Anda sedang mencari kerja? Ada ilmu dan pengalaman dalam dunia automotif kenderaan? Kalau ya, saya jemput anda untuk menjadi seorang rider iaitu seorang runner untuk tukar bateri kenderaan secara on-demand. Dan peluang kerja kosong ini ada di dalam syarikat yang bernama bateriku.com. Ianya sebuah syarikat bumiputera yang sudah bertapak lebih dari 10 tahun. Dan syarikat ini adalah salah satu syarikat yang kekal teguh dengan penawaran servis perkhidmatan mereka sehingga kini. Berminat?
Kenapa saya mahu berkongsikan dengan anda tentang peluang buat duit dan menjana pendapatan sebagai runner untuk tukar bateri kenderaan? Jom baca kisah saya bersama BHero yang telah membantu saya untuk tukar bateri kereta. Kereta saya kehabisan bateri (bateri lemah/weak) pada waktu maghrib selepas ambil anak dari sekolah. Jadi saya meminta bantuan Bateriku. Pihak Bateriku datang bawa bateri kereta yang baru secara delivery dan tolong gantikan bateri lama dengan bateri baru. Dan kereta dapat dihidupkan semula.

Register Sebagai BHero Bateriku.com
Siapa BHero? Di dalam program Bateriku.com. Tukang runner bawa bateri secara delivery dan memberikan servis perkhidmatan menukar dan menggantikan bateri ini adalah disebut sebagai BHero. Syarikat Bateriku Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam bentuk ekonomi gig. Dan program BHero ini bermula pada tahun 2017 bagi memantapkan permintaan pelanggan seluruh semenanjung negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kriteria & Syarat Menjadi BHero
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 tahun – 45 tahun
- Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah
- Mempunyai motosikal/kereta
- Mempunyai telefon pintar smartphone dengan iOS 13 atau Android 9 dan ke atas

Kelebihan & Faedah Menjadi BHero
- Waktu kerja fleksibel
- Pendapatan boleh mencecah RM4000 sebulan
- Komisen BHero adalah berdasarkan servis yang ditawarkan. Contoh komisen tukar bateri paling murah pun dapat RM34
- Boleh dijadikan kerjaya samada secara part time mahupun full time
- Latihan Komprehensif dan Berterusan. Setiap BHero diwajibkan mengikuti latihan wajib yang disediakan oleh Akademi Bateriku

Soalan Berkenaan BHero
- Yuran pendaftaran – setakat ini belum dikenakan apa apa bayaran yuran ketika mendaftar
- Jantina – ke semua jantina samada lelaki atau perempuan boleh sertai BHero
- Kontrak perjanjian pekerjaan – Ya, Bateriku.com akan menyediakan kontrak bertulis kepada semua BHero yang berdaftar.
Daftar/Register BHero
- [ Daftar BHero Di Sini ] – ini adalah link borang pendaftaran sebagai BHero dalam program Bateriku
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut.
Wekongsi di atas ini adalah tiada kena mengena dengan program BHero. Ianya hanyalah promosi saya yang saya rasakan berbaloi untuk anda. WeKongsi adalah program perkongsikan bil perubatan hospital. Dia macam medical card lah. Cuma ianya murah bawah RM100 setiap bulan. Itu kalau anda berminatlah. Bukan apa, anda kerja jadi runner dan servis sana sini bawa motor/kereta. Jadi dengan adanya wekongsi yang ala ala insurans ini, paling tidak kos rawatan ketika berlaku kemalangan jalan raya akan terjamin. Berminat daftar ya.
Mungkin masih ada yang kurang jelas mengenai skop kerja sebagai BHero di dalam syarikat Bateriku ini. BHero adalah seorang juruteknik yang akan memberi bantuan kepada pemilik kenderaan yang menghadapi masalah seperti kerosakkan kereta atau masalah bateri. Jangan risau jika anda kurang ilmu berkenaan kereta. Sebab itulah ada akademi untuk membimbing anda. Anda akan datang kepada pelanggan yang menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Berminat? Boleh daftar sebagai BHero melalui link di atas ini ya. BYE!!!.