Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car
    Info

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    adminBy admin20/08/2025Updated:22/08/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam saya mendapat panggilan telefon dari pemilik kedai used car yang saya wakili untuk mempromosi dan menawarkan servis submit loan guna invois kedai used car. Beliau mendapat banyak pertanyaan customer yang saya bawa kepada beliau. Namun dalam banyak keadaan, kebanyakkan pemilik kereta (car owner) tidak bersetuju untuk meneruskan transaksi berkenaan kerana takut dan kurang percaya disebabkan duit hasil jual kereta tersebut masuk ke akaun bank kedai used car terlebih dahulu. Beliau meminta saya untuk bantu “filter” dan jelaskan masalah ini terlebih dahulu kepada customer yang akan datang berikutnya nanti. 

    Baik. Saya mulakan cerita begini. Ketika pemilik kereta mahu jual kepada pembeli secara terus. Dan pembeli mahu beli menggunakan pinjaman bank. Dan majoriti bank pasti akan menolak permohonan pinjaman dari pembeli kerana ketiadaan “invois”. Invois adalah dokumen yang menunjukkan transaksi jual beli kenderaan. Dan surat invois ini dipunyai oleh kedai yang menjual kereta seperti kedai used car. Dan hanya kedai used car tertentu sahaja yang mahu menerima orang luar untuk submit loan ke bank menggunakan invois mereka. Dan kami adalah salah satu kedai tersebut. Jelas? Faham?

    Soalan berkenaan hasil duit jual kereta guna invois used car untuk submit loan bank akan disburse kepada siapa
    Soalan berkenaan hasil duit jual kereta guna invois used car untuk submit loan bank akan disburse kepada siapa

    Duit Disburse Dari Bank Akan Ke Akaun Kedai Used Car Terlebih Dahulu?

    Kedai used car akan jadi ORANG TENGAH kerana invois mereka digunakan untuk submit dan buat permohonan pinjaman kenderaan hire purchased ke bank. Ia seolah olah kedai used car inilah yang sedang menjual kereta tersebut. Bila kereta tersebut berjaya dijual kepada pembeli, maka duit hasil jual kereta tersebut akibat permohonan mendapatkan loan bank berjaya, maka duit tersebut akan ditransfer ke akaun bank milik kedai used car ini. Jelas? Faham?

    Masalahnya di mana? Masalahnya adalah yang deal untuk submit loan ke bank melalui kedai used car kami ini adalah bakal pembeli (buyer). Sedangkan pemilik selaku owner kereta tidak tahu dan tidak kenal siapa kedai yang uruskan loan tersebut. Jadi bila dapat tahu duit hasil jual kereta masuk ke akaun bank milik kedai used car, maka sudah tentulah owner kereta tidak mahu meneruskan hajat untuk menjual kereta tersebut. Jadi di sini saya mahu kongsikan clear proses tersebut agar tidak lagi jadi salah faham.

    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Disbursed Ke Kedai Used Car Terlebih Dahulu?

    • Pembeli (buyer) berikan dokumen ke kedai used car
    • Kedai used car akan submit dokumen ke bank termasuk invois
    • Jika permohonan loan bank lulus
    • Owner kereta kena buat Puspakom (B5 & B7)
    • Owner kereta kena buat tukar nama kepada buyer
    • Geran yang terbukti sudah tukar nama akan disubmit ke bank
    • Bank akan release disburse payment ke akaun bank kedai used car dalam 3-4 hari bekerja
    • Kedai used car akan transfer payment ke owner yang menjual kereta
    • Done!!!.

    Sebenarnya proses di atas ini adalah proses yang perlu dilalui oleh pemilik kereta yang mahu jual kereta beliau kepada direct buyer melalui dan guna invois kedai used car. Jadi nasihat saya, lebih baik anda sebagai bakal pembeli kereta direct owner kalau boleh suruh penjual iaitu owner kereta untuk bercakap sendiri dengan kedai used car ini untuk lebih yakin.

    Logiklah, bank mahu transfer duit pun mestilah hendak bukti yang nama pemilik kereta yang lama telah ditukar kepada nama pemilik yang baru iaitu buyer sebab kereta dibeli menggunakan loan bank.

    Cumanya samada duit yang telah diterima oleh kedai used car pula betulkah akan ditransfer pula kepada pemilik kereta yang asal yang mahu jual kereta tersebut. Di sini rasanya ianya adalah berkaitan dengan masalah kepercayaan iaitu samada kedai used car ini trusted atau tidak. Cuma saya boleh cakap yang pemilik kedai used car ini adalah melayu yang sudah pasti muslim. Alhamdulillah, setakat ini kedai used car yang saya recommend ini buat kerja dengan betul. Tidak pernah scam lah.

    Berjaya jual dan beli kereta Kereta Mazda 2 terpakai direct owner guna invois kedai used car
    Berjaya jual dan beli kereta Kereta Mazda 2 terpakai direct owner guna invois kedai used car

    Senarai Kereta Berjaya Dijual Ke Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    1. [ Perodua Ativa ] – kisah jual kereta Ativa kepada pembeli menggunakan invois kedai used car
    2. [ Honda Jade ] – kisah jual kereta honda Jade kepada pembeli menggunakan invois kedai used car
    3. [ Mazda 2 ] – kisah jual kereta Mazda2 kepada pembeli menggunakan invois kedai used car

    Di atas ini adalah sebahagian cerita dan kisah yang saya kongsikan di dalam blog ini sebagai perkongsian sebenar bagaimana pemilik kereta berjaya menjual kereta mereka kepada direct buyer dan dapat duit hasil jual kereta tanpa masalah dari kedai used car yang saya recommend kan.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, kereta terpakai, servis loan bank, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai

    Sebenarnya prosedur ini sama sahaja dengan kereta yang anda jual di kedai used car secara direct. Duit hasil kereta anda yang berjaya dijual sudah pastilah akan masuk ke akaun bank milik kedai tersebut. Dan kemudian barulah duit tersebut ditransfer pula ke akaun bank anda. Kepada anda yang ragu ragu, anda hubungi sahaja saya melalui link Whatsapp di atas ini dan bercakap sendiri dengan tauke owner kedai tersebut jika itu boleh membuatkan anda berasa lebih yakin. Berminat? Hubungi saya sekarang juga!!!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Tukar minyak enjin guna Castrol dan kumpul point

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.