Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Servis runner tukar nama hak milik kenderan kereta

Semasa saya mahu jual kereta buruk lama saya yang tersadai dulu. Ketika itu barulah saya pertama kali ada pengalaman dan belajar macam mana hendak buat proses tukar nama. Dan ketika itulah saya belajar dan ambil tahu tentang puspakom dan sebagainya. Dan atas pengalaman kecil inilah saya ingin berkongsikan dengan anda tentang servis dari runner yang boleh membantu anda melakukan proses tukar hak milik kenderaan iaitu proses tukar nama untuk kereta yang anda mahu jual atau kereta yang anda mahu beli. Sebenarnya ramai yang keliru antara maksud batal hak milik, tukar nama atau tukar hak milik. Proses batal hak milik adalah…

Read More
Servis runner puspakom untuk hantar dan buat inspection kereta di Puspakom

Ya, saya ada kerjasama dengan kedai used car untuk menawarkan servis submit loan untuk beli kereta direct owner. Dan antara servis tambahan yang kami ada adalah menawarkan proses buat puspakom dan juga tukar nama siap geran. Cumanya saya selaku ejen marketing TIDAK PERNAH walau sekali menawarkan kepada mana mana individu yang mahukan servis runner puspakom dan tukar nama geran kereta ini. Sebabnya adalah kerana majoriti customer saya adalah dari orang yang jauh iaitu satu Malaysia. Ini adalah cerita pada awal awal lah. Dan kemudian timbul isu viral berkenaan caj runner puspakom yang mengenakan bayaran setinggi RM750 di dada dada akhbar…

Read More
Iklan jual motorsikal lama tersadai sebagai besi buruk

Kisahnya ayah saya dulu pernah membeli sebuah motorsikal Yamaha SS110 terpakai dari jiran. Biasalah orang dulu dulu kalau beli barang murah, proses jual beli di mudahkan dengan cakap cakap mulut sahaja. Cumanya proses pembelian tidak disertakan dengan proses tukar nama hak milik. Dan ayah pun tidak kisah sebab memang motor tersebut hendak digunakan untuk ulang alik ke tempat kerja sahaja dan kebetulan tempat kerja memang tidak jauh mana.  Masa berlalu dan akhirnya motor tersebut rosak. Jadi motosikal tersebut tersadai di halaman rumah. Dan ayah pun tidak berhasrat untuk membaikinya kerana sudah ada 2 lagi motorsikal yang masih boleh digunakan iaitu…

Read More
Daftar register aplikasi Castrol untuk claim redeem Castrol points

Dari dulu kalau ada apa apa servis atau perkhidmatan yang menawarkan apa apa rebate, coupon, diskaun atau apa apa benefit, biasanya saya akan guna. Kalau cerita tentang isi minyak kereta, saya memang akan isi minyak kereta guna Setel. Tapi bila tiba masa untuk servis kereta, minyak hitam dan minyak gearbox dari jenama apa yang saya akan gunakan? Yang saya perasan adalah, biasanya kedai akan berikan kepada saya minyak hitam dari jenama Castrol. Baru baru ini balik kampung untuk beraya. Dan memang jadi kebiasaan saya untuk servis kereta terlebih dahulu. Ini kerana saya perlu ulang alik dari Pulau Pinang ke Johor.…

Read More
Daftar Buka Akaun Public Gold Untuk Beli Emas Digital Fizikal

Rasanya hampir semua orang sedar akan kenaikkan harga barang sebagai kos sara hidup. Tetapi saya pasti tidak semua orang sedar dan faham tentang kaitan kos kehidupan kita dengan kadar inflasi. Sedangkan inflasi itu sendiri mencerminkan bagaimana kos satu satu barang itu meningkat naik. Jadi macam mana kita hendak memastikan nilai matawang ringgit yang kita ada dan simpan itu berbaloi dan masih mampu berdepan dengan kenaikkan kos sara hidup? Apa kaitan tajuk kita “beli kereta” dengan “emas”? Biar saya kongsikan sedikit cerita ringkas supaya anda faham terlebih dahulu. Tahun 2015, harga sebiji burger adalah RM2.50. Pada ketika ini, harga 1 gram…

Read More
Beli kereta dan ada masalah special attention account bank

Semalam saya mendapat pertanyaan dari seorang individu yang berhasrat untuk beli kereta recond. Cumanya beliau terus berterus terang mengatakan yang beliau ada masalah SA dengan pihak bank. Saya ingatkan SA yang beliau maksudkan adalah tentang sales advisor rupa rupanya SA yang di maksudkan adalah “Special Attention”. Dan jujur cakap, saya memang tidak tahu apa apa berkenaan isu special attention ini dan saya terus tanyakan kepada pihak yang berkaitan untuk faham isu dan sebabnya. SA yang dimaksudkan oleh pihak bank adalah Special Attention Account (SAA). Di dalam bahasa Malaysia ianya bermaksud “Akaun Dibawah Pemerhatian Khas”. Dan perkataan SAA ini dinyatakan di…

Read More
Balik beraya di kampung naik kereta Proton Preve

Zaman zaman dulu mana ada istilah balik beraya di kampung dan pada waktu malam pula pergi tidur di hotel. Belum lagi dengan isu cuaca panas dan kena pasang sistem penghawa dingin aircond di rumah mak ayah. Konon berpeluh tidur waktu malam. Jujur cakap, zaman kita kecil kecil dulu mana ada isu atau rungutan tentang panas. Bahang panas pun kalau zaman dulu ianya adalah sesuatu yang normal. Bukan pelik. Zaman sekarang, panas dan berpeluh sedikit pun sudah complaint. Haha. Saya bukan cakap tentang orang lain. Saya cakap tentang diri sendiri. Ya, saya membesar di dalam keluarga yang tidak menggunaan aircond. Jadi…

Read More
Report laporan claim insurans pelanggaran kemalangan dari kereta terpakai Proton X50

Seminggu lepas saya dihubungi oleh seseorang yang bercadang mahu beli kereta Proton X50 terpakai di kedai used car. Kriteria yang beliau tetapkan adalah kereta X50 tersebut mestilah keluaran tahun 2021 dari variant flagship, berwarna merah dan wajib low mileage. Beliau membuat carian di internet dan berjaya menemui kereta yang mengikuti spesfikasi yang beliau mahukan. Satu di kedai used car biasa dan satu lagi di kedai Carsome. Beliau meminta pandangan dan nasihat. Jadi apa nasihat dan cadangan yang saya boleh beri? Pengalaman saya berblogging tentang jual beli kereta baru dan terpakai melalui blog ini. Saya perasan ada satu perkara yang bakal…

Read More