Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Atto 3

    Beli Kereta BYD Atto 3 Ultra Baru Malaysia

    adminBy admin27/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    BYD Atto 3 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada december 2022. Dan ketika dilancarkan, antara rungutan ramai bakal pembeli di Malaysia adalah berkenaan rekaan interior iaitu dashboard yang terlalu nampak terlalu “Chinese” iaitu nampak pelik dan nampak murah. Dan rungutan yang kedua pula adalah berkenaan tempoh pengecasan bateri kereta yang agak lambat. Dengan pelancaran kereta BYD Atto 3 Ultra pada March 2025, adakah syarikat automotif BYD menjawab rungutan tersebut?

    Kereta BYD Atto 3 adalah dari C-segment SUV. Dengan kata lain, jika anda sedang mencari kereta baru dari BYD, maka BYD Atto 3 adalah pilihan terbaik. Untuk versi Atto 3 kali ini dikemaskini dengan versi “Ultra”. Jadi adakah dengan pengenalan BYD Atto 3 versi ultra kali ini menampilkan penambahbaikkan? Jawapannya adalah YA!!!. Mereka bawa sedikit perubahan dalam pilihan warna untuk dashboard. Mereka tawarkan kapasiti bateri yang sedikit besar dari sebelum ini. Dan mereka tawarkan pengurangkan harga. Kenapa?

    Harga dan bayaran bulanan untuk kereta baru BYD Atto 3 selama 9 tahun
    Harga dan bayaran bulanan untuk kereta baru BYD Atto 3 selama 9 tahun

    Harga Dan Bayaran Bulanan (Installment) Kereta BYD Atto 3 Ultra

    Ada 2 variant sahaja yang diperkenalkan iaitu Standard dan Extended. Untuk model BYD Atto 3 Standard dijual dengan harga RM149,800. Manakala untuk model BYD Atto 3 Extended dijual dengan harga RM167,800. Saya tidak pasti samada kedua dua variant ini ditamatkan 100% dan di gantikan dengan BYD Atto 3 Ultra yang lebih murah iaitu dijual dengan harga RM123,800 sahaja. Dengan kata lain, BYD Atto 3 Ultra memang betul betul melawan jualan kereta Proton e.Mas 7 yang dijual dalam julat harga yang hampir sama.

    Gambar Depan Tepi Kereta BYD Atto 3 Ultra Warna Hitam
    Gambar Depan Tepi Kereta BYD Atto 3 Ultra Warna Hitam

    Spesfikasi Kereta BYD Atto 3 Ultra

    • Motor : AC permanent magnet synchronous (150 kW : 201HP / 310Nm)
    • Gearbox : Fixed-ratio
    • Segmen : C Segment SUV
    • Luas Bonet : 440L
    • Berat : 1750KG
    • Kapasiti Bateri : LFP Blade battery
      • BYD Atto 3 Ultra : 60.48 kWh (201 HP / 310 Nm) : Rear-wheel drive
    • Jarak (range) : WLTP
      • BYD Atto 3 Ultra : 420KM
    • Charging :
      • BYD Atto 3 Ultra : DC Charging : 10%-80% in 40 minutes using 88 kW
      • AC : 7 kW : 5%-100% in 9 hours and 42 minutes

    Saya selalu cakap, kalau beli kereta EV, sila pastikan jarak pemanduan ketika bateri penuh mesti lebih dari 400KM sekali cas. Dan kereta BYD Atto 3 Ultra berkeupayaan untuk bergerak sejauh 420KM dengan kiraan WLTP. Dengan kata lain, kereta EV BYD Atto 3 Ultra berbaloi untuk dibeli.

    Gambar Belakang Tepi Kereta BYD Atto 3 Ultra Warna Hitam
    Gambar Belakang Tepi Kereta BYD Atto 3 Ultra Warna Hitam

    Harga & Variant BYD Atto 3 Ultra

    • BYD Atto 3 Ultra : RM123,800

    Kelebihan BYD Atto 3 Ultra

    • Warna dashboard interior baru iaitu warna hitam dan jahitan benang warna kuning pada seat tempat duduk
    • 5 inch digital instrument display
    • 15.6 inch IHU unit screen
    • Wireless mobile charger
    • Apple CarPlay dan Android Auto
    • 8 speaker
    • Panoramic sun roof
    • 18 inch tayar sport rim
    • 9 airbag
    • 360-degree camera system
    • Electronic parking brake
    • Safety Features : ADAS system

    Kereta zaman moden kini biasanya wajib kena ada skrin infotainment yang besar. Boleh mengecas smartphone secara wireless. Support Apple carplay dan Android auto. Mempunyai speaker yang banyak dan sedap di dengar. Ada sunroof. Ada kamera pandang keliling 360 degree. Dan sistem keselamatan yang baik seperti beg udara dan juga ADAS. Nampaknya kereta EV dari BYD Atto 3 Ultra ada semuanya. 

    Gambar Seat Tempat Duduk Hadapan Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Seat Tempat Duduk Hadapan Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Seat Tempat Duduk Belakang Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Seat Tempat Duduk Belakang Kereta BYD Atto 3 Ultra

    Rekaan exterior samada depan atau belakang nampak moden. Dan rekaan dalaman iaitu interior juga nampak fresh moden. Terbaik. Kalau anda mahu mencari kenderaan jenis SUV tapi dari kategori kenderaan elektrik, maka BYD Atto 3 Ultra adalah pilihan terbaik. Adakah kereta BYD Atto 3 Ultra laku keras terjual di Malaysia? Jawapannya adalah YA!!!.

    Jaminan Warranty Kereta EV Atto 3 Ultra

    • Warranty untuk body kereta : 6 tahun atau 150,000KM
    • Warranty untuk enjin motor : 8 tahun atau 150,000KM
    • Warranty untuk bateri kereta : 8 tahun atau 160,000KM

    Kalau beli kereta EV, salah satu benda yang kena lihat adalah jaminan perlindungan kerosakkan. Kereta elektrik bergerak menggunakan “motor” dan juga “bateri”. Jadi sudah tentulah tempoh masa jaminan kerosakkan yang lebih lama adalah lebih baik. Dan kereta BYD Atto 3 Ultra menawarkan tempoh dari 6-8 tahun lamanya. Memang berbaloi.

    Gambar Tombol Gear Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Tombol Gear Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Tayar Sport Rim Kereta BYD Atto 3 Ultra
    Gambar Tayar Sport Rim Kereta BYD Atto 3 Ultra

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta BYD, pembelian kereta baru BYD dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmallJika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru BYD ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta BYD Atto 3 Ultra secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta BYD Atto 3 Ultra baru. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar Hadapan Kereta BYD Seal Warna Putih

    Beli Kereta BYD Seal Baru Malaysia

    26/04/2025
    Gambar Depan Tepi Kereta BYD M6 Warna Biru

    Beli Kereta BYD M6 Baru Malaysia

    23/04/2025
    Pandangan hadapan kereta BYD Sealion 7

    Beli Kereta BYD Sealion 7 Baru Malaysia

    14/04/2025
    Pandangan Hadapan BYD Seal Putih

    Beli Kereta Baru BYD Online Seluruh Malaysia

    25/05/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.