Di Malaysia, syarikat konsesi lebuhraya (highway) paling besar dan dikenali ramai adalah syarikat PLUS. Dan sistem pembayaran palang tol adalah menggunakan kad Touch ‘n Go. Seiring dengan peredaran zaman moden, kini ke semua proses ini dimudahkan lagi dengan pengenalan aplikasi mobile smartphone iaitu TnG eWallet. Anda akan bayar laluan tol menggunakan kad TnG sendiri, kad debit, kad RFiD dan juga menggunakan peralatan khas seperti SmartTAG. Namun ke semua proses ini dipautkan terus kepada aplikasi eWallet Touch ‘n Go itu sendiri.
Apa itu TnG eWallet? Ianya adalah aplikasi mobile wallet yang dibina menggunakan financial technology iaitu FINTECH. Apa kaitan aplikasi dengan teknologi kewangan? Memang ada kaitan 100%. Sebab itulah ianya dinamakan sebagai aplikasi fintech. Sebab itulah anda boleh gunakan app Touch ‘n Go untuk membuat apa apa bayaran menggunakan sistem scan QR code nya. Saya sendiri boleh dikatakan telah mengubah lifestyle saya kepada gaya hidup tanpa tunai cashless hampir 100% apabila melibatkan transaksi penghantaran atau pembayaran yang melibatkan duit. Semua ini kerana aplikasi TnG itu sendiri.
App TnG eWallet
TnG eWEallet Untuk Sistem Tol – Saya sekarang selesa masuk ke highway terus menggunakan fungsi RFiD. Dan duit bayaran palang tol terus ditolak terus dari baki kredit TnG eWallet. Mudah bukan?
TnG eWEallet Untuk Pembayaran – Boleh dikatakan apabila pergi kedai runcit, pasaraya dan restoran kedai makan, saya akan bayar 100% menggunakan aplikasi eWallet Touch ‘n Go jika disediakan QR code nya.
TnG eWEallet Untuk Transfer Duit – Saya selalu sangat topup baki kredit TnG eWallet dalam jumlah yang banyak. Kemudian saya transfer duit ke mana mana akaun bank dengan mudah. Contohnya saya berikan duit kepada isteri kepada akaun eWallet aplikasi TnG beliau sebagai wang belanja.
TnG eWEallet Untuk Pelaburan/Simpanan – Ada program Go+ untuk kembangkan duit dan dapat pulangan duit secara harian. Boleh melabur serendah RM10. Boleh terus buat simpanan ASNB. Dan boleh jual beli emas digital dengan mudah.
Ada banyak lagi benda yang eWallet Touch ‘n Go ini tawarkan. Cumanya inilah 4 fungsi yang saya kerap selalu guna melalui aplikasi TnG ini.
Daftar App Aplikasi Touch ‘n Go
- [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini
App Touch ‘n Go adalah salah satu senarai eWallet di Malaysia yang paling popular dan paling banyak di gunakan di Malaysia. Sampaikan hendak parking kereta pun pakai kad TnG. Di pasaran Malaysia antara eWallet yang popular adalah MAE dari Maybank, Octo dari CIMB, Boost, BigPay, Wise dan sudah tentu TnG eWallet. Dari semua mobile wallet ini, yang mana yang saya selalu guna? Sudah tentulah aplikasi eWallet dari Touch ‘n Go. Terbaik.