Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, July 13
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat
    Info

    Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat

    adminBy admin28/08/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Ini adalah kali kedua saya menggunakan aplikasi Misi Rakyat ini. Saya dah daftar dan guna sebagai pengguna. Di tempat saya, nampaknya di kawasan saya terdapat banyak vendor iaitu kedai makanan yang telah memberikan pilihan kepada pengguna untuk order makanan di App Misi. Satu perkembangan yang sihat. Tidak perlu pun boikot aplikasi food delivery yang lain. Cuma bersaing cara sihat. Dan dalam masa yang sama berikan pilihan kepada pengguna untuk support app food delivery dari orang Islam dan Melayu Bumiputera. Bila sudah ada pilihan, maka hak samada untuk guna atau tidak terpulang kepada pilihan masing masing.

    Jadi apa sebab saya support aplikasi Misi ini? Jawapan yang paling utama adalah kerana kita menyokong mana mana usaha fardu kifayah dari bangsa sendiri. Jika tiada pilihan, maka kita pilih yang mana kurang mudarat. Dan jika ada pilihan, maka apakah sebab kita tidak mahu menyokong? Kecuali pengalaman menggunakan app tersebut sangat sangat tidak memuaskan. Namun app Misi senantiasa melakukan tambah baik dari dari ke hari kerana bersedia mendengar maklum balas dari pengguna. Bagi saya ini sudah cukup terbaik.

    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi
    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi

    Cara Guna Aplikasi MISI

    Kenapa kali kedua? Sebab saya hendak lihat adakah pengalaman menggunakan aplikasi food delivery MISI ini semakin bertambah baik dan menarik. Dan dalam masa yang saya saya berminat untuk menyokong usaha untuk membantu memperkasakan ekonomi sesama bangsa. Zaman sekarang orang suka memboikot sana sini. Dan kesannya adalah pada pekerja yang beragama Islam dan melayu yang akan hilang pendapatan. Adalah sedih bila tiada alternatif untuk membantu mereka yang terjejas. Hanya cakap cakap sahaja dengan alasan rezeki ada di mana mana. Cakap memang mudah tetapi kalau tiada tindakkan pun tidak ada guna.

    Jadi dengan adanya pilihan dan alternatif dari aplikasi food delivery Misi Rakyat ini, maka kenapa kita tidak berikan peluang! Saya sukakan usaha yang seperti ini. Ianya adalah usaha untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan peluang pekerjaan kepada rider rider orang melayu dan Islam. Kena ada ekosistem sendiri. Dan app Misi ini adalah salah satu usaha untuk mencapai ekosistem tersebut. Terbaik bukan?

    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi
    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi

    Cas Rider/Upah Rider MISI

    • Harga Makanan = RM10 (contoh harga makanan)
    • Upah Rider Motor = RM5 (bawah 5KM). RM1 setiap 1KM tambahan.
    • Sistem Fees (8%) = RM1.20

    Harga makanan yang dibeli adalah sama 100% dengan apa yang dijual di kedai makan. Cas untuk Rider pula adalah upah mereka untuk mereka ambil dan hantar kepada kita termasuk minyak motor mereka. Dan sistem fees pula adalah cas bagi memastikan aplikasi Misi terus boleh berfungsi dengan baik dan lancar. Semua ini perlu kos. Tapi yang paling penting adalah, jumlah bayaran yang dikenakan kepada kita masih tetap murah berbanding menggunakan aplikasi food delivery yang lain. Ini adalah fakta.

    Register App Misi

    • [ Daftar App Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
    • [ Aplikasi Android ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
    • [ Aplikasi iOS ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini

    Samada aplikasi Misi ini akan terus viral dan popular di masa depan kita tiada siapa yang tahu. Nasihat saya, jika founder Misi visi yang serius. Ada dapat dana bajet dari mana mana individu yang mahu sumbang duit sebagai share partner, sila ambil untuk dijadikan modal untuk kempen pengiklanan yang lebih meluas. Tidak semestinya ianya wajib tertumpu pada media sosial dan internet semata mata. Masih ramai orang yang selesa melihat iklan di jalan jalan raya dan juga di kaca televisyen.

    Jadi apa pendapat saya selepas 2 kali memesan makanan secara online menggunakan aplikasi food delivery Misi ini? Perlukan lebih banyak naik taraf pada interface paparan ketika pengguna mahu mencari makanan yang mereka inginkan. Ya app Misi masih diperingkat awal. Jika developer Misi terus menerus melakukan tambah baik, saya pasti aplikasi pesan (order) dan mengantar makanan (food delivery) dari Misi Rakyat ini boleh cemerlang di Malaysia. Jom support Misi app dengan klik link pendaftaran di atas ini ya. BYE!!!.

    Aplikasi Misi App Misi apps misi rakyat Misi misi rakyat app
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.