Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story
    Kereta Terpakai

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    adminBy admin20/05/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Seminggu yang lepas, saya dihubungi oleh seseorang yang mahu beli kereta terpakai (2nd hand) dari rakan beliau untuk anaknya. Kereta yang mahu dibeli itu adalah dari Mazda 2 keluaran tahun 2016. Beliau meminta bantuan saya untuk proses loan bank. Dan kebetulan kereta tersebut hanya tinggal 1 bulan lagi bayaran installment di bank. Kiranya memang boleh selesai lah full settlement bank tanpa masalah bulan depan.

    Saya dan isteri memang minat kereta dari brand jenama Mazda. Terus saya tanya berapakah harga yang rakan beliau tawarkan untuk di jual kepada beliau. Jawapannya adalah beliau dapat beli kereta Mazda2 dari rakan beliau dengan harga RM15K SAHAJA. Wow terbaik!!! Saya semak harga kereta Mazda 2 di mudah.my dan rata rata kereta model ini untuk keluaran tahun 2016 dijual dengan harga lebih kurang RM35K di kedai used car. Kiranya beliau berjaya beli kereta dengan harga murah lah.

    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car
    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car

    Kisah Berjaya Beli Kereta Mazda 2 Terus Dari Rakan

    Memang tujuan pemilik kereta yang mahu menjual kereta terus kepada pembeli secara direct untuk dijual dengan harga sedikit tinggi dari apa yang kedai used car tawarkan. Dan memang pembeli kereta yang mahu beli kereta dari direct owner mahu beli kereta dengan harga lebih murah dari apa yang kedai used car tawarkan. Kiranya win win situation lah. Dalam kes ini rasanya pembeli dan bakal pemilik baru kereta Mazda 2 ini memang berjaya membeli kereta terpakai dengan nilai yang paling berbaloi.

    Jadi macam mana untuk apply loan di bank untuk beli kereta terus dari owner? Jawapannya adalah dengan menggunakan “INVOIS” dari kedai used car. Kedai yang menjual kenderaan terpakai akan menjadi orang tengah yang akan menguruskan proses submit dokumen pembelian kereta ke bank.

    Kereta anda selaku pemilik (owner) TIDAK dijual di kedai used car tersebut. Bakal pembeli (ready buyer) pula TIDAK membeli kereta tersebut di kedai used car tersebut. Kedai used car hanya perantara. Hanya menguruskan proses submit loan bank dan invois jual beli kereta kepada pihak bank. Jelas? Faham? 

    Beli kereta Mazda2 direct owner
    Beli kereta Mazda2 direct owner

    Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car

    • Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus.
    • Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Tidak kisahlah samada pemilik atau bakal pembeli uruskan buat puspakom ini
    • Proses Tukar Nama/Geran : RM300
    • Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta

    Di atas ini adalah caj kos yang anda selaku pembeli (buyer) kena tanggung. Seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh buat sendiri kalau mahu. Jadi jimat sedikit kos yang perlu anda keluarkan. Hanya perlu keluarkan modal untuk bayaran kos “invois” dari servis yang ditawarkan oleh kedai used car yang saya recommend ini.

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Berjaya jual dan beli kereta Kereta Mazda 2 terpakai direct owner guna invois kedai used car
    Berjaya jual dan beli kereta Kereta Mazda 2 terpakai direct owner guna invois kedai used car

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, kereta terpakai, servis loan bank, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai

    Biasanya bila anda beli kereta terpakai, saya memang cadangkan bakal pembeli buat 2 perkara ini iaitu ambil tahu tentang jaminan waranti kereta yang anda akan beli dan buat semakan sejarah claim insurans kereta tersebut. Saya cadang anda beli perlindungan warranty dari EzCare dan anda buat semakan claim insurans melalui Scrut. Dua dua link telah saya share di atas ini. Saya harap perkongsian ini memberikan panduan serta rujukan kepada anda yang berminat ingin beli kereta terus dari pemilik melalui servis loan bank dari kami seperti kisah beli kereta Mazda 2 terpakai ini. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025
    Kisah beli kereta terpakai Mercedes Benz GLC 250 guna report SCRUT

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.