Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cost Sharing Medical Card Pengguna Kereta
    Takaful/Insurans

    Cost Sharing Medical Card Pengguna Kereta

    adminBy admin19/07/2024Updated:23/07/2024No Comments7 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sejak Bank Negara Malaysia (BNM) keluarkan garis panduan tentang pakej yang berkaitan dengan insurans perlindungan kesihatan, ramai yang bising sebab bimbang bayaran bulanan akan jadi lebih mahal dan limit coverage akan semakin dikecilkan. Di dalam panduan tersebut, ada dinyatakan tentang co-deductible dan co-takaful. Dan ada juga dinyatakan tentang cost sharing medical card. Saya sebagai ejen We Kongsi memang ramai yang menganggap berita ini suatu yang positif kepada program yang kami sertai walaupun ramai pengguna medical card bimbang dengan impak tersebut. Kenapa?

    Biar saya cerita satu persatu. Tahukah anda bahawa inflasi di dalam program perlindungan kesihatan atau mudah cerita insurans medical card di Malaysia adalah tinggi. Malah negara kita lebih tinggi dari negara maju. Tinggi bermaksud baik ke tidak? Bila kita sembang pasal “inflasi”, jika nilai inflasi adalah tinggi, ianya bermaksud tidak baik. Dengan kata lain, inflasi yang tinggi dalam bidang perubatan adalah tidak baik sama sekali. Mudah cerita nilai bayaran premium insurans tidak seimbang dengan jumlah claim yang ditawarkan. Masih tidak faham?

    Medical card insurans kesihatan dengan Co-Payment dari BNM
    Medical card insurans kesihatan dengan Co-Payment dari BNM

    WE KONGSI : Cost Sharing Medical Health Plan

    Mari saya simple kan lagi. Katakan syarikat insurans mengenakan jumlah premium bayaran kad medikal sebanyak RM200 sebulan. Ada seramai 1000 ahli yang aktif. Maknanya jumlah kutipan tersebut dalam bulan itu adalah RM200 x 1000 ahli = RM200000. Tiba tiba dalam bulan tersebut ada 5 peserta yang dimasukkan ke wad yang masing masing dikenakan cas bil hospital sebanyak RM40K. Kalau 5 orang maknanya jumlah bil hospital sudah menjadi RM40K x 5 pesakit = RM200K. Adakah syarikat insurans mampu membayar jumlah claims seperti ini?

    Apa tindakkan syarkat insurans? Mahu tidak mahu terpaksa menaikkan jumlah bayaran bulanan setiap peserta agar jumlah kutipan akan semakin tinggi. Bagaimana kalau kos perubatan terus naik? Sudah tentulah pihak insurans akan terus dan terpaksa menaikkan lagi bayaran insurans yang dikenakan terhadap anda. Anda nampak efek domino yang saya ceritakan ini? Sebab itulah pihak BNM mengeluarkan arahan agar pihak insurans diwajibkan untuk perkenalkan pakej berbentuk deductible dan co-takaful ini.

    Perbezaan medical card deductible vs co-takaful
    Perbezaan medical card deductible vs co-takaful – image credit to Nuhaura Collection

    Medical Card Deductible

    • Apa Itu Deductible – Jumlah amaun yang perlu di bayar SEBELUM insurans kesihatan menawarkan perlindungan
    • Langgan pakej medical card “deductible” dan kena bayar RM500 sebelum boleh menerima rawatan dan perlindungan insurans
    • Bayaran tetap seperti RM300, RM500 dan sebagainya
    • Selepas mendapatkan rawatan dihospital dan bil hospital RM15K. Maka pihak insurans hanya membayar claim hospital sebanyak RM14500 sahaja kerana RM500 telah anda bayar sebelum masuk dan mendapatkan rawatan di hospital

    Kaedah ini dinamakan sebagai deduktibel iaitu anda kongsi bayar. Ianya adalah salah satu model berbentuk perkongsian pembayaran iaitu Co-Payment yang sangat mengikuti yang disarankan oleh BNM.

    Medical Card Co-Takaful/Co-Insurance

    • Apa Itu Co-Takaful – Jumlah amaun yang perlu di bayar SELEPAS anda mendapatkan rawatan di hospital.
    • Langgan pakej medical card “Co-Takaful” dan kena bayar sebanyak 5% atau 10% atau lebih berdasarkan perjanjian ketika anda melanggan pakej medical card anda.
    • Bayaran tidak tetap kerana berdasarkan peratusan terhadap bil hospital
    • Selepas mendapatkan rawatan dihospital dan bil hospital RM15K. Dan katakan pakej medical card anda adalah 10% Co-Takaful. Anda berkongsi membayar bil rawatan hospital anda sebanyak 10% dan pihak insurans pula sebanyak 90%. Maknanya anda perlu bayar sebanyak RM15K x 10% = RM1500 dan baki RM13500 pula dibayar oleh pihak insurans.

    Kaedah ini dinamakan sebagai Co-Takaful iaitu anda kongsi bayar. Ianya adalah salah satu model berbentuk perkongsian pembayaran iaitu Co-Payment yang sangat mengikuti yang disarankan oleh BNM.

    Kebaikan Dan Keburukan Deductible & Co-Takaful Insurance

    • Kebaikan adalah, ia dapat mengurangkan dan menurunkan jumlah bayaran caruman yang perlu anda bayar setiap bulan. Secara mudahnya, kalau anda langgan medical card tanpa deductible atau tanpa co-takaful, bayaran bulanan adalah lebih tinggi.
    • Keburukan adalah, anda kena ada duit tabung kecemasan. Anda kena ada duit simpanan lah kalau kalau anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta nanti sebab kena bayar duit co-takaful atau duit deductible nanti.

