Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Senarai Mobile Wallet Malaysia

    adminBy admin27/08/2024Updated:03/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Teknologi kewangan sedang beralih kepada teknologi yang baharu. Cumanya ramai yang tidak sedar akan perkara ini lagi lagi kepada mereka yang memang tidak mengikuti langsung berita berita berkenaan perubahan teknologi semasa. Bila kita sebut teknologi kewangan, ianya bermaksud financial technology iaitu FINTECH!!!. Kalau anda biasa dengar GrabPay, Boost, MAE, BigPay, Touch ‘n Go dan semuanya ini, inilah dia syarikat fintech iaitu syarikat yang ada kaitan dengan teknologi kewangan. Dalam bahasa yang mudah kita akan sebut aplikasi ini dengan “e-Wallet” atau “mobile wallet” betul?

    Mesti akan ada yang tanya, apa yang teknologi sangat dengan eWallet ini? Dan apa kaitan dengan teknologi kewangan? Untuk pengetahuan anda, zaman moden kita dari dulu lagi bila sebut wang/duit, mahu tidak mahu kita memang perlu ada akaun simpanan di bank. Hanya dengan ada akaun di bank sahaja baru anda boleh akses wang yang anda simpan secara elektronik. Tetapi dengan pengenalan eWallet, ianya bermaksud electronic wallet iaitu beg dompet secara online atau bahasa yang lain kita sebut sebagai mobile wallet kerana mengakses wallet digital menggunakan smartphone. Jelas? Faham?

    eWallet aplikasi apps BigPay
    eWallet aplikasi apps BigPay

    Aplikasi E-Wallet Di Malaysia

    Tetapi dengan adanya mobile wallet, kita boleh pindahkan wang dengan mudah kepada sesama ewallet, ke akaun bank dan membuat bayaran menggunakan kod QR Code. Ke semua ini adalah kelebihan dari teknologi blok-rantaian. Untuk faham tentang blok rantaian, saya jemput anda baca artikel bertulis Apa Itu Blockchain. Dari sini anda akan sedar sebenarnya teknologi fintech di masa akan datang kebanyakkannya adalah dari teknologi blockchain itu sendiri. Dan kelebihan blockchain adalah menawarkan kadar transaksi yang pantas dengan kos yang sangat minima.

    List App EWallet Di Malaysia

    1. [ Touch ‘n Go eWallet ] – aplikasi TnG
    2. [ BigPay ] – Kalau dia minta referral code, sila masukkan kod ini (4RW9G57CT9) – aplikasi pembayaran milik AirAsia
    3. [ Wise ] – aplikasi pertukaran matawang online
    4. [ Boost ] – aplikasi pembayaran milik Axiata
    5. [ MAE ] – aplikasi pembayaran milik Maybank
    6. [ GrabPay ] – aplikasi pembayaran milik GRAB

    Anda kena faham ya, sistem pembayaran pantas (instant payment) di Malaysia adalah menggunakan sistem DuitNow. Jadi mana mana aplikasi yang menyokong support fungsi DuitNow pasti akan ada mobile wallet yang telah disediakan sekali.

    Buat bayaran menggunakan Touch n Go eWallet
    Buat bayaran menggunakan Touch n Go eWallet

    Ada sangat banyak mobile ewallet yang ada di pasaran Malaysia. Malah boleh dikatakan banyak juga aplikasi smartphone yang di datangkan sekali dengan fungsi ewallet. Dan sudah tentu jika ada fungsi QR Code DuitNow, maka transaksi penghantaran duit (transfer), menerima duit (receive) dan pembayaran (payment) boleh dilakukan dengan mudah tanpa masalah.

    Sebenarnya tidak kisah pun anda gunakan mobile wallet yang mana. Asalkan aplikasi eWallet tersebut berdaftar dan berlesen dengan Bank Negara Malaysia. Kehidupan kita akan menjadi mudah dengan adanya mobile wallet seperti ini. Bayar hanya perlu scan qr code sahaja. Dan pengesahan transaksi transfer duit atau pembayaran akan disahkan dengan scan ibu cap jari. Mudah, murah dan pantas. Kalau dari pembacaan saya di internet, penggunaan eWallet akan menjadi sangat penting dalam era “makro ekonomi” dan bank akan menerima cabaran di masa akan datang dengan adanya mobile eWallet seperti ini. Dapat tangkap dan faham sesuatu? BYE!!!.

    ewallet Malaysia mobile wallet Malaysia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.