Saya adalah pengguna tegar aplikasi eWallet Touch ‘n Go. Kenapa saya katakan yang saya adalah pengguna tegar? Sebab boleh dikatakan mode pembayaran saya kini sudah mencapai 99% cashless iaitu tanpa tunai. Kalau beli barang dapur di kedai runcit, saya memang 100% akan bayar guna TnG eWallet. Kalau pergi beli baju di pasaraya, saya memang akan bayar samada gunakan kad debit mahupun TnG eWallet. Kalau makan di kedai makan pun saya bayar guna TnG eWallet. Sekarang bulan puasa, ya saya bayar zakat fitrah pun guna TnG eWallet.
Untuk pengetahuan pembaca, ketika artikel ini ditulis (2025), rasanya saya sudah bergerak kepada kaedah pembayaran secara atas talian taua lebih tepat lagi bayar tanpa tunai lebih dari 5 tahun. Saya tidak menipu kalau saya katakan sudah berbulan lamanya dompet saya tidak ada wang kertas walau RM1 pun sampai sekarang. Kalau ada pun, pasti akan habis dengan cepat. Dan ini sudah menjadi kebiasaan saya kini. Dan kalau saya bayar zakat fitrah sepanjang 5 tahun lalu, samada saya bayar melalui website lembaga zakat atau gunakan aplikasi zakat negeri sahaja.

Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Di Touch ‘n Go eWallet
Cumanya, oleh kerana saya pengguna tegar aplikasi Touch ‘n Go, jadi saya mahu tahu kalau kalai ada menu pembayaran zakat yang disediakan di dalam app TnG eWallet itu sendiri. Setelah membuat semakan, ternyata ianya ADA!!!. Kenapa saya baru tahu? Hahaha! Malah lebih mudah dan senang. Terus tolak duit dari akaun TnG eWallet itu sendiri. Jujur cakap, selepas buat pembayarab zakat fitrah menggunakan eWallet Touch ‘n Go, rasanya selepas ini mulai tahun depan saya akan terus bayar apa apa zakat menggunakan TnG eWallet sahaja. Lebih mudah dan pantas.
Kenapa saya lebih suka buat bayaran gunakan aplikasi eWallet TnG berbanding aplikasi eWallet MAE Maybank? Tiada jawapan yang saya boleh berikan melainkan TnG eWallet lebih mudah dan mesra pengguna menurut pengalaman saya. Kenapa? Ketika saya mahu buat bayaran menggunakan aplikasi eWallet, TnG eWallet hanya perlu sahkan pembayaran menggunakan cap jari sahaja. Sedangkan ketika saya mahu bayar guna aplikasi MAE, saya terpaksa login terlebih dahulu. Kalau ada orang beratur di belakang saya, mereka pasti boleh melihat jumlah baki semasa yang ada di dalam akaun Maybank saya. Inilah yang membuatkan saya kurang suka guna MAE eWallet berbanding TnG eWallet.

Jadi, macam mana cara saya bayar zakat fitrah untuk diri sendiri, isteri dan juga anak menggunakan TnG eWallet? Sila ikuti panduan mudah di bawah ini ya. Saya juga ada sediakan panduan berbentuk video untuk memudahkan anda. Kalau anda juga adalah seperti saya iaitu pengguna TnG eWallet, kenapa perlu bersusah payah untuk bayar kepada amil zakat diluar jika ini bakal memudahkan urusan anda. Setuju?
Cara Bayar Zakat Guna Aplikasi TnG eWallet
- [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini jika belum. Jika sudah, sila buka app aplikasi TnG eWallet
- Sila klik pada “More” atau “Bills”
- Sila klik pada menu yang tertera “Zakat”
- Sila pilih institusi lembaga zakat kawasan anda. Saya dari Penang, maka saya klik pada “Zakat Pulau Pinang”
- Pada menu “Type of zakat”, sila pilih jenis zakat yang anda mahu bayar. Oleh kerana ini adalah bulan puasa Ramadhan, maka kita klik pada “Fitrah” dan klik “Next”
- Isikan ke semua maklumat yang diminta dan klik “Next”
- Akhir sekali teruskan buat bayaran gunakan baki kredit dari TnG eWallet
- Done.
Sebenarnya TnG eWallet bukan sahaja menawarkan fungsi untuk membayar zakat fitrah sahaja. Ianya juga menawarkan fungsi untuk bayar zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat saham, zakat emas dan lain lain lagi. Jadi memang praktikal lah kalau anda mahu bayar apa apa zakat sekalipun.

Ada orang tanya, kita boleh bayar zakat fitrah untuk negeri mana? Ketika artikel ini ditulis, anda boleh bayar zakat fitrah online melalui TnG eWallet untuk majlis agama atau lembaga zakat di negeri wilayah persekutuan, selangor, kedah, pahang, pulau pinang, sabah dan juga negeri sembilan. Alhamdulillah, oleh kerana ada pilihan Pulau Pinang, jadi kepada anda orang Penang bolehlah bayar zakat melalui app aplikasi eWallet Touch ‘n Go ya. Selamat mencuba. BYE!!!.