Ini cerita sebenar saya jual kereta sendiri iaitu Proton Saga lama. Dan juga terlibat dalam dunia jual kereta secara direct owner. Dan proses jual kereta ini melibatkan transaksi serahan kenderaan yang mahu dijual dari pemilik yang lama kepada pemilik yang baru. Dari segi undang undang, transaksi jual beli kereta WAJIB melakukan 2 perkara iaitu PUSPAKOM dan juga TUKAR HAK MILIK dan barulah transaksi ini dianggap sah.
Apa itu PUSPAKOM? Ianya adalah agensi yang diberi lesen dan kuasa oleh kerajaan Malaysia bagi menjalankan proses pemeriksaan (inspection) kereta sebelum boleh dibenarkan untuk dijual. Maknanya, sebagai pemilik kereta, kenderaan yang anda mahu jual kepada orang lain mestilah sebuah kenderaan yang diiktiraf selamat dipandu dan boleh digunakan di atas jalan raya. Ianya bagi melindungi hak bakal pembeli iaitu pemilik baru agar membeli dan memiliki sebuah kenderaan yang benar benar selamat. Selepas pemeriksaan dibuat oleh Puspakom, anda akan dapat sijil puspakom B5 samada lulus atau gagal.

Sijil Puspakom B5 Wajib Lulus Sebelum Boleh Tukar Nama
Apa itu TUKAR HAK MILIK? Ianya adalah proses untuk “tukar nama” dari pemilik asal iaitu A kepada pemilik yang baru iaitu B. Contoh nama saya Ahmad. Saya mahu jual kereta saya kepada encik Ali. Jadi geran kenderaan saya akan bertukar dari nama Ahmad kepada encik Ali. Dan proses ini boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalanraya iaitu di JPJ. Tapi sebelum boleh tukar nama, anda kenalah pastikan yang sijil puspakom B5 anda tertulis LULUS. Kalau gagal memang tidak boleh jual kereta lah apatah lagi untuk tukar nama. Faham? Jelas?
Apa yang pihak Puspakom buat apabila kita hantar kereta untuk proses inpection? Mereka akan semak nombor enjin, nombor chasis, check samada kereta pernah dipotong dan dibuat sambungan, semak keadaan cermin kereta dan lain lain lagi. Ke semua pemeriksaan ini mestilah WAJIB LULUS. Kalau tidak lulus memang anda tidak boleh jual kereta anda lah. Jelas dan faham ya?
Jadi kalau hendak jual kereta, kena buat yang mana dulu? Buat puspakom dulu atau buat tukar nama dulu?Jawapannya adalah kena buat Puspakom dulu. Hanya selepas di sahkan yang kereta yang anda mahu jual itu selamat untuk dijual, barulah boleh buat tukar nama iaitu tukar hak milik. Berapa kos hendak buat Puspakom? Biasanya tidak sampai RM100 pun. Berapa kos hendak buat tukar hak milik di JPJ? Percuma sahaja.
Tetapi bukan semua orang tahu cara hendak buat urusan di Puspakom dan juga JPJ. Dan ramai juga yang tidak ada masa untuk ke Puspakom dan juga di JPJ. Atas sebab inilah wujudnya servis runner untuk bantu anda. Runner Puspakom dan juga Runner Tukar Nama JPJ akan datang kepada anda untuk membantu anda dalam hal ini. Tapi perkhidmatan runner seperti ini memang kena bayarlah.
Booking Runner Puspakom/JPJ Sekarang!!!
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama kenderaan anda.
Saya harap anda sudah jelas dan faham akan tujuan dan peranan kenapa kita perlu berurusan di Puspakom dan juga JPJ sebelum boleh melakukan transaksi jual beli kenderaan. Dan gambar di atas adalah contoh sebenar bagaimana rupa bentuk sijil puspakom B5 yang diberikan kepada kita selepas kita buat pemeriksaan di Puspakom. Harap anda dapat sesuatu dari perkongsian saya di dalam blog ini. BYE!!!.