Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Gambar Hadapan Kereta BYD Seal Warna Putih

Semasa mula mula kereta buatan dari negara China hendak masuk ke market Malaysia, semua orang berasa skeptikal. Dan ketika brand jenama dari China iaitu BYD hendak mula dijual di pasaran Malaysia, semua orang berasa pelik dengan sebutan BYD tersebut. Dan nama panjang BYD adalah “Build Your Dreams” terasa seperti tidak ada daya tarikkan wow. Ini adalah perasaan sayalah masa mula mula kereta baru BYD hendak mula dijual di Malaysia. Selepas kereta BYD Seal mula ditawarkan, semua orang terpegun termasuk saya. Kenapa? Salah satu kenapa orang beli kereta “sedan” kerana ianya boleh menawarkan design rekaan yang sporty. Dan tidak sangka, kereta…

Read More
Gambar Depan Tepi Kereta BYD M6 Warna Biru

Bila sebut tentang kereta baru BYD di Malaysia, yang kita akan ingat adalah BYD Dolphin, Atto 3 dan juga Seal. Ke semua kereta buatan BYD yang dilancarkan di Malaysia adalah dalam kategori kenderaan elektrik (BEV) sepenuhnya. Dolphin dan Atto 3 adalah kenderaan jenis SUV. Seal pula adalah kereta sedan jenis hatchback. Dan kali ini BYD melancarkan pula iaitu kenderaan jenis MPV yang diberi nama sebagai BYD M6. Adakah ada sedang menjadi kenderaan jenis MPV elektrik yang bagus dan popular di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, kereta BYD M6 adalah revise version dari model BYD E6 second generation. Pandangan peribadi saya, reka…

Read More

Malaysia adalah salah satu negara yang mana penduduknya menggunakan motosikal sebagai salah satu pengangkutan utama. Boleh dikatakan majoriti pelajar (student), mahasiswa dan pekerja akan menggunakan motor untuk bergerak. Faktor utama adalah kerana kos pengangkutan iaitu minyak petrol yang lebih murah dan lebih mudah pula untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Atas alasan tersebut, kes kes motorsikal rosak di atas jalan raya atau berlaku kes kemalangan yang melibatkan motosikal adalah hal yang biasa di Malaysia. Pengalaman saya sendiri ketika zaman belajar di universiti dulu dulu. Balik dari Penang ke Johor dan dari Johor ke Penang adalah hal yang…

Read More
Scam kereta recond Honda HR-V

Kadang kadang orang kita mudah percaya dengan iklan iklan dan promosi yang nampak menarik dan juga murah. Mereka adalah mangsa bagi scammer yang suka mengambil kesempatan dari kelemahan emosi dan fikiran yang rasional. Sebab itulah kalau ada orang ingin jual kereta terlalu murah dari harga pasaran, orang kita selalunya mengambil tindakkan dengan pantas sebab ingin jadi orang yang terawal berjaya dapatkan tawaran tersebut. Dan inilah yang berlaku kepada seorang mangsa yang ingin beli kereta recond Honda HR-V di port klang. Saya tidak pasti samada tekaan saya benar atau salah. Saya adalah seorang ejen broker yang menjual kereta import terpakai. Dan…

Read More
Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5 Sebelum Buat Tukar Milik Tukar Nama Di JPJ

Ini cerita sebenar saya jual kereta sendiri iaitu Proton Saga lama. Dan juga terlibat dalam dunia jual kereta secara direct owner. Dan proses jual kereta ini melibatkan transaksi serahan kenderaan yang mahu dijual dari pemilik yang lama kepada pemilik yang baru. Dari segi undang undang, transaksi jual beli kereta WAJIB melakukan 2 perkara iaitu PUSPAKOM dan juga TUKAR HAK MILIK dan barulah transaksi ini dianggap sah. Apa itu PUSPAKOM? Ianya adalah agensi yang diberi lesen dan kuasa oleh kerajaan Malaysia bagi menjalankan proses pemeriksaan (inspection) kereta sebelum boleh dibenarkan untuk dijual. Maknanya, sebagai pemilik kereta, kenderaan yang anda mahu jual…

Read More
Contoh dokumen kastam palsu oleh scammer import kereta recon di Penang port

Saya telah mendapat pertanyaan melalui Whatsapp berkenaan beli kereta import di port. Beliau minta saya bantu. Dan kereta yang beliau mahu beli itu adalah dari brand jenama Mitsubishi Triton. Di sini saya sudah kesan adanya “red flag” iaitu tanda tanda yang beliau berkemungkinan besar telah kena scam. Dan tekaan saya adalah benar. Dan biasanya bakal pembeli kereta import terpakai ini akan menghubungi saya selepas mereka membuat bacaan di posting scam beli kereta import di port tulisan saya sebelum ini dan mereka jadi ragu ragu samada untuk teruskan pembelian atau tidak. Untuk pengetahuan anda TIDAK BOLEH BELI KERETA DI PORT!!!. Ramai…

Read More
Pandangan hadapan kereta BYD Sealion 7

Kereta elektrik (Electric Vehicle EV) buatan China yang paling popular adalah dari syarikat automotif Beyond Your Dream (BYD). Dan ya, kereta ini memang ada dipasarkan di Malaysia. Kalau anda berminat untuk beli kereta BYD baru secara online, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. Saya akan pass anda kepada sales advisor BYD yang berdekatan dengan tempat anda. Dan kali ini kita akan bercerita mengenai kereta BYD Sealion 7. Jom teruskan membaca. Pertama sekali anda kena faham yang BYD Sealion 7 adalah sebuah kereta dalam kategori SUV. Ia bukan kereta sedan, hatchback mahupun kereta mpv. Dan segmen kereta BYD Sealion…

Read More
Senarai servis runner untuk pengguna di jalan raya

Teringat ketika belajar di universiti dahulu. Dan sudah tentulah kenderaan yang kami pakai dan gunakan untuk ulang alik dari rumah sewa ke kampus pengajian adalah sebuah motorsikal. Dan sudah menjadi lumrah kalau tayar pancit. Zaman itu bukan semua orang gunakan tayar jenis tubeless. Kena cucuk sikit terus pancit. Jadi leceh bila tayar pancit kempis tengah di atas jalan raya. Dan tayar tubeless zaman sekarang pun pancit juga. Cuma angin lambat keluarlah. Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, kalau tayar motor pancit tengah pergi kerja pun pernah terjadi. Tayar kereta kempis atau pecah meletop tengah memandu pun pernah terjadi. Sudah tentulah…

Read More