Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Harga Kos Servis Minyak Hitam & Gearbox Proton Preve
    Info

    Harga Kos Servis Minyak Hitam & Gearbox Proton Preve

    adminBy admin07/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini saya bercadang mahu balik ke kampung di Johor. Kami tinggal di Penang. Maka salah satu perkara yang wajib dibuat adalah melakukan “servis kereta” sebelum memulakan pemanduan jarak jauh. Saya adalah pengguna kereta Proton Preve. Jadi sudah tentu kepada anda yang mahu membeli kereta terpakai Proton Preve, pasti hendak tahu, berapakah kos service untuk menukar minyak hitam dan minyak gear yang akan anda hadapi nanti. Tetapi sebelum itu biar saya kongsikan sedikit fakta ringkas.

    Dulu saya pernah melakukan servis tukar minyak hitam dan minyak gear bersama isteri. Saya kereta Proton Saga BLM. Dan isteri saya pula adalah Perodua Myvi first model. Kedua dua kereta adalah dari jenis enjin 1.3cc sahaja. Tetapi kos servis kereta Proton Saga lebih mahal berbanding Perodua Myvi terutamanya dari segi kos minyak gearbox. Kenapa? Saya tanyakan kepada pomen di bengkel tersebut. Jawapan beliau mudah iaitu gearbox Proton Saga adalah lebih besar berbanding Perodua Myvi. Jadi minyak gear yang dituangkan adalah lebih. Owh begitu rupanya.

    Kos harga service minyak hitam enjin dan minyak kotak gearbox
    Kos harga service minyak hitam enjin dan minyak kotak gearbox

    Harga Minyak Enjin & Kotak Gear Proton Preve

    Berbalik kepada Proton Preve? Sudah tentulah kapasiti enjin lebih besar iaitu 1.6L dan kotak gearbox pun lagi lah besar iaitu gearbox jenis CVT. Dengan kata lain, anda mestikan bersedia dengan kos penukaran minyak enjin dan minyak gear yang sedikit mahal. Namun kos penukaran minyak gear adalah lebih lambat setiap kali tukar kerana ianya dikira berdasarkan jarak “mileage” yang kereta anda lalui. Saya berikan contoh mudah.

    Jarak Tukar Minyak Hitam

    • Mineral – setiap 5,000 KM (paling murah)
    • Semi Sintetik – setiap 7,000 KM (sedikit mahal)
    • Fully Sintetik – setiap 10,000 KM (paling mahal)

    Jarak Tukar Minyak Gearbox

    • Setiap 20,000 KM

    Saya tidak pasti samada fakta di atas ini terpakai untuk ke semua kereta atau tidak. Tetapi ianya adalah benar untuk kereta Proton Preve saya. Hendak murah anda pakai sahaja minyak enjin jenis mineral. Sesuai untuk pengunaa yang biasa biasa. Ada bajet lebih boleh pilih semi sintetik untuk perlindungan enjin dalam jarak yang sedikit lebih jauh. Untuk perjalanan jauh, saya memilih untuk gunakan minyak enjin (minyak hitam) jenis fully sintetik untuk perlindungan enjin lebih menyeluruh.

    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis mineral
    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis mineral
    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis semi sintetik
    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis semi sintetik
    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis fully sintetik
    Harga minyak enjin iaitu minyak hitam jenis fully sintetik

    Minyak hitam dengan minyak enjin adalah sama sahaja. Hanya berbeza sebutan sahaja. Jangan keliru ya. Bila anda cakap hendak tukar minyak hitam, anda sebenarnya sedang meminta untuk menukar minyak enjin. Kenapa sebut “minyak hitam”? Sebab minyak yang asalnya jernih dengan sedikit warna akan menjadi warna hitam sebab pengumpulan hakisan besi halus di dalam enjin akibat pergerakkan dan pergeseran piston di dalam enjin ketika pembakaran berlaku. Harap maklum.

    Hendak beli minyak hitam dan minyak gearbox di mana? Saya secara peribadi tidak menyarankan anda beli secara online. Sebab setiap minyak ada jenis kelikatan yang berbeza untuk kereta yang berbeza. Biarlah pakar iaitu mekanik bengkel kereta yang lakukannya untuk anda. Lagipun, bekas minyak hitam anda hendak buang di mana? Ianya adalah minyak yang tercemar dan tidak boleh dibuang dilongkang sesuka hati.

    Mencari Aksesori Kereta?

    • [ Shopee ] – Cari spare part dan aksesori kenderaan secara online di sini

    Gambar pertama di atas ini adalah gambar sebenar resit bayaran untuk harga servis menukar minyak hitam jenis fully sintetik dan juga minyak gearbox kereta Proton Preve saya. Mahal atau murah? Saya sendiri dari dulu memang hanya gunakan minyak hitam jenis semi sintetik dan fully sintetik. Sebab saya gunakan kereta sebagai kenderaan harian untuk ulang alik ke tempat kerja. Jadi wajib untuk gunakan minyak yang terbaik untuk perlindungan enjin yang optimum. Kesimpulan, kos untuk tukar minyak enjin dan minyak gearbox untuk Proton Preve adalah sebanyak RM500 setiap kali ianya ditukar bersama. Dapat sesuatu? Bye!!!.

    Harga Miyak Enjin Fully Sintetik Harga Miyak Enjin Mineral Harga Miyak Enjin Semi Sintetik Harga Miyak Hitam Fully Sintetik Harga Miyak Hitam Mineral Harga Miyak Hitam Semi Sintetik Kos Servis Kereta Kos Servis Minyak Enjin Kos Servis Minyak Hitam
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.