Saya pernah naik GRAB beberapa kali sebelum ini tetapi di atas tempahan orang lain. Maksudnya, orang lain yang booking GRABCar tetapi saya bersama sama naik kereta tersebut. Dan beberapa minggu lepas saya berkesempatan mencuba sendiri cara untuk book GRAB menggunakan smartphone dan bagaimana hasilkny. Ada cerita yang ingin saya kongsikan sebagai pengalaman pertama dan barulah saya faham akan kaitan berita berita mengenai isu panas antara teksi dengan Grab ini. Penulisan ini adalah pandangan peribadi dari sudut pandang saya sebagai pengguna.
Kisahnya isteri saya baru sahaja melahirkan anak. Dan beliau memilih untuk berpantang di Terengganu. Jadi saya perlu berulang alik melawat isteri dan anak dari Penang dan Terengganu setiap 2 minggu sekali dalam masa 2 bulan. Untuk beberapa kali balik kampung mertua memandu menaiki kereta sendiri memang kurang bagus dari segi tenaga dan juga kos. Yang pada akhirnya saya memilih untuk naik bas ekspress sahaja.

Pengalaman Naik GRAB Dengan Aplikasi Smartphone
Cuma selepas balik dari kampung dan sampai ke stesen bas butterworth di Penang Sentral. Maka saya perlukan kereta teksi untuk mengambil dan menghantar saya ke rumah. Pertama kali dulu saya memilih untuk menaiki teksi dan caj yang dikenakan adalah RM27. Memang mahal. Tetapi oleh kerana saya memang sudah lama bertahun tahun tidak naik teksi, maka saya anggap itu adalah harga semasa yang biasa dikenakan pada hari ini.
Dan selepas balik kampung mertua pada kali kedua, kali ini saya memilih untuk naik GRAB pula buat pertama kali. Anda tahu berapa caj yang dikenakan? Caj GRAB hanyalah RM12 SAHAJA. Kalau campur toll pun baru RM13.50 sahaja. Memang murah dan menjimatkan. Malah perbandingan caj tambang teksi dengan Grab berbeza hampir 50% bezanya. Dari segi pandangan pengguna, sudah tentulah mahukan yang murah dan lebih selesa. Tidak hairanlah kalau kerja sebagai pemandu Grab mendapat permintaan tinggi berbanding teksi.
Bukanlah penulisan ini untuk memburukkan pemandu teksi. Penulisan ini adalah dari sudut pandang pengguna awam. Biasanya manusia mana mana pun akan memilih tambang yang murah dan menjimatkan. Kereta teksi biasanya adalah kereta yang sudah lama dan usang yang lebih dari 10 tahun. Sedangkan pemandu GRAB diwajibkan menggunakan kereta bawah 10 tahun kalau tidak silap saya. Maka sudah tentu keselamatan dan keselesaan ada di kereta Grab.

Saya sempat bertanya kepada pemandu Grab akan pandangan mereka kenapa pemandu teksi tidak berhijrah menggunakan aplikasi seperti Grab. Jawapannya adalah kemungkinan mereka orang lama yang tidak terbiasa untuk menggunakan teknologi seperti Grab/Uber/MyTeksi ini. Namun pertanyaan ini mungkin berat sebelah sebab tidak bertanya dari pihak pemandu teksi pula kenapa mereka hendak kekal dengan cara sebegitu.
Cara Guna Apps GRAB Pada Smartphone
- [ GRAB ] – sila klik link ini kalau anda belum pasang (install) aplikasi GRAB
- Selepas buka aplikasi GRAB, sila login dan topup kredit terlebih dahulu. Topuplah dalam RM50 untuk memudahkan urusan.
- Memula sekali sila pastikan data internet dan sistem GPS dibuka terlebih dahulu.
- Kemudian sila klik “Car” pada menu GRAB. Ianya akan terus memaparkan peta lokasi semasa anda dan juga kereta GRAB yang berada berhampiran anda.
- Pada “I’m Going To…”, sila klik, taipkan dan pilih destinasi yang anda mahu pergi.
- Selepas itu sila klik “Book JustGrab”.
- Sistem GRAB akan mencari pemandu GRAB terdekat dan memilih mereka untuk mengambil anda.
- Anda akan dapat lihat siapakah Nama Pemandu, Jenis Kereta dan Nombor Plat Kenderaan untuk memudahkan anda mengetahui jika kereta GRAB anda sudah sampai atau belum.
- Selepas pemandu GRAB ambil dan drop anda di destinasi anda, kredit dalam apps GRAB anda akan ditolak dengan caj tambang yang dikenakan. Itu sahaja.
- Selamat mencuba.
Di bawah ini saya ada membuat rakaman pendek bagaimana saya menggunakan aplikasi GRAB untuk membuat tempahan (booking) untuk naik GRAB dengan mudah dan senang. Tidak perlu menunggu tepi jalan kalau kalau ada teksi yang lalu untuk kita naik. Terus boleh tempah GRAB dari rumah dengan mudah. Yang penting ada smartphone, anda internet dan ada apps GRAB. Itu sahaja.
Teknologi memang memudahkan. Pengalaman saya kena bayar teksi RM27 dan juga GRAB sebanyak RM13 untuk jarak perjalanan yang sama memang membuatkan saya untuk terus menggunakan kereta GRAB selepas ini. Tambahan pula di dalam sistem GRAB ada diberikan mata “points” yang boleh dikumpulkan dan digunakan untuk tempahan GRAB yang seterusnya untuk lebih penjimatan. Siapa yang tidak mahu penjimatan bukan? Sudahlah mudah, murah pula. Jom guna GRAB. Bye!!!