Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 21
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Daftar Jadi Pemandu Grab
    Kerjaya

    Cara Daftar Jadi Pemandu Grab

    adminBy admin19/06/2024Updated:22/07/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Saya adalah seorang pekerja di dalam sektor perkilangan swasta. Dan saya sempat terkejut apabila terjumpa secara tidak sengaja yang rakan sekerja saya sendiri sedang membuat kerja secara part time sebagai pemandu grab. Ketika itu saya tidak terfikir pun yang beliau sedang melakukan kerja sebagai grab car driver. Saya ingatkan beliau sedang bercuti di sebuah rumah homestay berdekatan tempat tinggal saya. Sebabnya adalah saya ternampak beliau sedang berada di dalam sebuah kereta perodua Bezza di hadapan sebuah rumah.

    Macam biasa, bila terjumpa secara tidak sengaja di hadapan rumah. Maka saya menegur beliau tentang apa yang beliau sedang lakukan di situ. Dan saya baru tahu rupanya beliau bukan sedang bercuti tetapi sedang mengambil penumpang di hadapan rumah tersebut kerana beliau sedang “buat grab”. Tidak kisahlah. Tidak perlu malu pun. Beliau buat kerja halal. Yang penting ada usaha. Malah saya respect dengan orang seperti ini sebab beliau ada usaha dan bukan duduk diam tanpa buat apa apa.

    Panduan daftar jadi pemandu grab car driver di Malaysia
    Panduan daftar jadi pemandu grab car driver di Malaysia

    Panduan Register Jadi GrabCar Driver

    Tetapi apa kaitan kisah rakan saya sebagai pemandu grab dengan website ini yang memfokuskan tentang BELI KERETA BARU? Memang ada kaitan pun! Anda mahu buat duit sebagai pemandu kereta grab dan sudah tentulah tujuan anda untuk buat duit dan menambah pendapatan. Dan cara untuk jimatkan kos minyak petrol kereta dan seterusnya meningkatkan komisen pendapatan anda adalah dengan menggunakan sebuah kereta yang jimat minyak. Di dalam kisah rakan saya ini, beliau menggunakan kereta perodua Bezza.

    Mungkin ada yang tidak tahu, salah satu syarat wajib untuk menjadi Grab Driver adalah mesti mempunyai sebuah kereta yang berumur tidak lebih dari 15 tahun ketika mendaftar menjadi pemandu grab. Saya sendiri pernah hampir terfikir hendak buat kerja lebih masa secara part time dengan menjadi buat grab car. Tetapi ketika itu kereta saya adalah Proton Preve dan sudah berumur. Memang tidak layak lah.

    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah
    Pandangan Hadapan Tepi Perodua Bezza Merah

    Kelayakkan Untuk Buat GrabCar

    • Syarat Kenderaan :
      • Kenderaan mesti berumur bawah 15 tahun
      • Vehicles manufactured in 2010 and newer
      • All vehicle models are accepted for JustGrab unless it is listed in the Rejected Car List above
      • Ownership status must be a Malaysian
      • Must be a privately owned vehicle
      • Pick up truck (Only accepted in East Malaysia)
    • Syarat Pemandu (Driver) :
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur 21-69 tahun
      • Ada akaun email dari Gmail
      • Rekod latar belakang mesti bersih
      • Tidak pernah diharamkan atau ditamatkan sebagai rakan kongsi Pemandu Grab
      • Akaun bank peribadi yang dibuat di bawah NRIC pemandu
      • Driver Rating : > 4.5 stars
      • Cancellation Rate: Minimum
      • No excessive cancellations/ disciplinary issues
      • For taxis: must have a valid PSV licence

    Cara Daftar Sebagai Pemandu Grab

    • [ GrabDriver ] – muat turun (download) aplikasi Grab Driver
    • Proses mendaftar adalah terus melalui aplikasi menggunakan akaun email Google iaitu GMAIL
    • Wajib upload dokumen yang diminta
    • Selepas siap, wajib teruskan latihan di GrabAcademy
    • Semak status permohonan anda melalui Aplikasi Pemandu Grab, SMS dan/atau e-mel.

    Sebenarnya proses pendaftaran untuk menjadi grab car driver hanyalah secara online sahaja iaitu melalui aplikasi sahaja. Dan latihan peperiksaan pun hanya dibuat terus melalui aplikasi di menu GrabAcademy. Jika lulus dan info pendaftaran yang lain tidak ada apa apa masalah termasuk syarat kelayakkan, maka biasanya memang akan lulus tanpa apa apa masalah.

    Apa yang saya share di atas ini adalah ringkasan sahaja. Anda boleh buat pembacaan tambahan melalui website yang lain. Oleh kerana blog ini adalah tentang kereta, jadi saya memang akan sarankan anda untuk membeli dan mendapatkan kereta yang jimat minyak terutamanya dari Perodua. Namun ini hanyalah pendapat saya sahaja. Terpulang.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Cara Check Report Kereta Terpakai

    • [ Scrut.my ] – Sila klik link ini dan masuk ke website rasmi Scrut Malaysia
    • Sila daftar dan beli kredit terlebih dahulu. Sila beli credit berdasarkan servis report yang ada mahukan. Nasihat saya, sila terus beli kredit topup RM100 sekaligus.
    • Masukkan nombor casis yang tertera pada body bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Seperti gambar kedua di atas ini, info “Frame No” juga bermaksud ianya adalah casis number. Harap maklum.
    • Kemudian pilih menu SCRUT Used Car Report (SUr)
    • Buat pembayaran guna credit yang anda telah beli sebelum ini.
    • Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
    • Laporan (report) yang anda mahukan akan tertera terus di dalam dashboard akaun scrut anda.
    • Done.

    Ada di antara anda yang mungkin berminat untuk buat duit dan menjana pendapatan sebagai pemandu grab tetapi tiada kenderaan. Adakah alasan anda kerana tidak mampu untuk membeli kereta baru kerana mahal? Kalau ya, nasihat saya sila beli kereta terpakai second hand sahaja. Asalkan kereta masih berumur bawah 7 tahun, masih dalam kondisi baik dan yang penting kena beli kereta jimat minyak. Boleh dapatkan laporan keadaan semasa kereta terpakai yang dibeli samada pernah accident atau tidak melalui link Scrut di atas ini kalau berminat. Jom daftar jadi driver kereta Grab. BYE!!!.

    Daftar Grab Car Daftar Grab Driver Daftar Pemandu Grab Register Grab Car Register Grab Driver Register Pemandu Grab
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025

    Cara Check Rekod Sejarah Kereta Terpakai

    17/03/2025

    Kursus Kemahiran Kereta Elektrik & Hibrid

    11/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.