Masa saya mula mula baru hendak aktif berjinak sebagai penjual kereta recond, saya telah bertanya beberapa soalan kepada kedai yang menjual kenderaan import terpakai ini berkenaan beberapa persoalan yang saya memang hendak tahu. Dan saya pasti soalan yang saya tanyakan ini akan menjadi jawapan kepada persoalan yang anda juga sebagai bakal pembeli kereta recond Jepun hendak tahu. Paling tidak, dengan jawapan ini dapat memberikan anda sedikit ketenangan jiwa apabila anda mengambil keputusan untuk membeli kereta recond.
Apa Itu Kereta Recond – Kereta recond adalah kereta terpakai yang dijual di luar negara dan di bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Ia bukan kereta baru. Ianya adalah kereta terpakai (second hand). Dan maksud sebenar recond adalah reconditioned iaitu bermaksud DI PERBAHARUI. Dan apa yang di maksudkan dengan diperbaharui? Kereta terpakai yang diperbaiki sehingga ianya menjadi seakan baru malah ianya lebih baru berbanding kereta terpakai yang dijual di Malaysia.

Kereta Import Terpakai Berkualiti Spec UK / Japan Di Malaysia
Kenapa Beli Kereta Recond – Ada 2 sebab utama. Yang pertama adalah untuk menjadi orang terawal di Malaysia yang memiliki model berkenaan yang tidak ada dijual di Malaysia. Dan jawapan yang kedua adalah untuk memiliki sebuah kereta yang mana kualitinya adalah dari negara Jepun dan bukannya dari Malaysia. Untuk pengetahuan anda, kualiti binaan kereta buatan Jepun yang berasal dari Jepun berkali kali lebih baik berbanding yang dihasilkan dari dalam negara iaitu Malaysia. Ini adalah fakta.
Mahal Ke Murah Kereta Recond – Soalan ini saya tanyakan kepada kedai berkenaan. Kalaulah ada model yang sama di Malaysia dengan kereta terpakai yang mahu dibawa masuk import ke Malaysia, berapakah perbezaan harga? Jawapan beliau adalah sudah tentulah kereta recond lebih murah. Kalau pun harga kereta recond Jepun yang dijual berharga lebih kurang dengan harga kereta terpakai dari model yang sama dijual di Malaysia, tetaplah kereta recond lebih berbaloi untuk dibeli dan dimiliki. Sebab apa? Sebab kualiti adalah faktor utama. Kalau lebih mahal pun masih berbaloi lagi lagi dengan spesifikasi dan aksesori yang berbeza.

Spesfikasi Kereta Recond – Ini adalah salah satu sebab lain kenapa ada orang sanggup membeli kereta recond dari UK atau Jepun. Jawapannya adalah kerana faktor spesifikasi dan aksesori yang ditawarkan. Kalau anda dari individu yang tahu dan faham tentang kereta. Anda akan tahu bahawa setiap model kereta yang dibawa masuk ke Malaysia kebanyakkan tidak sama pun spesifikasi yang ditawarkan. Jangankan berbeza dengan Jepun. Malah kadang berbeza dengan spesifikasi yang ditawarkan di Thailand dan juga Indonesia. Jadi kalau beli kereta recond Jepun, anda boleh dapatkan spesifikasi dan aksesori yang anda mahukan yang semestinya tiada di Malaysia.

Warranty Kereta Recond – Biasanya kereta recond memang tidak ada jaminan warranty. Anda kena faham, anda kena banding kereta recond import dengan kereta terpakai di Malaysia. Biasanya kereta terpakai di Malaysia hanya menawarkan warranty pembelian kereta selama 6 bulan sahaja. Alhamdulillah, pembelian kereta recond Jepun dari kami akan mendapat jaminan waranti selama 8 tahun melalui EzCare Warranty. Dan perlindungan warranty ini telah ada sekali di dalam pembelian kereta.
Loan Kereta Recond – Kereta recond adalah kereta import terpakai dari luar negara yang belum dan tidak pernah didaftarkan di Malaysia. Jadi apabila kereta ini di daftarkan, maka ianya di iktiraf sebagai sebuah kereta baru. Bila ianya berstatus sebagai kereta baharu, maka kereta recond layak mendapatkan pinjaman kenderaan sebanyak 90% – full loan dengan kadar interest rate yang rendah sama macam beli kereta baru. Terbaik? Memang pun!!!.

Auction Report Kereta Recond – Di atas ini adalah contoh report pembidaan (auction) yang dilakukan ketika membida di Jepun. Report ini akan di alih bahasa ke bahasa Malaysia untuk pemahaman pembeli di Malaysia.

