Sejak saya berkongsikan panduan cara beli kereta direct owner, saya telah mendapat sangat banyak pertanyaan tentang macam mana hendak beli kereta terus dari pemilik kenderaan tersebut. Mereka ingin tahu samada boleh atau tidak. Dan kebanyakkan samada mereka tidak tahu cara untuk apply loan di bank sendiri atau gagal mendapat permohonan pinjaman kenderaan hire purchase di bank. Dan antara salah satu kes unik yang saya dapat adalah dari bakal pembeli mahu beli kereta Honda Jade secara direct owner.
Apa yang unik? Untuk pengetahuan anda, kereta Honda Jade tidak ada dijual di dalam pasaran Malaysia. Kalau ada pun, ianya di bawa masuk secara kenderaan import terpakai iaitu dijual di kedai yang menjual kenderaan recond. Tetapi ini bukan kes beli kereta recond di kedai yang menjual kenderaan import terpakai. Ini adalah kes ingin beli kereta recond terus dari pemilik iaitu secara direct owner.

Kisah Berjaya Beli Kereta Honda Jade Terus Dari Owner
Ok, soalan yang ingin ramai orang tanya adalah, adakah ada beza kalau beli kereta dari pemilik kereta recond dengan beli kereta terpakai dari owner? Jawapannya adalah tidak ada beza. Sama 100% macam beli kereta secara biasa. Sebenarnya perbezaan yang asas hanyalah sebatas kategori kereta itu sahaja. Tetapi proses untuk mendapatkan loan di bank masih tetap sama selagi anda sebagai pembeli adalah berwarganegara Malaysia. Harap maklum dan jelas ya.
Saya dapat pertanyaan dari individu yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau mahu beli kereta Honda Jade terus dari owner. Beliau dari KL dan saya sendiri dari Penang. Saya jelaskan yang proses ini adalah mudah dan tidak perlu bimbang dengan jarak jauh. Hanya perlu serahkan dokumen melalui Whatsapp secara online. Dan jika loan lulus, beliau hanya perlu sign agreement pinjaman kenderaan (hire purchase) di bank di cawangan KL sahaja. Beliau bersetuju dan proses pun berjalan lancar.

Jika profil kewangan anda tidak ada masalah. Dan bank melihat skor kredit pinjaman anda pun layak, maka tidak ada sebab untuk mendapatkan permohonan loan kereta dari bank ditolak. Alhamdulillah, customer dari KL ini berjaya lulus loan kereta dari bank dan beliau secara rasmi berjaya beli kereta idaman beliau iaitu Honda Jade tahun 2016 walaupun ketika artikel ini ditulis adalah pada tahun 2025. Kiranya kereta yang tidak lebih dari 15 tahun masih layak mendapatkan loan pinjaman dari bank.

Mungkin ramai tidak tahu. Kebanyakkan bank tidak lagi menerima permohonan untuk mendapatkan loan kenderaan (hire purchase) dari individu. Masalahnya adalah pihak bank mahu menguruskan permohonan yang disertakan sekali dengan “invois” kereta. Invoice ini adalah dokumen pembelian kereta. Oleh kerana anda selaku pembeli kereta terpakai, maka sudah tentulah kedai yang boleh mengeluarkan invois jual beli kereta ini adalah dari kedai used car. Ya, anda boleh gunakan khidmat kami untuk urusan mendapatkan invoice kereta, tapi ada sedikit bayaran caj yang dikenakan lah.

Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car
- Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank)
- Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Tidak kisahlah samada pemilik atau bakal pembeli uruskan buat puspakom ini
- Proses Tukar Nama/Geran : RM300
- Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta
Di atas ini adalah caj kos yang anda selaku pembeli (buyer) kena tanggung. Seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh buat sendiri kalau mahu. Jadi jimat sedikit kos yang perlu anda keluarkan. Hanya perlu keluarkan modal untuk bayaran kos “invois” dari servis yang ditawarkan oleh kedai used car yang saya recommend ini.
***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.
Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
Di atas ini adalah contoh kisah individu yang berjaya beli kereta terpakai secara direct owner dengan menggunakan invois (invoice) jual beli kereta dari kedai used car yang saya recommend ini. Kepada anda yang mahu beli kereta baru, beli kereta terpakai di Carsome, atau cari kereta recond termasuk ingin beli kereta dari pemilik secara terus, boleh menghubungi saya untuk saya bantu yang sama saya boleh. Berminat sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.