Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    BYD

    Beli Kereta BYD Seal Baru Malaysia

    adminBy admin26/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semasa mula mula kereta buatan dari negara China hendak masuk ke market Malaysia, semua orang berasa skeptikal. Dan ketika brand jenama dari China iaitu BYD hendak mula dijual di pasaran Malaysia, semua orang berasa pelik dengan sebutan BYD tersebut. Dan nama panjang BYD adalah “Build Your Dreams” terasa seperti tidak ada daya tarikkan wow. Ini adalah perasaan sayalah masa mula mula kereta baru BYD hendak mula dijual di Malaysia. Selepas kereta BYD Seal mula ditawarkan, semua orang terpegun termasuk saya. Kenapa?

    Salah satu kenapa orang beli kereta “sedan” kerana ianya boleh menawarkan design rekaan yang sporty. Dan tidak sangka, kereta keluaran dari negara China iaitu kereta BYD Seal memang berjaya menawarkan rekaan yang menarik. Kalau anda tanya saya, adakah saya suka dengan reka bentuk exterior dan interior kereta BYD Seal? Jawapannya adalah ya. Cuma masalah di sini adalah berkenaan kualiti kereta buatan dari negara China. Adakah berkualiti?

    Harga dan bayaran bulanan untuk kereta baru BYD Seal selama 9 tahun
    Harga dan bayaran bulanan untuk kereta baru BYD Seal selama 9 tahun

    Harga Dan Bayaran Bulanan (Installment) Kereta BYD Seal

    Tahukah anda, di China, kereta NO 1 paling laku terjual adalah kereta buatan syarikat automotif BYD. Dan yang kedua adalah kereta Geely. Changan no 3 dan no 4 adalah Chery. Kalau anda perasan, kereta BYD dan Chery memang ada dijual di Malaysia. Dan Geely pula dipasarkan sebagai kereta Proton. Jadi kereta BYD Seal berkualiti atau tidak. Jawapannya adalah YA!!!.

    Ketika artikel ini ditulis, sedar tidak sedar kereta buatan BYD mula masuk kepasaran pada tahun 2022. Dan kereta BYD Seal dilancarkan pada February 2024. Dengan kata lain sudah setahun lamanya kereta BYD Seal dijual di Malaysia ketika artikel ini ditulis. Dan isu isu berkenaan kereta elektrik buatan BYD termasuk BYD Seal ini belum lagi terdengar akan isu isu yang kritikal. Dan bateri untuk kenderaan elektrik yang paling moden di dunia buat masa ini adalah buatan BYD. Terbaik bukan?

    Gambar Seat Tempat Duduk Belakang Kereta BYD Seal
    Gambar Seat Tempat Duduk Belakang Kereta BYD Seal
    Gambar Seat Tempat Duduk Hadapan Kereta BYD Seal
    Gambar Seat Tempat Duduk Hadapan Kereta BYD Seal

    Spesfikasi Kereta BYD Seal

    • Motor : AC permanent magnet synchronous 
    • Gearbox : Fixed-ratio
    • Segmen : Sedan
    • Luas Bonet : 400L
    • Berat : 2000KG
    • Kapasiti Bateri : LFP Blade battery
      • BYD Seal Dynamic : 61.44 kWh (201 HP / 310 Nm) : Rear-wheel drive
      • BYD Seal Premium : 82.56 kWh (309 HP / 360 Nm) : Rear-wheel drive
      • BYD Seal Performance : 82.56 kWh (523 HP / 670 Nm) : All-wheel drive
    • Jarak (range) : WLTP
      • BYD Seal Dynamic : 460KM
      • BYD Seal Premium : 570KM
      • BYD Seal Performance : 520KM
    • Charging :
      • BYD Seal Dynamic : DC Charging : 30%-80% in 32 minutes using 110 kW
      • BYD Seal Premium : DC Charging : 30%-80% in 26 minutes using 150 kW
      • BYD Seal Performance : DC Charging : 30%-80% in 26 minutes using 150 kW
      • AC : 7 kW : 5%-100% in 12 hours

    Saya selalu cakap, kalau beli kereta EV, sila pastikan jarak pemanduan ketika bateri penuh mesti lebih dari 400KM sekali cas. Dan kereta BYD Seal berkeupayaan untuk bergerak sejauh 460KM – 570KM berdasarkan variant. Dengan kata lain, kereta EV BYD Seal berbaloi untuk dibeli lagi lagi dengan keupayaan pengecasan pantas dalam masa 30 minit sahaja.

