Proton Preve dilancarkan pada tahun 2012 dan pengeluaran kereta baru terakhir Proton Preve adalah pada tahun 2018. Maknanya siapa yang beli kereta baru pada tahun 2012, ianya sudah berumur 12 tahun dan siapa yang beli kereta baru pada tahun 2018, ianya telah berumur 6 tahun ketika tahun 2024 ini. Saya adalah pemilik kepada Proton Preve terpakai. Saya beli sebuah kereta yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan ianya adalah dari model “Executive” dan bukannya versi turbo. Harap maklum.
Saya jemput anda baca tulisan saya berkenaan pengalaman beli kereta terpakai secara online di sini. Ini adalah kisah dan pengalaman sebenar saya sendiri bagaimana saya beli kereta terpakai Proton Preve secara online melalui Whatsapp sahaja. Jadi saya tidak perlulah menulis dan berkongsikan kisah yang sama di dalam artikel ini. Di artikel ini saya hanya ingin kongsikan pengalaman saya sejak menggunakan kereta Proton Preve second hand sehingga sekarang. Ianya mungkin jadi sedikit panduan buat anda.
Beli Proton Preve Di Used Car
Pertama sekali, anda kena faham yang Proton Preve adalah sebuah kereta sedan dalam kelas segmen-C. Ianya sebenarnya sebaris dengan kereta Honda Civic. Proton Preve bukan berada di dalam kelas kereta segmen-B seperti Toyota Vios dan Honda City. Dengan kata lain, perbandingan yang betul adalah Proton Preve dengan Honda Civic. Honda Civic yang dimaksudkan adalah Honda Civic FB lah.
Spesfikasi Kereta Proton Preve
- 1.6 L Campro IAFM+ (107HP & 150Nm) / Campro CFE (138HP & 205Nm)
- Gearbox : CVT 6 Kelajuan oleh Punch Powertrain VT2
- Segmen : Sedan Segmen-C
- Jarak Roda : 2650mm
- Panjang : 4543mm
- Lebar : 1786mm
- Tinggi : 1524mm
- Luas Bonet : 508L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, TCS, ESC,
- Berat : 1300KG
- Tangki Minyak : 50L
- Fuel consumption : 1 Liter / 13.8KM
Proton Preve executive adalah sebuah kereta tanpa turbo. Kereta dengan enjin biasa non turbo selalunya akan disebut sebagai enjin natural aspirated (NA). Dan Proton Preve CFE adalah kereta yang menggunakan enjin dari jenis turbo. Maksud CFE adalah singkatan kepada Charged Fuel Efficiency. Saya telah kongsikan data spesifikasi kereta Proton Preve di atas ini. Apa yang anda dapat lihat dan faham?
Enjin Spesifikasi Proton Preve VS Honda Civic FD
- Proton Preve Executive (1.6cc) – 107HP & 150Nm
- Proton Preve CFE (1.6cc) – 138HP & 205Nm)
- Honda Civic FD (1.8cc) – 140HP & 174Nm
Dari tadi saya kerap membandingkan Proton Preve dengan Honda Civic FD betul? Kalau tengok dari kekuatan enjin Proton Preve CFE, ianya hampir sama sahaja dengan Honda Civic FD. Malah torque Proton Preve CFE lebih kuat.
Tetapi kenapa saya tetapi pilih Proton Preve Executive yang bukan turbo? Sebab saya bukan jenis kaki lenjan kereta. Saya beli kereta sebab inginkan keselesaan. Saya mahukan sebuah kereta jenis sedan yang besar dan luas. Maka sebab itulah saya pilih untuk beli Proton Preve terpakai. Bukankah enjin dengan turbo lebih baik? Jawapannya adalah YA!!!. Tetapi teknologi “enjin turbo” milik Proton ketika tahun dulu kurang cekap menurut saya. Dan banyak kes pemilik kereta Proton Preve mempunyai masalah hose OCH turbo yang bocor. Bukan semua, tapi ramai yang kena. Jadi saya elak untuk kurangkan masalah seperti ini.
Apa kelebihan Proton Preve? Sebenarnya tidak ada masalah apa apa pun. Untuk pemanduan jalan biasa adalah terbaik. Enjin rasa ok. Dan minyak adalah sangat jimat ketika pemanduan stabil di highway. Stereng rasa best. Duduk rasa selesa depan belakang dan ruang bagasi bonet untuk letak barang pun luas. Kalau pakai Proton Preve CFE, memang pickup berdesup ketika memotong. Kalau makeup pasang skirting memang nampak cantik sangat sangat.
Apa kekurangan Proton Preve? Kekurangan adalah ketika digunakan untuk pemanduan dalam bandar. Penggunaan minyak petrol sedikit tinggi. Kemampuan enjin untuk Proton Preve jenis executive iaitu bukan turbo kurang pickup ketika menaiki bukit atau bawa muatan berat. Yang ini saya memang terasa akan beratnya kereta ketika mendaki bukit dengan Proton Preve executive saya. Adakah saya masih berpuas hati dengan Proton Preve terpakai yang saya masih gunakan sehingga kini? Jawapannya adalah YA!!!.
Anda berminat hendak beli kereta terpakai Proton Preve? DI bawah ini saya kongsikan beberapa panduan sebelum anda proceed untuk terfikir mahu beli kereta di kedai used car. Hanya panduan sahaja. Terpulang samada anda mahu ikut atau tidak. Pilihan di tangan anda.
Panduan Beli Kereta Terpakai
- [ SCRUT ] – Semak status condition kereta terpakai samada pernah kemalangan atau kereta banjir
- [ Bateriku ] – Sila booking servis tukar bateri kereta di sini (kereta habis bateri? book terus di sini)
- [ Shopee ] – Cari spare part dan aksesori kenderaan secara online di sini
- [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan kereta
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya bukan ejen penjual kereta terpakai. Saya adalah ejen yang menjual kereta recond dan kereta baru sahaja. Kalau anda sedang mencari dan mahu beli kereta baru, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Dan kalau anda mahu beli kereta terpakai di kedai used car, saya galakkan anda untuk gunakan servis dari SCRUT untuk semak keadaan kereta dan servis dari BATERIKU kalau kereta anda mati tengah jalan. Saya harap sedikit pengalaman saya bersama Proton Preve terpakai berguna buat anda. BYE!!!.