Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Perkhidmatan

    Servis Towing Motosikal KL & Selangor

    adminBy admin20/04/2025Updated:20/04/2025No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Malaysia adalah salah satu negara yang mana penduduknya menggunakan motosikal sebagai salah satu pengangkutan utama. Boleh dikatakan majoriti pelajar (student), mahasiswa dan pekerja akan menggunakan motor untuk bergerak. Faktor utama adalah kerana kos pengangkutan iaitu minyak petrol yang lebih murah dan lebih mudah pula untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Atas alasan tersebut, kes kes motorsikal rosak di atas jalan raya atau berlaku kes kemalangan yang melibatkan motosikal adalah hal yang biasa di Malaysia.

    Pengalaman saya sendiri ketika zaman belajar di universiti dulu dulu. Balik dari Penang ke Johor dan dari Johor ke Penang adalah hal yang biasa. Dan perkara yang saya pernah hadap adalah kes tayar pancit, tayar bocor dan minyak motor habis. Kita bercerita tentang zaman 20 tahun lalu ya. Mana ada runner untuk bantu kes kes kecemasan yang melibatkan motorsikal ini. Kereta ada lah. Di lebuh raya iaitu highway, Plus hanya akan layan kes kes masalah kenderaan seperti lori dan kereta sahaja. Tayar motor pancit? Memang tidak layanlah. Memang kena tolak dan setel sendiri sahaja.

    Runner Towing Motor Rosak Kemalangan

    Zaman sekarang, sudah ada terlalu banyak servis perkhidmatan runner runner untuk membantu masalah motor di atas jalan raya. Tayar pancit? Ada runner. Tayar bocor? Ada runner. Tayar motor kempis tiada angin? Ada runner. Bateri motor habis? Ada runner. Minyak motor habis? Pun ada runner.  Motor rosak (breakdown) atau kemalangan dan hendak minta tolong servis runner untuk angkut, angkat dan bawa ke bengkel motosikal pun boleh. Memang ada servis runner khas untuk motorsikal pun.

    Cumanya di artikel ini saya hanya akan fokuskan servis runner yang khusus untuk perkhidmatan towing motorsikal untuk kes motor rosak dan kemalangan untuk dibawa dari satu destinasi ke destinasi atau untuk minta di hantar ke bengkel motosikal. Harap jelas dan maklum ya.

    Jenis Servis Motor Towing Yang Ditawarkan

    • Towing motor rosak (breakdown)
    • Towing motor ke bengkel
    • Hantar pos motor jarak dekat
    • Hantar pos motor jarak jauh ke seluruh semenanjung Malaysia

    Biasanya untuk masalah untuk angkut motor, hanya inilah servis yang selalu orang cari. Samada masalah motor rosak iaitu breakdown atau minta tolong pos (delivery) penghantaran motor ke seluruh semenanjung Malaysia.

    Jenis Kenderaan Untuk Towing Motorsikal

    • Pickup 4X4
    • Van
    • Lori

    Dalam banyak keadaan, motor yang kena towing biasanya kami akan gunakan van sahaja seperti gambar di atas. Ianya adalah cukup memadai untuk motorsikal jenis kapcai atau superbike.

    Kenapa Ambil Servis Motor Towing Dengan Kami

    • Daftar SSM
    • Puspakom setiap 6 bulan
    • Menggunakan kenderaan perdagangan
    • Ada lesen GDL
    • Bantuan kecemasan 24 jam & 7 hari seminggu
    • Harga mesra poket tanpa caj tersembunyi
    • Motor anda selamat dalam jagaan kami
    • Respon cepat, pantas dan professional

    Mungkin akan ada yang bertanya, adakah servis yang kami tawarkan boleh dipercayai? Perkhidmatan runner towing motor kami dijalankan oleh individu persendirian. Kami ada team kami sendiri untuk seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau anda mahukan servis yang professional yang dijalankan oleh syarikat, maka saya sarankan anda gunakan servis runner kereta motor Bateriku. Saya dari pihak marketing dan ada team runner professional yang akan menjalankan tugas tersebut.

    Hubungi Runner Motor Towing Sekarang

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk mendapatkan bantuan towing motorsikal untuk area KL / Selangor dan lain lain servis yang ada.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Berapa caj harga yang dikenakan? Paling minima adalah RM150 untuk penghantaran motor di bawah 25KM jarak perjalanan. Dan harga sebenar nanti akan diberitahu sesuai dengan lokasi dari tempat anda ke lokasi untuk towing hantar motor anda jika lebih dari 25KM. Jelas dan faham ya? Jika berminat hendak gunakan servis towing motorsikal anda dari kami, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.