Bila sebut tentang kereta baru BYD di Malaysia, yang kita akan ingat adalah BYD Dolphin, Atto 3 dan juga Seal. Ke semua kereta buatan BYD yang dilancarkan di Malaysia adalah dalam kategori kenderaan elektrik (BEV) sepenuhnya. Dolphin dan Atto 3 adalah kenderaan jenis SUV. Seal pula adalah kereta sedan jenis hatchback. Dan kali ini BYD melancarkan pula iaitu kenderaan jenis MPV yang diberi nama sebagai BYD M6. Adakah ada sedang menjadi kenderaan jenis MPV elektrik yang bagus dan popular di Malaysia?
Untuk pengetahuan anda, kereta BYD M6 adalah revise version dari model BYD E6 second generation. Pandangan peribadi saya, reka bentuk design kereta BYD E6 memang tidak cantik. Dan saya bimbang kalau ianya dibawa masuk dan dijual di pasaran Malaysia pasti tidak akan laku. Kecuali pembeli kereta BYD adalah seorang peminat tegar dan tetap akan beli kereta BYD kerana logo BYD. Ini pandangan saya lah. Mungkin saya silap. Tetapi yang confirm, kereta BYD E6 yang masuk ke Malaysia telah di revise dan dijenamakan sebagai BYD M6. Terbaik!!!

Harga Dan Bayaran Bulanan (Installment) Kereta BYD M6
Ada 2 variant sahaja yang diperkenalkan iaitu Standard dan Extended. Untuk model BYD M6 Standard dijual dengan harga RM109,800. Manakala untuk model BYD M6 Extended dijual dengan harga RM123,800. Apa beza model standard dengan extended? Dalam dunia kenderaan EV, perbezaan variant akan dibezakan dari jenis kapasiti bateri yang ditawarkan. Lebih besar saiz bateri maka jarak pemanduan akan lebih jauh. Jadi tidak hairan kalau kereta BYD M6 Extended lebih mahal dari variant Standard. Harap maklum ya.

Spesfikasi Kereta BYD M6
- Motor : AC permanent magnet synchronous
- Gearbox : Fixed-ratio
- Segmen : MPV 7 seaters
- Jarak Roda : 2800mm
- Panjang : 4710mm
- Lebar : 1810mm
- Tinggi : 1690mm
- Luas Bonet : 180L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features :ABS, EBD, TC, BA, VSC. Full ADAS sistem hanya untuk variant Extended
- Berat : 1800KG (Standard) / 1915KM (Extended)
- Kapasiti Bateri :
- 55.4 kWh (161 HP / 310 Nm)
- 71.8 kWh (201 HP / 310Nm)
- Jarak (range) :
- 420 KM (55.4 kWh)
- 530 KM (71.8 kWh)
- Charging :
- DC : 89 kW (Standard) OR 115 kW (Extended)
- 10% – 80% dalam 40 minit
- AC : 7 kW
- DC : 89 kW (Standard) OR 115 kW (Extended)
Saya selalu cakap, kalau beli kereta EV, sila pastikan jarak pemanduan ketika bateri penuh mesti lebih dari 400KM sekali cas. Dan kereta BYD M6 berkeupayaan untuk bergerak sejauh 420KM untuk model standard dan sejauh 530KM untuk model extended. Dengan kata lain, kereta BYD M6 sudah melepasi piawaian jarak pemanduan yang dirasakan berbaloi untuk dibeli dan dimiliki. Apa guna beli kereta mahal, rekaan sangat cantik, tapi hanya mampu bergerak cuma 100KM ketika full charges. Buang masa untuk cas bateri sahaja setiap kali untuk berjalan jalan naik kereta. Setuju?

Kelebihan BYD M6
- 17 inch tayar sport rim
- 12.8 inch IHU unit screen
- Push start button
- 6 speaker
- Apple CarPlay dan Android Auto
- Electronic parking brake
- Karaoke microphone function
- Wireless mobile charger
- Panoramic glass roof (sun roof)
- 360 kamera
- Warranty kereta 6 tahun atau 150KM
- Warranty drive unit & bateri selama 8 tahun atau 160KM
Rekaan dalaman dan fungsi yang di tawarkan di dalam kabin termasuk perlindungan kerosakkan iaitu waranti adalah sangat berbaloi. Tayar besar. Skrin dashboard besar. Bunyi dari sound sistem terbaik. Boleh cas smartphone dengan cara wireless. Ada bumbung sunroof dan juga ada kamera pandang keliling 306 darjah. Anda rasa berbaloi ke tidak untuk beli kereta BYD M6 ini?
Rekaan exterior samada depan atau belakang tidak terlalu lama. Tapi masih kena dengan trend semasa. Dan rekaan dalaman pula nampak fresh moden. Terbaik. Kalau anda mahu mencari kenderaan jenis MPV tapi dari kategori kenderaan elektrik, maka BYD M6 adalah pilihan terbaik. Adakah kereta BYD M6 laku keras terjual di Malaysia? Jawapannya adalah YA!!!.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta BYD, pembelian kereta baru BYD dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru BYD ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta BYD M6 secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta BYD M6 baru. BYE!!!.






