Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Perkhidmatan

    Tukar Bateri Kereta Proton Preve Dengan Bateriku

    adminBy admin21/08/2025Updated:22/08/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya saya sudah nampak akan tanda tanda yang bateri kereta Proton Preve saya ada masalah. Masalah yang macam mana? Tiba tiba enjin sukar dihidupkan selepas berhentikan kereta. Kemudian ok balik. Dan baru baru ini saya sempat untuk servis kereta untuk balik kampung, mekanik ada beritahu yang condition bateri sudah kurang baik. Masih boleh pakai tetapi jika ada bajet, sila tukar segera. Itulah yang beliau katakan kepada saya 2 minggu yang lalu.

    Dan hari ini saya kena lagi. Isi minyak kereta di Petronas. Kemudian ketika mahu start enjin semula, terus tidak dapat hidupkan semula. Berkali kali cuba dan gagal. Saya tolak kereta ke tepi. Tunggu enjin sejuk sedikit dan kemudian start enjin semula. Ya, enjin kereta berjaya dihidupkan. Namun saya ambil keputusan untuk cari dan tukar bateri kereta sesegera mungkin. Tidak boleh tunggu dan lihat lagi seperti sebelum ini. Lambat atau cepat, saya kena tukar juga.

    Minta bantuan Bateriku terus melalui Whatsapp untuk ke kedai Bateriku terdekat
    Minta bantuan Bateriku terus melalui Whatsapp untuk ke kedai Bateriku terdekat

    Pengalaman Tukar Bateri Kereta Di Kedai Bateriku

    Saya ambil keputusan untuk tukar bateri kereta guna bateriku sahaja. Kenapa? Sebab saya pernah bantu kereta Perodua Myvi isteri saya ketika itu menggunakan runner Bateriku. Dan kali ini ianya terkena kepada saya, maka saya ambil keputusan untuk tukar bateri kereta guna servis perkhidmatan Bateriku juga. Tetapi bukan guna runner lah. Saya akan datang sendiri ke kedai bateriku dan tukar (replace) bateri terus di bengkel mereka. Berminat ingin tahu? Teruskan mambaca!!!

    Adakah kalau hendak ke kedai Bateriku kena buat temujanji appointment terlebih dahulu? Jawapannya adalah tidak. Anda boleh terus datang secara walk in tanpa masalah. Namun sebelum saya ke sana, saya sempat bertanya dahulu tentang “harga bateri” untuk model kereta saya iaitu Proton Preve. Dan mereka berikan harga yang ditawarkan. Jadi sebelum ke kedai Bateriku, saya sudah bersedia dengan bajet harga bateri tersebut.

    Harga bateri kereta Proton Preve dari brand ASTRA khas dari Bateriku
    Harga bateri kereta Proton Preve dari brand ASTRA khas dari Bateriku

    Di atas ini adalah 2 gambar bateri yang ditawarkan kepada saya melalui Whatsapp. Ya, di bateriku ada ditawarkan bermacam macam model brand bateri kereta yang ada. Cumanya pihak Bateriku lebih mengetengahkan bateri dari jenama ASTRA. Menurut mereka, brand Astra adalah milik Bateriku sendiri yang berkerjasama terus dengan pengilang bagi menawarkan bateri yang berkualiti dan harga lebih mampu milik. Ok saya setuju sahaja.

    Ok, gambar di bawah ini adalah gambar sebenar kedai Bateriku yang saya datang di Sungai Nibong Pulau Pinang. Terus walk in sahaja dan beritahu yang saya mahu tukar bateri kereta untuk Proton Preve. Seperti yang mereka maklumkan melalui Whatsapp, mereka gunakan bateri dari jenama Astra. 

    Kedai alat ganti kenderaan Bateriku
    Kedai alat ganti kenderaan Bateriku
    Pekerja kedai Bateriku sedang menukar bateri kereta
    Pekerja kedai Bateriku sedang menukar bateri kereta
    Bateri kereta jenama Astra dari BATERIKU
    Bateri kereta jenama Astra dari BATERIKU

    Saya sempat merakam video berkenaan status kondisi semasa bateri kereta lama dari Amaron dan status kondisi bateri kereta yang baru dari Astra. Memang ada beza pada bacaan. Jadi memang sebab bateri lah yang masalah kereta tidak dapat untuk start enjin.

    Apa yang saya suka ketika membuat penukaran (replace) bateri kereta di bateriku? Mereka tunjukkan apakah bacaan keadaan semasa bateri kereta sebelum ditukar. Mereka terangkan apakah bacaan yang patut untuk menunjukkan bateri tersebut perlu ditukar dan bacaan yang patut untuk menunjukkan bateri tersebut adalah dalam keadaan terbaik. Jaminan warranty adalah selama 18 bulan iaitu setahun dan 6 bulan untuk kerosakkan dari bateri Astra milik Bateriku.

    Resit bayaran bateri kereta dari Bateriku dan semak condition bateri yang digunakan
    Resit bayaran bateri kereta dari Bateriku dan semak condition bateri yang digunakan

    Satu ilmu yang baik. Saya ada rakam video untuk anda tonton, lihat dan dengar sendiri berkenaan ilmu tentang bateri kereta melalui video di bawah ini.

    xxxxxxxxxxxxxxxxx

    Cara Hubungi Bateriku.com

    • [ Daftar Bateriku ] – Sila daftar register melalui website bateriku.com di sini. TIDAK WAJIB DAFTAR
    • [ Booking Bateriku ] – Sila booking servis bateri kereta di sini (kereta habis bateri? book terus di sini)
    • [ Beli Bateri Di Shopee ] – anda juga boleh membeli bateri kereta dari bateriku.com secara online di sini
    • Talian Khidmat Pelanggan 24 Jam : +601116006008

    Pengalaman saya tukar iaitu replace bateri kereta yang baru di Bateriku adalah memudahkan dan juga pantas. Tidak banyak kerenah. Berikan butiran nama, jenis kereta, nombor telefon dan juga nombor plate kenderaan. Mudah sahaja. Mereka merekodkan bacaan status semasa bateri dan kemudian resit bayaran dipaparkan sekali dengan gambar. Terbaik. Pemasangan bateri baru tidak sampai 30 minit pun. Saya beri markah 8/10. Bateriku terbaik!!!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.