Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Tuesday, May 20
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang
    Info

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    adminBy admin15/04/2025No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Kadang kadang orang kita mudah percaya dengan iklan iklan dan promosi yang nampak menarik dan juga murah. Mereka adalah mangsa bagi scammer yang suka mengambil kesempatan dari kelemahan emosi dan fikiran yang rasional. Sebab itulah kalau ada orang ingin jual kereta terlalu murah dari harga pasaran, orang kita selalunya mengambil tindakkan dengan pantas sebab ingin jadi orang yang terawal berjaya dapatkan tawaran tersebut. Dan inilah yang berlaku kepada seorang mangsa yang ingin beli kereta recond Honda HR-V di port klang.

    Saya tidak pasti samada tekaan saya benar atau salah. Saya adalah seorang ejen broker yang menjual kereta import terpakai. Dan boleh dikatakan tidak ada kereta Honda HR-V yang di jual secara recond. Ini kerana kereta Honda HR-V memang telah ada dijual dan di bawa masuk secara sah dalam pasaran Malaysia. Jadi adalah sesuatu yang pelik kalau kereta baru Honda HR-V dijual bersama dengan Honda HR-V import terpakai.

    Scam beli kereta recond Honda HR-V di port Klang Selangor
    Scam beli kereta recond Honda HR-V di port Klang Selangor

    Scam Beli Kereta Recond Di Port Klang

    Saya berikan analogi mudah sahaja. Harga sebuah iPhone adalam dalam RM6K. Tiba tiba ada orang buat iklan dan mahu jual dengan harga RM2K sahaja. Adakah anda mahu beli? Saya pasti ramai akan cepat cepat tanya seller adakah harga yang diiklankan itu betul atau tidak. Dan mereka juga pasti akan bertanya adalah ianya sebuah iPhone yang real sebenar atau fake. Anda rasa penjual iaitu akan cakap iPhone beliau tiruan kah? Sudah tentulah beliau akan cakap beliau jual barang yang asli iaitu original.

    Jadi sama jugalah halnya dengan kes beli kereta import terpakai Honda HR-V ini. Tahukah anda, sebuah kereta Honda HR-V terpakai yang dijual di kedai used car untuk model keluaran tahun 2020 di jual dengan  harga minima RM65K – RM80K. Tapi tiba tiba ada orang buat iklan konon dapat beli kereta import terpakai dengan harga RM46,800 sahaja. Ya saya pasti ramai yang akan gelap mata. Hasilnya? Terjadilah kepada seorang individu ini. Beliau telah ditipu untuk beli kereta Honda HR-V di port Klang.

    Dokumen perjanjian jual beli kereta recond Honda HR-V RS oleh scammer
    Dokumen perjanjian jual beli kereta recond Honda HR-V RS oleh scammer

    Scammer sekarang sudah pandai dan tahu cara untuk menghasilkan perjanjian jual beli kenderaan yang nampak betul dan meyakinkan. Siap dengan kiraan untuk bayaran bulanan lagi jika anda berhajat untuk membeli kereta dengan cara submit loan di bank.

    Macam kisah abang di atas ini. Beliau telah berikan wang deposit sebanyak RM2500 sebagai tanda booking untuk kereta tersebut. Dan scammer minta wang lagi sebanyak RM2700 pula untuk bayaran roadtax cukai jalan dan juga insurans.

    Scamer tidak benarkan tengok kereta kerana masih di port
    Scamer tidak benarkan tengok kereta kerana masih di port

    Benda mudah sahaja. Anda belum pernah jumpa, tidak kenal nama dan rupa si penjual kereta recond tersebut. Anda pun tidak ada maklumat pasti tentang siapakah individu yang anda sedang berurusan tersebut. Tiba tiba anda boleh transfer duit ribuan ringgit kepada beliau. Kalau anda tersedar yang anda rupanya sudah kena tipu oleh scammer, anda tidak boleh dapat duit semula pun kalau anda telah buat laporan polis. Kenapa?

    Sebab dari segi undang undang, selagi anda melakukan transaksi dengan rela dan tanpa paksaan, maka wang yang anda transfer dianggap sebagai sah. Scammer kalau anda ajak jumpa pun pasti mereka akan mengatakan persetujuan utnuk anda bagi meyakinkan anda. Tapi kalau hendak tengok kereta, pasti mereka berikan alasan tidak boleh dan sebagainya kerana alasan kereta masih di port.

    Scam kereta recond Honda HR-V
    Scam kereta recond Honda HR-V

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Kes ini berlaku di Port Klang Selangor. Dan scammer menggunakan port pelabuhan sebagai tempat untuk menutup aktiviti mereka. Jadi gambar kereta dan gambar kedai yang mereka share kongsikan hanyalah untuk menutup aktiviti penipuan akan scam yang mereka jalankan. Gambar Honda HR-V di atas pun adalah gambar di depan halaman rumah. Tapi mereka kata kereta ada di port. Nampak tidak selari. Kalau anda benar mahu beli kereta recond dengan cara yang sah, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.