Teringat ketika belajar di universiti dahulu. Dan sudah tentulah kenderaan yang kami pakai dan gunakan untuk ulang alik dari rumah sewa ke kampus pengajian adalah sebuah motorsikal. Dan sudah menjadi lumrah kalau tayar pancit. Zaman itu bukan semua orang gunakan tayar jenis tubeless. Kena cucuk sikit terus pancit. Jadi leceh bila tayar pancit kempis tengah di atas jalan raya. Dan tayar tubeless zaman sekarang pun pancit juga. Cuma angin lambat keluarlah.
Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, kalau tayar motor pancit tengah pergi kerja pun pernah terjadi. Tayar kereta kempis atau pecah meletop tengah memandu pun pernah terjadi. Sudah tentulah dalam keadaan yang tiba tiba macam itu kita tidak tahu hendak call siapa. Lagi payah kalau pemandu kereta adalah seorang perempuan, macam mana hendak tukar tayar spare? Kalau ada runner kan best.

Perkhidmatan Bantuan Runner Jalan Raya Seluruh Malaysia
Kalau hari raya pula, lebuhraya highway kini sudah pasti jem sesak teruk. Saya dari Pulau Pinang ke Johor, hanya ambil masa 10 jam untuk perjalanan yang santai. Ada rakan kenalan bergerak dari Kuala Lumpur untuk ke Pulau Pinang sesak teruk dan ambil masa untuk sampai dalam masa 12 jam. Memang gila. Jadi tidak hairan kalau berlaku keadaan di mana minyak motosikal atau kereta habis di tengah jalan. Dalam situasi macam ini memang kalau ada runner yang boleh bawa dan isi minyak kereta memang terbaik lah.
Dan satu kes lagi berlaku pada rakan sekerja wanita ketika mahu balik kerja. Tengok dia buka bonet depan untuk check sebab kenapa kereta beliau tidak dapat dihidupkan ketika mahu start enjin. Kami datang tolong. Rupa rupanya bateri kereta sudah lemah (weak). Jadi kami bantu dengan buat jump start. Nasib baik kami ada dan boleh membantu beliau. Kalau anda di dalam situasi ini dan berada di atas jalan raya, hendak minta tolong siapa? Memang kena bantuan dari runner lah jawabnya.
Itu cerita kalau kereta boleh dihidupkan dengan cara jump start kerana masalah bateri weak. Kalau kereta memang betul betul rosak dan tidak berjaya dihidupkan? Memang kena bawa ke bengkel kereta lah. Tapi macam mana hendak bawa kereta ke bengkel? Mahu tidak mahu kena gunakan khidmat servis towing kereta lah. Siapa yang anda perlu hubungi?

Di atas ini adalah senarai antara masalah yang berlaku kepada pemilik dan pengguna motosikal dan juga kenderaan seperti kereta. Ke semua masalah di atas ini ada jalan penyelesaian dengan bantuan khidmat dari runner di atas jalan raya. Anda boleh gunakan servis runner yang dijalankan oleh individu dan servis runner professional dari syarikat. Terpulang. Asalkan mereka memberikan bantuan yang baik dan bagus dengan bayaran caj upah yang relevan. Berminat?
Senarai Servis Runner Jalan Raya Untuk Kereta & Motor
- Tukar bateri kereta & motor
- Patching tayar (tampal)
- Tukar tayar spare
- Pam angin tayar
- Jumpstart
- Topup minyak petrol
- Towing servis untuk kereta motor
- Kereta terkunci
Ke semua servis perkhidmatan runner atas jalan raya untuk kereta dan juga motosikal ini di tawarkan oleh BATERIKU. Mereka menawarkan perkhidmatan berbentuk professional.

Hubungi & Dapatkan Runner BATERIKU
- Talian Khidmat Pelanggan 24 Jam (Bateriku Hotline) : +601116006008
- Buat panggilan melalui nombor telefon di atas
- Berikan info model kenderaan, tahun kereta dibuat serta lokasi
- Dan nyatakan butiran masalah dan ingin dapatkan servis runner yang mana
- Done.
Berdasarkan pengalaman saya tukar bateri kereta dengan bateriku, mereka akan menhantar “runner” dari pihak Bateriku sendiri yang berdekatan dengan lokasi kami. Mereka membuat inspection keadaan bateri, dan akan terus tukar bateri di situ kalau status bateri menyatakan ianya patut ditukar. Ianya memudahkan saya. Cuma yang menarik dari Bateriku adalah, mereka juga menawarkan produk bantuan runner untuk lain lain masalah yang juga berkaitan dengan motosikal dan juga kereta seperti yang telah saya kongsikan di atas tadi.
Dan selain servis runner yang berurusan dengan anda yang berada di atas jalan raya dari pihak Bateriku. Pihak kami juga ada menawarakn servis runner untuk perkhidmatan yang berbeze seperti runner puspakom dan runner tukar nama kenderaan. Kalau anda berminat boleh klik dan hubungi saya ya. Saya harap perkongsian berkenaan nombor telefon runner untuk kes tukar bateri kereta, tayar pancit, tukar tayar spare, pam angin tayar, isi minyak kereta, jumpstart bateri kereta dan juga towing kereta ini membantu anda. Selamat mencuba. BYE!!!.