Apa itu eWallet? Perkataan “wallet” itu sendiri adalah dalam bahasa english yang bermaksud “dompet”. Dan tambahan perkataan “e” sebelum Wallet adalah bermaksud “elektronik”. Jadi maksud sebenar eWallet adalah dompet elektronik iaitu dompet digital. Dompet adalah tempat letak dan simpan duit. Jadi sudah tentulah maksud yang boleh di fahami dari perkataan eWallet adalah tempat letak dan simpan duit maya iaitu wang dalam bentuk online, elektronik atau digital. Bahasa lain yang orang sebut eWallet adalah mobile wallet. Sama sahaja. Faham? Jadi di sini saya mahu kongsikan senarai eWallet yang perlu anda ada atau tahu di Malaysia ini. Berminat?
Kenapa eWallet di cipta? Tujuan utama adalah untuk memberikan anda peluang membayar apa apa servis perkhidmatan atau barang yang anda beli, boleh dibayar secara elektronik terus tanpa melalui transaksi bank. Ianya sama seperti anda bayar menggunakan wang kertas. Cuma kaedah pembayaran tanpa tunai iaitu cashless. Kalau anda biasa beli barang dipasaraya contohnya beli pakaian. Sesetengah orang pasti akan bayar menggunakan kad debit atau kad kredit betul? Tetapi kaedah begitu melibatkan transaksi dengan bank. eWallet mahu elakkan transaksi terus dengan sistem bank. Kenapa?
Senarai eWallet Patut Anda Tahu
Bila anda bayar guna kad debit atau kad kredit misalnya. Bayaran wang anda masih terikat dan melalui sistem perbankan walaupun ianya dianggap online atau tanpa tunai (cashless). Bagaimana kalau kad debit/kad kredit hilang atau dicuri orang? Atau kena hack melalui email dan sebagainya? Adakah dalam keadaan ini anda rasa wang anda selamat? Sudah tentu tidak bukan? Bukankah lebih baik kalau anda membayar atau berbelanja menggunakan kad prepaid? Anda setuju kad prepaid lebih selamat? Topup dahulu baru guna? Setuju? Sebab itulah eWallet dicipta. Fungsinya seakan sama.
Fungsi eWallet hampir sama seperti kad prepaid. Topup reload dahulu baru boleh guna. Bezanya kad prepaid adalah dalam bentuk kad. Sedangkan eWallet dalam bentuk aplikasi (apps) smartphone. Ya, anda membeli barang dan membayar menggunakan aplikasi apps eWallet. Itulah dia eWallet! Sekarang anda pasti sudah jelas dan faham bukan? Sekarang mari kita ceritakan apakah jenis dan senarai eWallet popular yang ada di Malaysia. Mana satu eWallet yang harus anda pakai dan gunakan. Jom baca.
5 List Senarai eWallet Malaysia
- Touch ‘n Go eWallet – Rasanya kita tidak perlu lagi perkenalkan anda dengan kad touch ‘n go betul? Telah banyak kedai kedai yang menawarkan pembayaran menggunakan TnG eWallet ini. Dan antara kelebihan lain adalah anda kad TnG anda kini sudah boleh anda topup dan deduct kredit terus melalui eWallet. Mudah bukan?
- GrabPay – aplikasi GRAB juga dibina sekali dengan sistem eWallet dan ianya disebut sebagai Grab Pay. Anda boleh tempah kereta Grab, beli makanan delivery, beli topup, bayar bill dan sebagainya dengan sistem eWallet nya tersendiri.
- BigPay – ini adalah aplikasi milik syarikat penerbangan AirAsia. Sudah tentulah antara kelebihan menggunakan eWallet ini adalah anda boleh mengelak dari dikenakan cas cas tambahan tersembunyi jika membuat bayaran menggunakan kad atau BigPay eWallet ini.
- Boost – aplikasi eWallet ini sudah sedia terkenal dengan penjimatan cash back jika anda membeli atau membuat bayaran menggunakannya. Untuk pengetahuan anda, aplikasi eWallet Boost ini adalah milik Celcom.
- MAE – maksud bagi MAE adalah Maybank eWallet. Maybank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang menawarkan penggunaan eWallet mereka sendiri. Jadi sudah tentu anda boleh harapkan ciri ciri keselamatan yang ditawarkan.
- [ Wise ] – aplikasi pertukaran matawang online. Ada kad debit dan boleh withdraw duit melalui mesin ATM yang support visa
Dari senarai eWallet yang saya listkan di atas ini, hanya eWallet Touch ‘n Go dan MAE sahaja yang agak praktikal penggunaanya bagi saya. Semua eWallet di atas ini adalah berguna. Tetapi kita bukan guna semua pun. Hanya yang berkaitan dengan kita sahaja yang paling kita aktif untuk guna. Macam eWallet TnG saya guna kerana memang selalu guna laluan toll. Dan eWallet MAE pula saya guna untuk membuat bayaran di kedai makan. Tapi rasanya saya kini sangat aktif menggunakan eWallet dari TnG bila membuat apa apa pembayaran cashless ke mana mana kedai.
Ada orang gunakan eWallet kerana penjimatan seperti Boost. EWallet Boost tidak silap saya banyak menawarkan penjimatan seperti rebat, cash back atau diskaun jika membeli apa apa barang dan membayar menggunakan eWallet mereka. Ini adalah salah satu kelebihan ketika anda menggunakan eWallet. Tetapi sudah tentulah kelebihan utama dari penggunaan eWallet itu sendiri adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran ke arah tanpa tunai (cashless) dan memberikan kelebihan keselamatan ketika berbelanja. Sekarang anda sudah tahu akan senarai eWallet ini bukan? Selamat mencuba.