Dari dulu kalau ada apa apa servis atau perkhidmatan yang menawarkan apa apa rebate, coupon, diskaun atau apa apa benefit, biasanya saya akan guna. Kalau cerita tentang isi minyak kereta, saya memang akan isi minyak kereta guna Setel. Tapi bila tiba masa untuk servis kereta, minyak hitam dan minyak gearbox dari jenama apa yang saya akan gunakan? Yang saya perasan adalah, biasanya kedai akan berikan kepada saya minyak hitam dari jenama Castrol.
Baru baru ini balik kampung untuk beraya. Dan memang jadi kebiasaan saya untuk servis kereta terlebih dahulu. Ini kerana saya perlu ulang alik dari Pulau Pinang ke Johor. Dan biasanya apa servis yang saya lakukan? Mudah sahaja. Yang perlu anda check adalah keadaan minyak hitam, minyak gearbox, brake pad, coolant radiator dan juga angin pada tayar spare. Dan alat untuk tukar tayar pun wajib kena ada. Oleh kerana minyak gear kereta saya masih belum sampai masa untuk ditukar, maka hanya perlu tukar minyak hitam sahaja lah.

Cara Jimat Beli Minyak Hitam / Minyak Enjin / Engine Oil Dengan CASTROL
Kadang orang keliru antara minyak hitam dengan minyak enjin. Sebenarnya minyak hitam adalah minyak enjin. Sebab itulah botol minyak hitam di tulis dengan “engine oil”. Kenapa hitam? Sebab pergerakkan besi di dalam enjin mengakibatkan keluarnya serbuk besi halus halus yang terperangkap di dalam minyak enjin kereta kita yang mana hasilnya dari warna kuning/hijau/biru menjadi warna hitam. Itulah sebab kenapa orang sebut minyak hitam. Dengan kata lain, minyak hitam adalah minyak enjin dan sebaliknya.
Oleh kerana brand jenama minyak hitam yang digunakan sebelum ini adalah dari jenama Castrol, maka bengkel kereta hanya tukar ikut brand yang sama sahaja. Mudah dan senang. Dan yang terlebih menarik, pihak Castrol ada memperkenalkan sistem loyalti yang menawarkan kelebihan kepada pengguna mereka yang selalu berulang kali menukar minyak hitam menggunakan jenama mereka. Apa yang mereka tawarkan? Mereka berikan nilai tambahan dalam bentuk “Castrol Points”.
Dengan Castrol points, anda boleh kumpul dan tukarkan (redeem) dengan produk castrol yang lain. Berbaloi? Memang berbaloi lah. Tak faham? Jom saya ringkaskan lagi.

Daftar Aplikasi Castrol Lubricant
- [ RegisterCastrol ] – ini adalah link pendaftaran Castrol.
- Sila muat turun aplikasi dan login menggunakan nombor telefon smartphone anda
- Ketika pendaftaran melalui link referral saya, anda akan dapat reward 300 Castrol Points secara percuma
- Dan ketika anda membeli minyak pelincir Castrol samada minyak enjin, minyak gear dan lain lain, anda akan terus dapat reward dalam bentuk Castrol points
- Dan jumlah Castrol Points ini boleh anda kumpul dan tukarkan kepada produk Castrol yang lain
- Done.
Adakah berbaloi untuk kumpul point dengan Castrol points? Ketika saya mendaftar aplikasi Castrol melalui link referral di atas, saya terus diberikan sebanyak 300 points. Dan ketika saya servis kereta dengan menggunakan Castrol Magnetec 5W-30 (4L), sistem app Castrol terus menambahkan sebanyak 328 Castrol points (CP). Jadi total saya sudah dapat sebanyak 628 CP.

Bila saya semak di bahagian rewards, untuk tebus mendapatkan minyak enjin Castrol Magnatec 5W-30 dengan percuma adalah, saya mesti kumpul CP sebanyak 1148. Dengan kata lain, saya perlu melakukan servis penukaran minyak hitam (engine oil) sebanyak 3-4 kali lagi. Ketika itu, nilai Castrol points (CP) pasti akan melebihi 1148 CP untuk mendapatkan minyak Castrol Magnatec 5W-30 dengan percuma dengan cara redeem nilai CP semasa yang saya ada. Berbaloi ker? Memang berbaloi. Kenapa?

Harga minyak enjin Castrol Magnatec 5W-30 (4L) yang saya tukar di bengkel kereta adalah berharga RM254. Sekarang saya sudah 628 CP (Castrol Points). Kalau selepas ini saya buat 2 kali lagi servis tukar minyak hitam, maka jumlah CP yang saya dapat adalah sebanyak 328X328 = 656 CP. Jumlah Castrol Points saya ketika itu sudah menjadi 656 CP + 628 CP = 1284 Castrol Points. Nilai Castrol Points untuk saya claim redeem Castrol Magnatec 5W-30 yang seterusnya hanya memerlukan point sebanyak 1148 CP sahaja. Berbaloi? Memang berbaloi. Siapa yang mahu berikan minyak hitam yang berharga RM254 secara percuma?
Mesti akan ada yang bertanya. Kenapa perlu daftar melalui link tajaan (referral) di atas? Tidak lain tidak bukan untuk pihak Castrol berikan sebanyak 300 Castrol Points secara percuma. Anda daftar melalui link di atas, dapat 300 CP. Anda beli minyak hitam, dapat lagi 328 CP. Total dapat 628 CP lah. Kalau anda terus daftar tanpa melalui link referral di atas, anda tidak dapat apa apa Castrol Points ketika mendaftar. Anda hanya dapat 328 CP sahaja setelah beli minyak hitam Castrol. Terpulang. Jom jimat bersama Castrol Lubricant. BYE!!!.