2 orang adik saya baru sahaja beli kereta Perodua Bezza baru. Dan kebetulan mereka pun baru pertama kali menggunakan kereta. Jadi sebagai orang yang baru pertama kali memiliki kenderaan, maka mereka kurang tahu apakah servis yang mereka perlu lakukan. Dan bilakah masa yang mereka perlu pergi ke pusat servis kereta Perodua. Dan kepada pemilik kereta terpakai yang baru sahaja beli dan guna kereta. Bilakah masa yang mereka perlu ke bengkel kereta dan sebagainya. Dan apa yang perlu mereka tukar? Inilah persoalan yang bermain di minda.
Kereta baru zaman sekarang iaitu tahun 2024 dan ke atas, adalah dari jenis kereta automatik dan bukan lagi sebuah kereta manual. Jika anda salah seorang pengguna kereta dengan gear kereta jenis automatik, maka ada 2 benda yang paling utama yang perlu anda lakukan. Yang pertama adalah kena tukar minyak enjin dan yang kedua adalah kena tukar minyak gear. Kena faham, jantung kereta adalah enjin dan juga kotak gear. Kalau 2 benda ini rosak, maka kereta tidak boleh bergerak 100%. Jadi kena ambil tahu dan jaga 2 perkara ini yang paling utama.

Bila Masa Perlu Tukar Minyak Hitam (Engine Oil) & Minyak Gearbox
Minyak Enjin – biasanya orang akan sebut minyak enjin ini adalah sebagai minyak hitam. Kenapa minyak hitam? Warna minyak enjin adalah warna jernih dengan sedikit warna sahaja. Apabila enjin bergerak, ada banyak bahagian mekanikal besi di dalam enjin sedang bergerak. Salah satu part tersebut adalah piston. Dan pergerakkan ini menghasilkan geseran yang mana geseran ini menghasilkan habuk besi kecil kecil yang bersama di dalam minyak enjin. Bila terlalu banyak, maka warna minyak enjin menjadi gelap dan hitam akibat habuk besi ini. Jelas? Faham?
Minyak Gear – enjin bergerak juga memerlukan gear. Dan gear kereta disebut sebagai gearbox. Dan seperti enjin, gear juga memerlukan minyak kerana memerlukan fungsi licin untuk bergerak dengan lancar.
Kenderaan seperti kereta dan juga motor adalah sama. Perlu enjin dan perlu gear untuk bergerak. Minyak diperlukan untuk memastikan pergerakkan komponen dalam enjin dan juga gear bergerak lancar.
Kembali kepada tajuk semula. Macam mana hendak tahu bila masa yang sesuai untuk tukar minyak hitam dan minyak gear? Ada 2 jenis kereta iaitu kereta baru dan kereta terpakai. Ada sedikit perbezaan yang anda kena tahu. Tapi nanti dua dua sama sahaja cara untuk servis kereta.
Kereta Baru – Kalau anda baru beli kereta, biasanya pengeluar dan penjual kereta akan beritahu anda bahawa servis yang pertama adalah perlu dilakukan pada 1000KM yang pertama. Dan servis kedua perlu dilakukan pada 5000KM. Dan servis seterusnya adalah pada kilometer iaitu jenis minyak yang anda gunakan. Biasanya begitulah lebih kurang.
Kereta Terpakai – ikut jarak kilometer yang dinyatakan pada pelekat tarikh dan servis kereta di cermin kereta
Tidak faham? Begini, biasanya bila hendak servis tukar minyak hitam kereta, anda akan diminta untuk pilih mahu gunakan minyak enjin jenis apa. Minyak enjin kereta ada dari jenis minyak mineral, semi sintetik dan jenis fully sintetik. Mineral adalah yang paling murah dan fully sintetik adalah yang paling mahal. Minyak enjin jenis mineral boleh digunakan sejauh 5000KM dan minyak fully sintetik boleh digunakan sejauh 10,000KM.

Jarak Tukar Minyak Hitam
- Mineral – setiap 5,000 KM (paling murah)
- Semi Sintetik – setiap 7,000 KM (sedikit mahal)
- Fully Sintetik – setiap 10,000 KM (paling mahal)
Jarak Tukar Minyak Gearbox
- Setiap 20,000 KM
Apa maksud sejauh 5000KM, 7000KM, 10000KM dan lain lain? Minyak enjin dan minyak gear kereta diukur dari segi jarak pemanduan. Katakan anda mahu gunakan minyak enjin jenis mineral, maka jarak perjalanan yang kereta anda boleh bergerak dengan minyak tersebut adalah sejauh 5000KM sahaja. Dan selepas itu, minyak enjin tersebut perlu diganti iaitu ditukar dengan minyak enjin yang baharu. Jelas? Faham?

Macam mana hendak tahu kena tukar bila minyak hitam dan minyak gearbox kereta? Biasanya selepas anda tukar minyak hitam pertama kali, akan ada pelekat bilakah jarak kilometer yang patut untuk anda tukar. Sila lihat gambar pertama dan ketiga di dalam artikel ini. Kalau tengok meter, jarak kilometer kereta adalah pada 145,113KM. Kalau lihat kepada pelekat sticker engine oil, saya patut tukar pada 145,171KM. Ianya masih ada tempoh boleh guna sejauh 58KM lagi sebelum boleh untuk hantar ke kedai bengkel untuk servis tukar minyak hitam. Harap panduan ini membantu anda ya. BYE!!!.