    Sebenarnya, apa maksud deductible dan co-takaful. Ianya bermaksud bersama sama membayar kos bil perubatan anda. Program ini telah lama ada. Tetapi tidak semua syarikat insurans ada menawarkan sebab hendak mudah tarik pengguna baru. Sekarang program deductible dan co-takaful sudah menjadi wajib ditawarkan kepada pelanggan baru. Dengan kata lain, anda sebagai pengguna baru terpaksa melanggan medical card secara perkongsian (Co-Payment) dengan syarikat insurans.

    Mesti akan ada yang tanya, kalau sudah langgan medical card, kenapa kena bayar pula? Ok kalau anda tidak mahu share bayar bil hospital anda, anda sanggup bayar premium langganan yang lebih mahal? Tepuk dada tanya selera. Kalau anda merasakan untuk memiliki sebuah pelan perlindungan kesihatan adalah satu kemestian dan dalam masa yang sama anda kurang mampu, maka anda kena melanggan mana mana medical card dengan cara deductible atau co-takaful lah. Jelas? Faham?

    Cadangan cost sharing medical card oleh BNM
    Cadangan cost sharing medical card oleh BNM

    Sebenarnya pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menggalakkan syarikat insurans untuk menawarkan kaedah melanggan pelan perlindungan kesihatan secara cost sharing iaitu co-payment. Tujuan utama adalah bagi menggalakkan pengguna pelan kesihatan menggunakan fasiliti “health insurance” dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sebab itulah pelan ko-takaful dan deduktibel di anjurkan dan digalakkan. Supaya pencarum ada rasa bertanggung jawab dan kesedaran tentang kesihatan.

    Sebab banyak sahaja kes kes claim yang keterlaluan disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab terhadap pembayaran premium dengan menganggap sebab sudah bayar, maka boleh claim maksimum. Sebab itulah inflasi di dalam medical insurance di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Adakah anda tahu?

    Data kereta eksiden di Malaysia tahun 2023
    Data kereta eksiden di Malaysia tahun 2023 – image credit to https://paultan.org

    Kenapa dan apa kaitan cerita pasal medical card dengan website beli kereta? Cuba lihat keratan akhbar di atas ini? Dalam tahun 2023 sahaja ada sebanyak hampir 600,000 kes kemalangan kenderaan. Biasanya kalau berlaku kemalangan, pastilah pemandu atau penumpang akan mengalami kecederaan atau kematian. Dan di mana mereka iaitu pesakit ini akan ditempatkan? Hospital kerajaan? Kalau wad penuh? Sesak? Menunggu giliran untuk dibedah? Kena keluarkan kos untuk pembelian “besi” yang berkaitan dengan tulang? Anda bersedia dengan keadaan tersebut? Ada ada duit untuk kos beli barang dan pembedahan?

    Mestilah kebanyakkan dari anda tidak mahu melanggan kad perubatan iaitu medical card kerana faktor berasa mahal. Kalau itu adalah sebab dan puncanya, jom saya perkenalkan anda dengan pelan cost sharing medical health plan yang bukan medical card. Berminat? Malah tiada deductible dan juga tiada co-takaful dan tetap masih murah. Berminat?

    Medical card murah bawah RM50 sebulan dari We Kongsi
    Medical card murah bawah RM50 sebulan dari We Kongsi

    Pelan kesihatan yang saya maksudkan ini adalah dari WE KONGSI!!!. We Kongsi adalah program berbentuk cost sharing community platform yang bertepatan dengan kehendak BNM yang mahukan pelan perlindungan kesihatan jenis Co-Payment. Saya tidak berminat cerita panjang lebar berkenaan program We Kongsi. Saya jemput anda baca artikel ini iaitu Kad Perubatan We Kongsi untuk pencerahan dan penjelasan lebih lanjut. 

    Daftar/Register We Kongsi

    • [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
    • [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
    • [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.

    Saya tulis cost sharing medical card adalah supaya orang faham benda apa yang saya mahu cerita dan sampaikan. Tetapi program We Kongsi bukanlah sebuah insurans mahukan medical card. Tetapi We Kongsi hanyalah sebuah program berbentuk komuniti sesama ahli yang menawarkan pelan perlindungan perubatan iaitu pembayaran kos bil rawatan perubatan ahli iaitu perserta yang akan dikongsi bersama sama. Dan kaedah ini bertepatan dengan maksud Co-payment dan cost sharing yang mahu pihak BNM tekankan. Berapa kena bayar sebulan dengan We Kongsi ini? Bawah RM100 sahaja sebulan. Paling rendah boleh dapat sampai RM40 sahaja sebulan. Berminat? Klik link di atas untuk daftar We Kongsi sekarang juga. BYE!!!.

    Kad Perubatan We Kongsi Medical Card We Kongsi We Kongsi We Kongsi Co-Insurance We Kongsi Co-Insurans We Kongsi Co-Payment We Kongsi Co-Takaful We Kongsi Cost Sharing We Kongsi Deductible We Kongsi Deduktibel
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    09/07/2025

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025

    Pelan Perlindungan Perubatan Mampu Milik Bawah RM100 SEBULAN

    04/01/2025

    Cara Renew Roadtax Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    02/01/2025

    Cara Tukar Insurans Kereta Konvensional Kepada Takaful

    21/12/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.