Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Kereta Perodua Ativa Direct Owner Success Story
    Kereta Terpakai

    Beli Kereta Perodua Ativa Direct Owner Success Story

    adminBy admin25/11/2024Updated:11/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ada seorang pemilik kereta baru Perodua Ativa yang beliau beli pada tahun 2021 dengan harga RM68K. Dan pada tahun 2024 ini, beliau sudah habis bayar secara full settlement dan beliau ingin menjual kepada pembeli (buyer) yang berminat dengan harga RM52K. Dengan kata lain, kereta terpakai Ativa ini sudah berumur 3 tahun. Pemilik iaitu owner Perodua Ativa dan bakal pembeli sama sama tinggal di negeri Selangor. Dan beliau mencari “dealer” yang boleh uruskan bakal pembeli ini mendapatkan loan dari bank.

    Kisahnya, saya ada berkongsikan panduan cara beli kereta secara direct owner tentang kelebihan sebagai penjual kereta dan kepada bakal pembeli kereta tersebut. Entah kenapa, artikel tersebut ranking dengan baik di Google dan ramai yang bertanya tentang macam mana hendak mendapatkan loan kereta dari bank jika mereka beli kereta secara terus dari owner. Masalah berlaku apabila owner kereta dan juga bakal pembeli tidak tahu urusan dan cara hendak mendapatkan loan dari pihak bank. 

    Jual kereta direct owner dan dapatkan loan bank guna kedai used car
    Jual kereta direct owner dan dapatkan loan bank guna kedai used car

    Kisah Beli Kereta Terpakai Direct Owner Yang Berjaya Dapat Loan Bank

    Saya pun bertanya kepada sales advisor Proton, Perodua dan juga Toyota. Jawapan mereka adalah sama iaitu tidak boleh direct mohon iaitu apply loan kenderaan di bank. Ya memang ada bank yang boleh tetapi majoritinya tidak boleh. Alasannya adalah, pihak bank hanya mahukan permohonan loan kenderaaan (hire purchase) yang ada borang invoices iaitu sales agreement sekali. Masalahnya kereta yang berstatus “terpakai/second hand” ini perlu dapatkan borang invoice dari mana dan dari siapa?

    Jawapannya adalah dari kedai used car. Tetapi bukan semua kedai used car mahu melakukan proses ini jika kereta tersebut tidak dibeli melalui mereka. Maknanya anda kena jual kereta kepada kedai used car dan bakal pembeli pula kena beli kereta melalui kedai used car. Tetapi anda tidak mahu jual kereta anda di kedai used car dan bakal pembeli pula mahu beli kereta secara direct owner. Jadi macam mana penyelesaiannya?

    Saya telah bekerjasama dengan pemilik kedai used car yang boleh memberikan servis membantu anda untuk mendapatkan loan kereta di bank menggunakan invoice mereka. Ya, anda boleh jual kereta ikut harga yang anda mahukan. Ya, bakal pembeli boleh membeli kereta terpakai secara terus dari owner. Tetapi ada cas yang dikenakan seperti di bawah ini.

    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner
    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner

    Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car

    • Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank)
    • Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Tidak kisahlah samada pemilik atau bakal pembeli uruskan buat puspakom ini
    • Proses Tukar Nama/Geran : RM300
    • Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Berbalik kepada owner kereta Perodua Ativa ada menghubungi saya untuk saya membantu beliau mendapatkan loan kereta bagi bakal pembeli kereta beliau. Saya pass kepada kedai used car ini dan mereka uruskan. Alhamdulillah, permohoan loan kereta oleh bakal pemilik kereta Ativa ini melalui kedai used car ini lulus. Dan esoknya bakal pembeli kereta Ativa ini menandatangi agreement perjanjian beli kereta di bank di kawasan tempat tinggal beliau. Selesai.

    Mesti akan ada yang tanya, bolehkah urusan ini dibuat secara online dan untuk seluruh Malaysia. Jawapannya adalah boleh!!! Owner kereta dan bakal pembeli ini adalah dari Selangor. Saya dan owner kedai used car ini pula adalah dari Pulau Pinang. Pembeli kereta hanya perlu serahkan dokumen kepada kedai used car melalui Whatsapp sahaja. Kemudian kedai used car akan uruskan proses mendapatkan loan di bank termasuk invoice sekali. Jika lulus, maka pihak bank akan hantar borang tersebut di cawangan bank tempat pembeli tersebut iaitu di Selangor. Jadi pembeli akan sain borang di bank di Selangor lah. Setel.

    Dapatkan invoice kereta dari kedai used car dengan cas upah murah
    Dapatkan invoice kereta dari kedai used car dengan cas upah murah

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai

    Bayaran untuk buka invoice di atas yang dikenakan adalah upah kepada pihak kedai used car untuk urusan submit dokumen ke bank. Cas cas yang lain anda boleh elak jika anda boleh lakukannya sendiri seperti urusan di puspakom dan tukar nama di JPJ. Bayaran insurans kereta pula wajib kena ambil dan langgan melalui kedai used car. Saya adalah ejen marketing online sahaja dan anda akan berinteraksi 100% urusan dengan kedai used car yang saya cadangkan ini. Kepada anda yang berminat hendak dapatkan bantuan mendapatkan loan kereta di bank, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.