Kereta Recond Selamat? – Di Malaysia, salah satu pengendali yang akan membuat semakan, mendapatkan dan menghasilkan report samada kenderaan import terpakai tersebut bagus atau tidak adalah dengan menggunakan servis perkhidmatan dari syarikat SCRUT. Mereka terkenal dan berkredibiliti di dalam mendapatkan info maklumat yang tepat berkenaan kondisi kereta tersebut. Dari laporan audit kenderaan berkenaan, anda sendiri boleh membuat keputusan samada kereta tersebut anda mahu beli atau tidak. Paling tidak, anda beli kereta berkenaan dalam keadaan anda tahu kondisi kenderaan tersebut sebelum ini dan apa proses baik pulih yang telah dilakukan. Terbaik bukan?
Hendak mudah faham pasal kereta recond Jepun ini macam ini. Anda perasan atau tidak kalau pengguna kereta Proton dan Perodua. Kalau pengguna Proton dulu, selalu hendak tukar logo, bumper, stereng dan lain lain ala ala Mitsubishi sebab memang kereta Proton dulu banyak ambil DNA dari Mitsubishi. Kalau pengguna Perodua kereta dulu pula kerap tukar bumper, logo dan lain lain konon acah acah gaya Daihatsu dan sebagainya. Anda pasti perasan bukan? Sebab apa? Sebab “model” tersebut tidak dibawa masuk ke dalam Malaysia. Jadi dengan adanya penjual kereta recond seperti ini, memberikan lebih pilihan kepada mereka yang berminat. Tidak perlu dah convert convert apa semua.
Boleh beli kereta recond dari brand apa? Sebenarnya kebanyakkan kereta recond yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dari UK dan juga Jepun (Japan). Cumanya kebanyakkan iaitu majoriti kereta recond yang ditawarkan adalah dari Jepun. Jadi anda boleh dapatkan kereta dengan spec UK atau Jepun dengan mudah. Anda inginkan kereta yang rare yang tidak dijual di Malaysia memang kena dapatkan kereta recon.

Senarai Kereta Recond UK/Japan Yang Ada Di Malaysia
- TOYOTA – ALPHARD, VELLFIRE, VOXY, NOAH, ESTIMA, GT86, SUPRA
- HONDA – ODYSSEY, SPADA STEPWAGON, CIVIC TYPE-R
- MERCEDES BENZ – A180, A200, A220, A250, A35, A45, C180, C200, CLA180, CLA250, CLA45, GLA45, GLC250, EQC400
Model di atas ini adalah contoh senarai sahaja. Anda juga boleh minta kami model kereta yang anda mahukan. Kami akan buat semakan samada ada atau tidak kereta tersebut di dalam senarai kami. Jika ada, kami akan berikan gambar dan info yang berkaitan kepada anda termasuk harga yang ditawarkan.
Kenapa Kena Beli Kereta Recond UK/Japan Dengan Kami?
- Syarikat bumiputera
- Ada banyak pilihan kereta
- Ada jaminan warranty selama 8 tahun
- Di sediakan laporan keadaan kereta dari Auction Report dari Scrut (grade kereta)
- Boleh buat full loan
- Boleh test submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja.

Cara Beli Kereta Recond Online
- Sila nyatakan jenis kereta dan model yang anda mahukan
- Kami berikan gambar, info kereta termasuk harga yang ditawarkan
- Jika berminat, boleh cuba untuk submit loan kereta terlebih dahulu untuk semak kelayakkan
- Jika lulus, maka anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta ATAU terus datang ke ofis kami untuk menandatangi loan agreement dan terus bawa kereta. (Kena bincang dengan kedai terlebih dahulu)

Jom Submit Loan Kereta Recond Secara Online Sekarang!!!
- FOR PERSONAL BUYER
- IC depan belakang
- Lesen memandu depan belakang
- Slip gaji 3 bulan terbaru
- Bank statement 3 bulan terbaru
- FOR COMPANY
- Director IC Photocopy
- SSM
- Latest 6 Month Bank Statement
- Company Registration / Form 24, 49 / M&A
- Income Tax Receipt
Apa apa masalah berhubung penyediaan dokumen boleh berbincang dengan sales advisor kami. ANDA AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK MELALUI CALL @ WHATSAPP BERKENAAN DOKUMEN UNTUK TUJUAN PENGESAHAN.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta kereta recond Jepun ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Berkenaan jumlah bayaran bulanan pula, saya akan minta sales advisor untuk bercerita lanjut dengan anda. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta recond tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami. BYE!!!.