    Gambar Stereng Dan Dashboard Kereta BYD Seal
    Gambar Stereng Dan Dashboard Kereta BYD Seal
    Gambar Bonet Boot Space Kereta BYD Seal
    Gambar Bonet Boot Space Kereta BYD Seal

    Harga & Variant BYD Seal

    • BYD Seal Dynamic : RM163,800
    • BYD Seal Premium : RM179,800
    • BYD Seal Performance : RM199,800

    Kelebihan BYD M6

    • 10.25 inch digital instrument display
    • 15.6 inch IHU unit screen
    • Wireless mobile charger
    • Apple CarPlay dan Android Auto
    • 12 speaker
    • Panoramic sun roof
    • 19 inch tayar sport rim
    • 9 airbag
    • 360-degree camera system
    • Electronic parking brake
    • Safety Features : ADAS system

    Kereta zaman moden kini biasanya wajib kena ada skrin infotainment yang besar. Boleh mengecas smartphone secara wireless. Support Apple carplay dan Android auto. Mempunyai speaker yang banyak dan sedap di dengar. Ada sunroof. Ada kamera pandang keliling 360 degree. Dan sistem keselamatan yang baik seperti beg udara dan juga ADAS. Nampaknya kereta EV dari BYD Seal ada semuanya. 

    Gambar Hadapan Kereta BYD Seal Warna Putih
    Gambar Hadapan Kereta BYD Seal Warna Putih
    Gambar Belakang Tepi Kereta BYD Seal Warna Putih
    Gambar Belakang Tepi Kereta BYD Seal Warna Putih

    Rekaan exterior samada depan atau belakang nampak moden. Dan rekaan dalaman iaitu interior juga nampak fresh moden. Terbaik. Kalau anda mahu mencari kenderaan jenis sedan tapi dari kategori kenderaan elektrik sporty, maka BYD Seal adalah pilihan terbaik. Adakah kereta BYD Seal laku keras terjual di Malaysia? Jawapannya adalah YA!!!.

    Jaminan Warranty Kereta EV BYD Seal
    Jaminan Warranty Kereta EV BYD Seal

    Jaminan Warranty Kereta EV BYD Seal

    • Warranty untuk body kereta : 6 tahun atau 150,000KM
    • Warranty untuk enjin motor : 8 tahun atau 150,000KM
    • Warranty untuk bateri kereta : 8 tahun atau 160,000KM

    Kalau beli kereta EV, salah satu benda yang kena lihat adalah jaminan perlindungan kerosakkan. Kereta elektrik bergerak menggunakan “motor” dan juga “bateri”. Jadi sudah tentulah tempoh masa jaminan kerosakkan yang lebih lama adalah lebih baik. Dan kereta BYD Seal menawarkan tempoh dari 6-8 tahun lamanya. Memang berbaloi.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta BYD, pembelian kereta baru BYD dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmallJika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru BYD ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta BYD Seal secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta BYD Seal baru. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar Depan Tepi Kereta BYD Atto 3 Ultra Warna Hitam

    Beli Kereta BYD Atto 3 Ultra Baru Malaysia

    27/04/2025
    Gambar Depan Tepi Kereta BYD M6 Warna Biru

    Beli Kereta BYD M6 Baru Malaysia

    23/04/2025
    Pandangan hadapan kereta BYD Sealion 7

    Beli Kereta BYD Sealion 7 Baru Malaysia

    14/04/2025
    Pandangan Hadapan BYD Seal Putih

    Beli Kereta Baru BYD Online Seluruh Malaysia

    25/05/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.