Zaman saya belajar dulu tidak ada kewajiban untuk melakukan “latihan praktikal” di dalam sektor mana mana industri pekerjaan. Tetapi ada rakan saya di pusat pengajian tinggi yang berpengalaman untuk melakukan latihan praktikal kerana ianya diwajibkan sebagai syarat berjaya menghabiskan pengajian dan layak menerima sijil pendidikan. Dan kemudian saya dengar juga tentang “internship” yang mana ianya membawa maksud yang lebih kurang serupa. Adakah anda belajar dalam subjek automotif? Berminat buat internship di kedai kereta yang menjual kereta?
Sektor automotif adalah besar. Peluang kerjaya adalah tinggi. Anda boleh jadi penjual kereta, servis baiki kereta, insurans kenderaan, kedai kecantikan kereta dan banyak lagi. Mudah cerita, kalau anda ingin buat duit dalam industri “car lines” memang boleh pergi jauh. Dan industri kenderaan sampai bila bila akan tetap relevan. Cumanya anda kena pandai bergerak dengan perubahan teknologi semasa yang sedang berlaku. Dan kalau anda masih belajar, maka menimba pengalaman dalam sektor pekerjaan sebelum tamat pengajian adalah satu tindakkan yang paling tepat.
Internship Di HM Falah Juru Autocity Pulau Pinang
Dengan kata lain, anda akan mendapat ilmu tentang bagaimana sektor automotif itu berkerja sebelum anda benar benar bekerja dan buat duit dalam bidang automotif. Dan salah satu cara untuk menimba pengalaman dalam sektor kenderaan iaitu kereta adalah dengan melakukan latihan industri yang orang sebut sebagai “praktikal” atau “internship”. Jika ini adalah apa yang anda sedang cari, maka saya ingin perkenalkan anda dengan peluang internship di kedai yang menjual kereta. Berminat?
Saya adalah ejen iaitu broker kepada kedai kereta recond HM Falah. Dan saya baru sahaja mendapat tahu bahawa kedai kereta yang saya sertai ini ada mengiklankan peluang untuk melakukan program “internship” dan sesuai kepada anda yang sedang belajar dalam sektor automotif. Dan kepada anda yang program pengajian anda mewajibkan anda untuk buat dan menghabiskan latihan praktikal industri, maka program internship dari HM Falah ini adalah sesuai buat anda. Tetapi program internship yang ditawarkan adalah dalam bentuk skop di bawah ini;
Internship HM Falah 2025
- Sales & Marketing
- Content Creator
- Graphic Designer
- Live Host
Kelebihan Buat internship
- Elaun bulanan sebanyak RM900
- Ada komisen + insentif
Cara Apply internship
- Hantar resume anda di staf@hmfalah.com
- Atau telefon ke 017-9060087 (Shahrul)
Program internship dari HM Falah ini terbuka kepada semua pelajar di IPT dan IPTS tidak kisah samada lelaku mahupun perempuan. Yang penting jujur, amanah, komited dalam menjalankan tugas dan bersedia mempelajari ilmu dan kemahiran yang baru.
HM Falah adalah sebuah kedai yang menjual kenderaan import terpakai iaitu kereta recond. Dan bidang kerja yang anda perlu buat adalah seperti sales marketing atau content creator atau buat grafik design atau buat live bergantung kepada permintaan dari HM Falah dan kemahiran anda sendiri. Di sini anda boleh belajar banyak perkara baru yang patut anda tahu bagaimana sektor industri automotif itu bekerja. Dan pengalaman seperti ini adalah mahal.
Saya mahu cakap jujur dari hati ke hati. Saya sudah berumur 39 tahun. Sudah berpengalaman lama dalam alam pekerjaan. Dunia bekerja adalah mencabar. Kalau kita ada “ilmu baru” dan “kemahiran” yang membuatkan kita lebih dari orang lain, kita boleh survive lama untuk mampu buat duit dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Macam yang saya katakan tadi di atas, sektor automitf adalah besar. Sila ambil peluang program internship ini sebagai salah satu cara untuk anda belajar banyak benda sebagai persediaan sebenar dalam industri pekerjaan di sektor kenderaan. BYE!!!.