Semua sedia maklum, kalau anda seorang bisnes owner yang menjalankan perniagaan secara online. Maka proses pengeposan bungkusan parcel pasti akan menggunakan kurier servis pekhidmatan penghantaran barangan seperti Pos Laju, J&T, Skynet, Flash Express, KEX Express, City-Link Express, DHL dan lain lain. Itu kalau anda hendak pos barang yang jauh jauh yang mengambil masa 1-3 hari bekerja. Macam mana kalau anda mahu hantar barang secara segera dan dekat dekat? Sekarang sudah terlalu banyak bisnes perniagaan yang berskala micro dan macro ekonomi. Jadi mereka ini memerlukan support sistem diluar sana yang boleh membantu di dalam urusan penghantaran jarak dekat yang boleh dihantar…
Author: admin
Semalam saya sempat bertanya kepada rakan sekerja yang baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan jalan raya menggunakan motosikal. Patah tulang kaki agak teruk. Terpaksa buat pembedahan dan dimasukkan beli di dalam betis peha kaki. Tidak bekerja selama setahun. Nasib baik ada insurans kesihatan dari isteri beliau yang seorang pekerja Petronas. Bolehlah dapat bilik first class dan coverage tinggi di atas RM100K. Kalau ikutkan medical coverage tempat kerja beliau cuma RM40K sahaja maksimum. Saya ada pakcik, meninggal dunia ketika menaiki motosikal akibat termasuk ke dalam parit. Saya ada saudara yang pernah accident motosikal ketika mahu ke tempat kerja di Singapore…
Sejak saya menjadi seorang blogger yang memfokuskan tentang kenderaan terutamanya kereta di Malaysia. Saya mendapat banyak pertanyaan tentang sesetengah penawaran jual beli kereta samada ianya benar, tipu atau scam. Malah ada di antara mereka yang telah hangus duit deposit sehingga ribuan ringgit hanya kerana terpedaya dengan iklan jualan kereta dengan harga murah. Konon jadi orang terawal dapat booking kereta tersebut. Rupa rupanya kena tipu dengan scammer. Ermm. Saya berpengalaman bercakap sendiri dengan scammer. Scammer yang saya maksudkan adalah “Scam LHDN”. Bersungguh cakap saya ada tunggakkan cukai sekian dan sekian. Kalau tak bayar akan dikenakan tindakkan mahkamah. Cakap saya ada company…
Saya bukan seorang runner puspakom dan tukar nama JPJ. Saya adalah seorang yang ditugaskan untuk buat marketing bagi pihak runner. Saya telah bekerjasama dengan runner bagi mudahkan anda untuk mencari dan meminta bantuan runner bagi masalah anda yang berkaitan dengan kenderaan. Seperti bantuan tolong hantar kereta anda untuk buat pemeriksaan puspakom dan juga bantuan tolong untuk proses tukar nama hak milik di JPJ. Sebab itulah anda terjumpa dan terbaca artikel di blog ini berkenaan contact nombor telefon runner! Cumanya sepanjang saya bekerjasama dengan runner dan membuat marketing servis perkhidmatan ini secara online. Saya belum pernah mendapat pertanyaan berkenaan buat puspakom…
Sebenarnya saya sudah nampak akan tanda tanda yang bateri kereta Proton Preve saya ada masalah. Masalah yang macam mana? Tiba tiba enjin sukar dihidupkan selepas berhentikan kereta. Kemudian ok balik. Dan baru baru ini saya sempat untuk servis kereta untuk balik kampung, mekanik ada beritahu yang condition bateri sudah kurang baik. Masih boleh pakai tetapi jika ada bajet, sila tukar segera. Itulah yang beliau katakan kepada saya 2 minggu yang lalu. Dan hari ini saya kena lagi. Isi minyak kereta di Petronas. Kemudian ketika mahu start enjin semula, terus tidak dapat hidupkan semula. Berkali kali cuba dan gagal. Saya tolak…
Semalam saya mendapat panggilan telefon dari pemilik kedai used car yang saya wakili untuk mempromosi dan menawarkan servis submit loan guna invois kedai used car. Beliau mendapat banyak pertanyaan customer yang saya bawa kepada beliau. Namun dalam banyak keadaan, kebanyakkan pemilik kereta (car owner) tidak bersetuju untuk meneruskan transaksi berkenaan kerana takut dan kurang percaya disebabkan duit hasil jual kereta tersebut masuk ke akaun bank kedai used car terlebih dahulu. Beliau meminta saya untuk bantu “filter” dan jelaskan masalah ini terlebih dahulu kepada customer yang akan datang berikutnya nanti. Baik. Saya mulakan cerita begini. Ketika pemilik kereta mahu jual kepada…
Saya dihubungi oleh Ali (bukan nama sebenar) yang berminat untuk menggunakan servis perkhidmatan runner puspakom tukar nama kami. Beliau adalah dari Selangor dan kebetulan runner kami juga beroperasi di KL dan juga Selangor. Setelah beliau beritahu nama dan lokasi, terus saya kongsikan kepada beliau nombor telefon runner tersebut. Dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sebenarnya beliau mahu jual kereta apa? Saya sendiri tidak tahu kereta yang mahu beliau jual pada awalnya. Berkenaan “runner”, saya BUKAN seorang runner yang menjalankan servis buat puspakom atau tukar hak milik di JPJ. Tugas saya adalah buat marketing online bagi pihak runner ini.…
Sebelum anda membeli sebuah kereta terpakai tidak kiralah samada beli dari kedai used car atau terus beli secara direct owner, sila pastikan yang anda semak status kereta terpakai tersebut terlebih dahulu. Tidak perlu tanya status semasa kenderaan tersebut kepada kedai yang menjual kereta second hand tersebut. Mereka hendak menjual kereta. Sudah pastilah mereka akan cakap kereta yang mereka jual adalah dalam keadaan tip top terbaik. Dan jangan tanya kondisi keadaan kereta dari pemilik iaitu owner kereta tersebut. Beliau mahu kereta tersebut dapat dijual dengan segera. Sudah pastilah beliau akan cakap kereta tidak pernah rosak, accident dan sebagainya. Yang boleh anda…







