG eWallet
    8. Done.

    Sebenarnya TnG eWallet bukan sahaja menawarkan fungsi untuk membayar zakat fitrah sahaja. Ianya juga menawarkan fungsi untuk bayar zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat saham, zakat emas dan lain lain lagi. Jadi memang praktikal lah kalau anda mahu bayar apa apa zakat sekalipun.

    Mudahnya bayar zakat fitrah Pulau Pinang secara online di Touch n Go eWallet
    Mudahnya bayar zakat fitrah Pulau Pinang secara online di Touch n Go eWallet

    Ada orang tanya, kita boleh bayar zakat fitrah untuk negeri mana? Ketika artikel ini ditulis, anda boleh bayar zakat fitrah online melalui TnG eWallet untuk majlis agama atau lembaga zakat di negeri wilayah persekutuan, selangor, kedah, pahang, pulau pinang, sabah dan juga negeri sembilan. Alhamdulillah, oleh kerana ada pilihan Pulau Pinang, jadi kepada anda orang Penang bolehlah bayar zakat melalui app aplikasi eWallet Touch ‘n Go ya. Selamat mencuba. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.