Anda berminat untuk menjual produk yang berkaitan dengan kenderaan? Anda tidak pandai untuk mempromosikan produk di platform eCommerce seperti Lazada, Shopee, YouTube, Instagram dan juga Tiktok? Anda juga kurang merasa yakin kalau berjaya jual produk kereta di Facebook akibat takut dengan persaingan tinggi? Tetapi anda mungkin berasa yakin kalau dapat jual melalui blog kerana berasa selesa menulis produk review dari cerita dan kisah pengalaman sebenar anda. Jika ya, anda berada di halaman yang betul! Begini, saya ingin perkenalkan anda dengan Sistem OnPay. Apa itu sistem onpay? Sistem OnPay di bangunkan oleh anak tempatan yang bernama Wan Mus iaitu sifu Google…
Author: admin
Kalau ada orang tanya, kereta kereta model lama masih boleh tukar cermin ker? Contohnya macam kereta Proton Saga LMST, Perodua Viva, Kenari, Kembara dan lain lain model yang keluaran tahun lama lama. Ya, jawapannya adalah boleh. Kenapa? Sebab, cermin kereta bukan perlu di “custom” apabila ada permintaan untuk tukar dan ganti cermin tingkap kereta yang baru. Semua cermin kereta adalah dari jenis ready stock sahaja. Samada cermin untuk model kereta anda ada di kedai atau tidak, itu adalah masalah yang berbeza. Beberapa hari lepas cermin kereta saya retak. Retak seribu ya. Memang tidak dapat diselamatkan. Dengan kata lain, mahu tidak…
Jujur dengan saya! Kalau anda demam, batuk, selsema atau apa sahaja sakit. Anda akan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan. Macam biasalah, jauh dan juga lama hendak tunggu giliran. Kalau ke klinik swasta pula, cepat sedikit tetapi kena bayar pula. Paling murah pun RM50. Biasanya RM80 lah paling rendah. Dan terlalu biasa RM100 dan ke atas kalau dapat banyak ubat. Kalau anak sakit, lagilah mahal. Pergi klinik pakar specialist, siaplah bil RM200 dan ke atas. Itu adalah biasa. Kalau anda sakit teruk, ada kad perubatan (medical card), wajib kena ke klinik panel terlebih dahulu. Jika sakit tersebut perlu untuk mendapatkan rawatan…
Bila saya buat blog tentang proses jual beli kenderaan seperti kereta. Rupanya ekosistem kereta adalah sangat besar. Ada orang mahu jual kereta. Ada orang mahu beli kereta. Ada orang cari servis submit loan bank. Ada orang mahu tahu tentang geran kenderaan. Ada orang mahu tukar nama pemilik. Ada orang mahu buat puspakom. Ada orang mahu servis runner dan bermacam macam lagi. Selagi adanya transaksi jual beli kereta, maka perkhidmatan runner untuk puspakom dan tukar nama akan terus ada permintaan tinggi. Kenapa? Sebab bukan semua orang tahu atau ada masa untuk menguruskan proses tersebut. Bila anda sebagai owner kereta yang mahu…
Semalam cermin kereta retak sewaktu saya ingin keluar untuk makan tengah hari. Terus saya buat semakan nota perlindungan (cover note) insurans kereta yang saya perbaharui sebelum ini. Dan kecewa apabila saya tidak nampak apa apa nota yang menyatakan bahawa saya ada mengambil perlindungan tambahan untuk cover cermin kereta (windscreen). Dan ketika saya mahu baiki dan tukar cermin kereta saya yang retak seribu di kedai, saya juga meminta mereka untuk buat semakan semula. Dan ternyata memang tiada. Alamatnya saya memang kena bayar dan keluarkan kos baik pulih sendiri. Kecewa. Apabila anda tidak membuat penambahan perlindungan insurans cermin kereta, maka anda telah…
Sepanjang saya guna kereta, memang jarang untuk saya renew roadtax dan insurans kereta dengan membuat penambahan perlindungan cermin (windscreen) sekali. Biasalah, bila tidak pernah kena keadaan di mana cermin kereta pecah atau retak, kita memang merasakan ianya adalah sesuatu yang tidak perlu. Tapi bila kereta sendiri kena, memang pening lah hendak cari wang untuk baiki dan menukar cermin kereta tersebut. Bukan murah ya, tetapi mahal. Mesti akan ada yang bertanya, berapakah harga cermin kereta yang baru? Kisahnya begini, saya pergi kerja pada waktu pagi. Dan memang tempat letak kereta kami di atas kawasan tanah rata lapang dan tidak ada pokok…
Di Malaysia, antara pengeluar kenderaan iaitu syarikat automotif yang mendapat permintaan tinggi adalah kereta buatan HONDA. Kereta baru Honda memang orang akan beli. Kereta terpakai Honda pun tetap akan ada orang beli sebab yakin dengan kualiti dan nilai harga pasarannya. Dan salah satu model kereta terpakai buatan Honda yang mendapat permintaan tinggi adalah “Honda Civic”. Tidak kisahlah keluaran tahun berapa pun tetap masih ada orang cari dan beli. Itulah Honda. Kisahnya ada seorang customer ini mahu beli kereta Honda Civic terpakai keluaran tahun 2013 secara direct owner. Bila di tanya kepada pemilik samada kereta pernah kemalangan (accident) atau tidak, pemilik…
BYD Atto 3 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada december 2022. Dan ketika dilancarkan, antara rungutan ramai bakal pembeli di Malaysia adalah berkenaan rekaan interior iaitu dashboard yang terlalu nampak terlalu “Chinese” iaitu nampak pelik dan nampak murah. Dan rungutan yang kedua pula adalah berkenaan tempoh pengecasan bateri kereta yang agak lambat. Dengan pelancaran kereta BYD Atto 3 Ultra pada March 2025, adakah syarikat automotif BYD menjawab rungutan tersebut? Kereta BYD Atto 3 adalah dari C-segment SUV. Dengan kata lain, jika anda sedang mencari kereta baru dari BYD, maka BYD Atto 3 adalah pilihan terbaik. Untuk versi Atto 3…







