Sebenarnya ketika saya menuliskan artikel tentang Proton X50 Facelift 2024, saya sedar ketika itu di China telah 2 tahun memasarkan kereta Proton X50 untuk versi terkini. Jujur cakap saya berasa pelik. Kenapa Proton masih mahu buat kemaskini “minor” terhadap model kereta Proton X50 ketika itu sedangkan model facelift terbaru Proton X50 sedang dijual di China sudah 2 tahun lamanya. Di China, model Proton X50 di kenali sebagai Geely Binyue kemudian menjadi Geely Coolray dan kini menjadi Geely Binyue L. Proton X50 Minor Facelift 2024 melakukan kemaskini penambahbaikan dalam bentuk kecil iaitu lebih kepada sistem multimedia IHU unit yang lebih responsive,…
Author: admin
Baru baru ini isteri ada menyuruh saya untuk tukar minyak hitam kereta Perodua Myvi di bengkel kerana telah sampai masa katanya. Saya bersetuju sahaja kerana keesokkan harinya adalah saya tidak bekerja. Saya cadangkan kepada isteri untuk tukar minyak hitam guna Castrol. Beliau bersetuju sahaja kerana hendak mudah. Lagi pun memang selama ini pun kami berdua tidak kisah akan brand jenama minyak hitam yang kami gunakan kepada kereta kami. Kenapa? Sebenarnya saya sudah beberapa kali servis minyak hitam kereta Preve saya menggunakan minyak dari Castrol. Cumanya saya di cadangkan oleh bengkel baiki kenderaan untuk memuat turun dan memasang aplikasi Castrol di…
Sebenarnya getah untuk cermin kereta jenis naik turun untuk Perodua Myvi milik isteri saya sudah beberapa bulan berlaku masalah. Ketika tingkap di turunkan, getah keliling bingkai dalam keadaan baik. Cuma ketika di bawa naik semula, getah cermin akan terkeluar dan ini menyebabkan isteri terpaksa menahan getah berkenaan menggunakan tangan ketika tingkap cermin dinaikkan. Lama lama jadi leceh juga. Bawa ke bengkel untuk repair pun tidak selesaikan masalah. Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Kena beli dan gantikan dengan getah tingkap cermin naik turun yang baru. Di mana hendak beli dan buat? Terpulang. Kalau saya, saya lebih selesa beli sahaja sparepart kereta di…
Saya sedar, ramai hubungi saya berkaitan “INVOIS” untuk beli kereta direct owner. Maksudnya apa? Maksudnya ada ramai orang yang mahu beli kereta terpakai secara terus dari pemilik asal kenderaan tersebut. Tujuan dan sebab utama adalah kerana mahu beli dan dapatkan kereta idaman lebih murah dari harga pasaran. Seberapa murah? Alah, murah RM5K pun sudah ramai yang mahu beli. Kalau lebih dari itu pasti ramai yang berminat. Jadi apa kaitan invois dengan beli kereta terpakai? Sebenarnya proses jual beli kereta memang melibatkan dokumen yang bernama invoice ini. Ianya adalah dokumen transaksi jual beli kenderaan yang wajib ada. Sebagai pembeli kereta, anda…
Beberapa hari lepas badan anak naik bintik bintik. Saya biarkan sahaja sebab rumah di kawasan kami ada banyak serangga cali, charli, charlie atau disebut sebagai rove beetle” yang akan menyebabkan kulit yang terkena akan sedikit melecur. Tapi kami juga bimbang kalau bintik bintik di sebabkan oleh masalah penyakit HFMD yang mula popular dikalangan kanak kanak di Malaysia. Atas sebab itu sekolah tidak benarkan anak untuk ke sekolah melainkan selepas dibuat pemeriksaan oleh doktor. Dan kemudian isteri menelefon saya bertanya jika beliau boleh menggunakan coverage klinik panel tempat kerja saya. Saya jawab boleh kerana saya memang ada melanggan insurans tempat kerja…
Saya telah menulis aritkel bertajuk buat duit YouTube Shopee di artikel ini. Bagi saya ianya adalah satu projek bagaimana pihak YouTube boleh menarik seramai mungkin influencer. Dan juga pembuat content creator untuk beralih menggunakan platform YouTube lebih lebih lagi untuk video jenis menegak iaitu YouTube Shorts. Trend semasa, ramai suka beli barang melalui video jenis menegak, maka tindakkan kerjasama antara YouTube dan juga Shopee adalah satu usaha yang baik. Sebagai permulaan, pihak Shopee mencari seramai mungkin pembuat kandungan video untuk menghasilkan dan mengupload lebih banyak video ke platform YouTube dan di link “tag” kepada link affiliate Shopee. Dan program ini…
Sebenarnya ramai pemilik kenderaan yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengurangkan dan menjimatkan duit ketika mahu membaiki kerosakkan yang berlaku pada kereta mereka. Mereka terlalu bergantung 100% kepada cadangan dari kedai bengkel baiki kenderaan tersebut. Memanglah anda bukan seorang mekanik atau pomen untuk tahu buat kerja tersebut. Tetapi paling tidak, ada sesetengah keadaan anda memang tahu itulah punca kerosakkan tersebut. Dengan kata lain, anda tahu apa yang rosak. Dan anda juga tahu yang anda boleh buat sendiri kalau ada barang. Setuju? Tetapi saya bukan bermaksud yang anda boleh baiki sendiri di rumah. Kalau anda boleh buat sendiri di rumah, maka…
Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh staff Shopee. Yang menyatakan minat mereka untuk membantu dengan cara guide saya cara untuk mengintegrasikan sistem link affiliate Shopee pada video di YouTube. Ya, saya adalah content creator yang pernah aktif buat video di YouTube. Pernah menjana income dengan iklan di YouTube. Dan ya, saya juga seorang internet marketer yang pernah buat duit dengan cara share link affiliate Shopee. Jadi berita tentang kerjasama antara Shopee dengan YouTube memang menarik minat saya. Ceritanya begini. Kebanyakkan pembuat video di YouTube channel biasanya akan share link affiliate Shopee di ruangan description video tersebut. Cara ini di lihat…







