Bulan lepas saya ada berkongsikan berita semasa berkenaan arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk ke semua pengendali insurance di Malaysia untuk menawarkan pakej berbentuk Co-Payment. Maksud co-payment adalah kita sebagai pencarum produk perlindungan kesihatan kena sama sama bayar bil rawatan perubatan hospital kita. Ianya sebuah berita yang langsung tidak best sama sekali. Tetapi arahan ini adalah bersebab. Dan salah satu alasan terbesar adalah kerana kenaikkan inflasi di dalam sektor perubatan.
Cerita mudahnya begini. Pengendali insurans menguruskan tabung wang. Yang mana wang ini adalah hasil dari bayaran wang caruman yang kita buat setiap bulan. Menurut rekod, jumlah claim insurans kesihatan terus menerus meningkat dan dalam masa yang sama kos untuk menguruskan hospital terus meningkat. Apa yang berlaku jika tabung untuk membayar claim dari bil kos rawatan perubatan pencarum habis? Kaedah yang paling relevan adalah meningkatkan jumlah bayaran bulanan premium ahli. Jelas? Faham?
WE KONGSI : Bayaran Bulanan Dari RM0 – RM90 Sebulan
Simple. Saya dan isteri melanggan pakej insurans kesihatan jenis family plan dari AIA Insurance. Saya kena bayar RM178 sebulan dan isteri kena bayar RM80 sebulan. Bayaran bulanan isteri saya dari RM80 menjadi RM100. Dan sekarang telah menjadi RM130 sebulan. Dan dijangka akan terus naik lagi jika inflasi sektor perubatan terus meningkat. Dan keadan ini adalah sangat tidak menggembirakan. Jadi apa jalan penyelesaian yang ada?
Kalau tidak silap saya, pelan insuran kesihatan kami tiada co-payment. Sebab masa awal awal subscribe dulu ejen ada kata tidak kena apa apa bayaran ketika dimasukkan wad hospital swasta. Jadi saya memang tidak tahu apa apa tentang “deduktibel”. Bila lihat semula plan terkini dengan kenaikkan harga bayaran bulanan premium yang baru, rupa rupanya pelan insuran kami ada dikenakan bayaran deduktibel sebanyak RM300. Dengan kata lain, selepas ini jika isteri masuk ke wad hospital, wajib kena bayar RM300 sebagai bayaran deduktibel sebelum diterima untuk mendapatkan rawatan dihospital tersebut.
Ramai pengguna yang bising sebenarnya. Orang hendak gunakan medical card sebab hendak dapatkan bantuan berupa perlindungan rawatan kesihatan di hospital swasta ketika memerlukan. Dan dalam masa yang sama mendapat keselesaan di wad hospital swasta ketika mendapatkan rawatan. Tetapi kini untuk mendapatkan rawatan dihospital swasta menggunakan medical card akan kena bayar juga melalui kaedah co-payment samada “deductible” atau “co-takaful”. Masing masing tetap kena bayar sedikit duit untuk mendapat dan menerima rawatan.
Mungkin ada yang kata, bayaran caruman premium insurans isteri saya murah sahaja. Saya dan isteri ambil pakej family plan. Saya kena bayar RM178 dan isteri RM80 tidak silap saya. Dari RM80 naik menjadi RM100. Dan dari RM100 naik menjadi RM130. Jangan lihat dari nilai RM130 tersebut tetapi dari nilai peratusan kenaikkan. Dari RM100 kepada RM130 pun sudah berlaku kenaikkan 30% ya. Kalau saya kira dari RM80? Ianya naik sangat banyak sebenarnya.
Jadi apa pilihan yang ada? Saya hanya ingin berkongsi sahaja. Anda sendiri yang perlu buat semakan dan keputusan. Di Malaysia sudah ada program berbentuk komuniti yang boleh menyelesaikan masalah bayaran bulanan premium bil rawatan perubatan ahli yang BUKAN INSURANS!!!. Apa maksudnya? Dan apa nama program tersebut?
Kita Kongsi Sdn Bhd telah perkenalkan program yang bernama WE KONGSI!!!. Ianya bukan program insuran atau takaful. Dan sudah tentu ianya bukan sebuah medical card. Tetapi bil kos rawatan perubatan kita akan dibayar dan ditanggung sama rata sesama ahli di dalam komuniti WeKongsi ini. Contoh bayaran adalah seperti gambar di atas ini. Setiap bulan perkongsian bayaran bil adalah tidak tetap. Dari RM0 – RM90 sahaja maksimum sebulan. Tidak akan lebih dari itu setiap bulan!!!
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Syarat penyertaan adalah mudah sahaja. Tidak berumur lebih dari 45 tahun dan tidak ada penyakit kritikal. Itu sahaja. Pihak BNM sendiri menggalakkan pelan perlindungan perubatan menggunapakai kaedah co-payment iaitu cost sharing medical card. Dan We Kongsi adalah salah satu bentuk perlindungan rawatan perubatan kesihatan yang murah yang relevan mengikut situasi kos sara hidup zaman sekarang. Apa kaitan dengan kereta atau kenderaan? Sebab ada perlindungan kemalangan serendah RM10K. Berminat atau ingin maklumat lanjut, hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!