Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Tuesday, May 20
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home ยป Tukar Bateri Kereta Mudah Dengan Bateriku
    Info

    Tukar Bateri Kereta Mudah Dengan Bateriku

    adminBy admin13/07/2024Updated:25/07/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Semalam ketika memandu untuk balik kerja, saya telah di telefon oleh isteri berkenaan kereta beliau tidak boleh start. Kereta tidak boleh dihidupkan selepas mengambil anak dari sekolah. Jadi masalah juga sebab saya sendiri masih jauh dari perjalanan pulang dan hari pun sudah masuk waktu maghrib. Isteri pada awalnya ingin meminta bantuan kedai bengkel kereta tetapi siapa yang mahu layan permintaan kita? Hari sudah malam untuk mencari, beli dan tukar bateri kereta. Saya dalam dilema.

    Tiba tiba saya teringat dengan Bateriku.com. Saya pernah menulis berkenaan servis perkhidmatan yang mereka tawarkan di laman website blog yang lain. Saya pun terus mencari nombor telefon perkhidmatan runner bateriku.com yang berhampiran dengan tempat tinggal saya. Apabila dapat, saya terus buat call panggilan dan alhamdulillah memang ada runner yang available ketika itu dijalanan pada waktu tersebut. Beliau terus datang ke tempat di mana kereta isteri saya tidak boleh dihidupkan.

    Senarai servis dan perkhidmatan dari Bateriku.com
    Senarai servis dan perkhidmatan dari Bateriku.com

    Khidmat Hantar & Tukar Bateri Kereta 24 Jam Seluruh Malaysia

    Saya ceritakan dulu apa itu bateriku.com. Syarikat ini dibina pada tahun 2014. Dan di awal awal penubuhan syarikat ini, mereka hanya fokus kepada menawarkan perkhidmatan tukar bateri kereta secara on demand. Maknanya jika ada orang telefon untuk minta runner datang ke tempat di mana kereta mereka tidak boleh dihidupkan, maka runner bateriku.com akan datang untuk membawa dan terus tukar bateri kereta tersebut dengan bateri yang baru. Ketika ini servis mereka hanya tukar bateri sahaja dan bukan untuk baiki kereta.

    Hanya selepas itu, permintaan semakin tinggi, syarikat makin berkembang, maka mereka meluaskan servis perkhidmatan mereka kepada ekosistem penawaran lain seperti menghubungkan pemilik kereta kepada bantuan perjalanan, bengkel yang dipercayai, tempat jual beli barangan part kereta dan bantuan professional yang sesuai untuk keperluan pembaikkan kereta.

    Semak kondisi keadaan bateri kereta
    Semak kondisi keadaan bateri kereta

    Mudah cerita servis bateriku.com yang paling utama adalah menawarkan perkhidmatan penghantaran bateri ke customer yang memerlukan dalam apa juga sebab dan keadaan. Itu adalah asas perniagaan company yang bernama bateriku.com ya. Sekarang kita balik semula kepada cerita kereta isteri saya yang tidak dapat untuk start kereta.

    Cara Hubungi Bateriku.com

    • [ Daftar Bateriku ] – Sila daftar register melalui website bateriku.com di sini. TIDAK WAJIB DAFTAR
    • [ Booking Bateriku ] – Sila booking servis bateri kereta di sini (kereta habis bateri? book terus di sini)
    • [ Beli Bateri Di Shopee ] – anda juga boleh membeli bateri kereta dari bateriku.com secara online di sini
    • Talian Khidmat Pelanggan 24 Jam : +601116006008

    Call dan hubungi sahaja talian khidmat pelanggan bateriku.com 24 jam ini. Mereka akan membantu anda untuk dihubungkan dengan rider yang berdekatan dengan tempat lokasi di mana kenderaan anda tidak dapat dihidupkan. Rider/runner di dalam Bateriku.com ini disebut sebagai Bhero. Nanti anda kena berkomunikasi dengan mereka untuk memudahkan urusan anda.

    Dan kes saya, saya terus dapat nombor telefon rider BHero dari Bateriku ini dan meminta beliau ke tempat di mana kereta isteri saya tidak dapat untuk start enjin. Beliau bertanya apakah tanda tersebut samada kereta langsung tidak dapat dihidupkan langsung 100% atau enjin seperti dapat dihidupkan tetapi tidak ada kekuataan untuk menghidupkan kereta.

    Khidmat penghantaran delivery dan penukaran bateri kereta oleh rider runner Bhero Bateriku.com
    Khidmat penghantaran delivery dan penukaran bateri kereta oleh rider runner Bhero Bateriku.com

    Menurut beliau, jika tidak ada apa apa berlaku ketika enjin cuba dihidupkan, kemungkinan besar kerana masalah starter yang rosak. Kalau ada pergerakkan enjin tetapi lemah, maka kemungkinan besar bateri kereta sudah lemah iaitu weak. Dan dalam kes kereta isteri saya, ketika starter cuba dihidupkan, enjin memang bergerak tetapi tidak kuat dan kereta tidak dapat dihidupkan. Jadi jelaslah yang bateri sudah weak.

    Setelah Bhero tiba, buat checking apa yang patut. Bateri kereta memang sudah sampai level keasidan yang rendah dan kuasa bateri kereta memang kurang. Untuk kereta Perodua Myvi generasi pertama, bateri yang dicadangkan adalah bateri dari jenama Astra dan ianya berharga RM208 untuk siap trade in bateri lama dan termasuk dengan kos upah pasang bateri. Dan selepas itu kereta dapat dihidupkan semula dengan mudah.

    Tukar tukar bateri kereta jenama Astra dari Bateriku
    Tukar tukar bateri kereta jenama Astra dari Bateriku

    Bateri Astra dari bateriku.com ini diberikan jaminan waranti selama 1 tahun dan 6 bulan iaitu 18 bulan. Kenapa bateri Astra? Sebab ianya murah. Adakah murah tidak berkualiti? Jawapannya adalah ianya memang dijual murah tetapi tetap berkualiti! Sebab apa? Sebab syarikat Bateriku.com ini menjalankan perniagaan dengan mendapatkan stok bateri terus dari kilang. Dengan sebab itulah harga bateri yang ditawarkan dapat dijual dengan lebih murah berbanding bateri kereta yang dijual di kedai bengkel baiki kenderaan. Jelas? Faham?

    Kesimpulan. Kalau kereta anda tidak dapat dihidupkan (start enjin) di mana mana lokasi. Sila jangan bimbang. Sila telefon khidmat pelanggan Bateriku.com 24 jam yang saya kongsikan di atas tadi. Mereka akan bantu anda untuk dihubungkan dengan rider/runner iaitu Bhero yang terdekat dengan lokasi anda untuk buat checkup dan melakukan penukaran bateri. Bhero kerja sampai 12 tengah malam. Servis cepat, pantas dan berkualiti. Terbaik bateriku.com.

    bateriku.com Perkhidmatan Tukar Bateri Kereta Runner Tukar Bateri Kereta Servis Tukar Bateri Kereta Tukar Bateri Kereta Tukar Bateri Kereta 24 Jam Tukar Bateri Kereta Bateriku Tukar Bateri Kereta Malam Tukar Bateri Kereta Penang Tukar Bateri Kereta Pulau Pinang
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.