Baru baru ini viral berkenaan aplikasi food delivery yang memfokuskan untuk mengalihkan kuasa membeli rakyat Malaysia terutamanya orang melayu dan Islam untuk support perniagaan bumiputera. Kisahnya orang Melayu terutamanya adalah pembeli dan penyumbang terbesar dalam kitaran ekonomi micro di Malaysia. Tetapi keuntungan dari ekonomi ini banyak tersalur kepada entiti bisnes perniagaan yang bukan bumiputera. Atas sebab itulah aplikasi iaitu app misi rakyat tercipta.
Membantu sesama bangsa bukanlah perkauman. Tetapi sebagai pilihan alternatif kepada satu satu bangsa. Contohnya, orang cina majoritinya akan membeli produk dari bangsa mereka. Orang India pula akan membeli dan mengutamakan membeli dari bangsa mereka juga. Bagaimana dengan orang Melayu? Untuk membantu bangsa sendiri, maka orang melayu kena juga belajar untuk ambil tahu bagaimana untuk membantu sesama orang melayu. Jadi ekonomi bangsa tersebut akan meningkat naik akibat dari kesedaran untuk mengutamakan produk dan barangan yang dikeluarkan oleh bangsa sendiri. Bukan memboikot ya. Ada beza.

Guna App Misi Rakyat
Jika anda mencari apakah ada aplikasi food delivery yang dibangunkan oleh orang melayu, islam dan bumiputera? Dan tujuan app tersebut untuk meningkatkan ekonomi ummah? Dan dalam masa yang sama wang yang tersalur disalurkan kepada bangsa melayu bumiputera? Jawapannya adalah ya ada iaitu App Misi. Founder App Misi adalah Encik Nur Ahmad Faiz Bin Mohd Azmi. Kini anda sudah ada pilihan samada anda seorang peniaga makanan (vendor) atau anda adalah seorang penghantar makanan (rider).
Berbalik kepada tajuk utama kita. Bagaimana cara dan macam mana untuk pesan (order) makanan melalui aplikasi Misi ini? Mudah sahaja. Sila ikuti step di bawah ini;

Cara Order Di App Misi Rakyat
- [ Login MISI ] – sila klik link ini log in masuk ke aplikasi Misi
- Sila klik pada menu “Order Disini”
- Sila set kan kawasan anda. Sistem akan mengesan kedai makan berhampiran anda
- Sila cari menu makanan yang anda inginkan dan klik pada kedai/restoran tersebut
- Sila pilih menu yang ada di kedai tersebut. Sila klik “Add To Cart”
- Sila klik “View My Cart” dan klik “Proceed Checkout”
- Sila pilih samada mahu “Delivery” atau “Self Pickup”
- Sila set kan alamat dan nama penerima
- Kemudian sila klik “Seterusnya”
- Sila pilih “Bank Transfer” dan klik “Bayar”
- Pilih akaun online banking anda dan teruskan buat bayaran secara online sehingga selesai.
- Aplikasi Misi akan menunggu samada ada RIDER yang accept job pesanan anda. Jika ada, Rider akan accept order anda dan vendor kedai makan akan menyiapkan pesanan anda.
- Rider akan pickup pesanan anda dan hantar kepada anda
- Anda juga boleh menghubungi Rider melalui no Whatsapp yang dipaparkan di app Misi
- DONE!!!.
Cara Register App Misi
- [ Daftar App Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
- [ Aplikasi Android ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
- [ Aplikasi iOS ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
Kalau anda masih kurang jelas bagaimana cara guna dan order makanan melalui aplikasi MISI rakyat ini, sila tonton video di atas ini. Saya tunjukkan bagaimana cara saya pesan makanan menggunakan app Misi. Mudah dan terpercaya. Kalau anda masih belum guna app Misi ini, saya jemput anda daftar dan install aplikasi Misi ini melalui link di atas ini ya. Jom kita sama sama support produk local dan membantu rider menambah pendapatan dengan app Misi ini. Kita juga dapat manfaat dengan membeli makanan secara online dengan harga sama macam di restoran kedai makan. Terbaik. Jom!!!.